Masyarakat Melayu kita ni takut sangat dilabel perigi cari timba sehinggakan dah jadi macam satu hukum pula bila lelaki saja yang perlu melamar wanita dan bukan sebaliknya.
Namun begitu, ia bukanlah satu kesalahan kerana pada zaman sekarang perkara ni tidak mustahil lagi. Ini adalah salah satu cara untuk kaum perempuan berusaha mencari jodoh.
Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Ankabut yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan). Dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah Al-Ankabut : Ayat 69)
Rasulullah S.A.W juga dilamar
Rasanya semua dah tahu tentang kisah Siti Khadijah R.A yang melamar Rasulullah S.A.W, tapi mungkin ramai tak tahu sebenarnya beliau menggunakan orang tengah yang bernama Nafisah.
Nafisah Binti Munyah merupakan seorang sahabat baik kepada Siti Khadijah R.A. Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk menyampaikan hasrat hati Siti Khadijah R.A kepada Rasulullah S.A.W.
Peminangan dibuat melalui bapa saudara Rasulullah S.A.W. iaitu Abu Talib. Apabila mendapat lamaran daripada Siti Khadijah R.A, Rasulullah S.A.W. yang pada masa itu belum menjadi Rasul telah pun menerima lamaran tersebut.
Jadi sebenarnya memang tak salah seseorang wanita itu melamar lelaki. Apa yang penting, ia tidak sampai melanggar batas-batas agama.
Tip lamar lelaki
1. Jaga maruah
Dalam pada berusaha mencari jodoh tu, korang perlu sentiasa menjaga maruah diri dan janganlah sampai tak tahu malu, tergedik-gedik atau menjadi murah di mata lelaki.
Jangan terkejut kalau usaha korang tu tak dapat apa-apa faedah, malah hanya makan diri sendiri. Sebaliknya, kekalkan martabat dan sifat malu dalam menjaga nama baik perempuan.
2. Merisik dan dapatkan maklumat
Kumpul seberapa banyak maklumat tentang lelaki tersebut terlebih dahulu sebelum bertindak. Tak kiralah kalau korang nak guna orang tengah atau paling mudah, stalk mereka di laman sosial.
Lihat sifatnya, pendiriannya, latar belakang keluarga dan yang paling penting wajah sebenar mereka. semua ni penting untuk korang memilih calon yang sesuai dengan pilihan hati.
3. Lantik orang tengah
Ini mungkin cara paling baik untuk membantu korang menyampaikan keinginan untuk melamar si dia. Banyak kebaikan dapat dijaga, malah cara ini juga yang dipraktik oleh Saidatina Khadijah R.A.
So, minta la pertolongan daripada orang yang paling dipercayai dan berterus-terang tentang tujuan korang untuk bertemu jodoh.
4. Bagi hint dengan bijak
Cara ini adalah untuk korang yang memang dah lama kenal tapi mungkin masing-masing malu nak cakap pasal jodoh dan kahwin. So, apa yang boleh korang buat?
Guna bahasa kiasan atau hantar mesej seperti, ” Saya rasa sekarang saya dah cukup bersedia. Rasa macam tak sabar nak ada keluarga sendiri, anak-anak…”
Mungkin kalau jawapan yang positif dia akan reply, “Saya pun masih single. Boleh saya masuk meminang awak? Hehe..”
Kadang-kadang benda ni semua boleh berlaku dengan secara spontan. Walaupun mungkin dalam nada bergurau, tapi korang boleh nilai sendiri sama ada lelaki tu suka atau tidak.
Sumber: Baitulmuslim