US Beli Aplikasi Muslim Pro, Tentera Amerika Miliki Data 98 Juta Pengguna Islam

Share

Siapa antara kita yang ada aplikasi Muslim Pro.

Sama seperti aplikasi lain, Muslim Pro adalah satu aplikasi yang digunakan oleh jutaan umat Islam di serata dunia untuk mengetahui waktu solat, arah kiblat, bacaan al Quran dan banyak lagi.

Apabila kita mula memuat turun aplikasi Muslim Pro ini perkara pertama ditanya adalah lokasi tempat tinggal kita dan korang boleh abaikan atau terus menggunakan aplikasi ini.

Namun soalan berkaitan lokasi ini akan ditanya dua kali tentang lokasi tempat tinggal kita. Di dalam app ini juga disertakan bacaan doa, cerita inspirasi, komuniti dan lain lagi yang mana app ini sudah mengumpulkan lebih 98 juta pengguna Islam.

Tidak mahu prejudis atau membuat spekulasi mengenai isu muslim atau non muslim tetapi isu data peribadi adalah isu agak sensitif (ramai pengguna telefon bimbit di negara kita juga selalu diganggu oleh pihak ketiga selepas data peribadi kita dijual oleh orang Telco sehingga kita kerap mendapat sms berkaitan pinjaman peribadi, judi dan banyak lagi).

Laporan terkini memaklumkan, Muslim Pro ini sudah dibeli oleh X Mode sebelum data 98 juta pengguna app ini dibeli pula oleh pihak ketiga iaitu United State Special Operation Command (USSOCOM). Untuk pengetahuan korang, USSOCOM ini adalah satu unit khas ketenteraan untuk melawan pengganas,pemberontakan dan juga pengintipan khas di luar negara.



Dalam erti kata lain, apabila app ini dibeli oleh USSOCOM, tentera Amerika Syarikat sudah memiliki data peribadi 98 juta umat Islam yang menggunakan app itu untuk kegunaan harian mereka.

Baca artikel di sini. How To U.S Military Buys Location Data From Ordinary Apps

Jadi terpulanglah, nak delete atau terus gunakan apps ini untuk kegunaan harian korang.

Published by
Almaswa Haji Che Ros