Usaha “Melawan” COVID-19, Wajah Letih Jururawat Hospital Queen Elizebeth Buat Ramai Menitik Air Mata

Share

Setakat hari ini, 10 hb Oktober, seramai 277 orang disahkan positif COVID-19 di Sabah. 11 daerah ditandakan zon merah selepas mereka yang positif melebihi 41 orang ke atas. Ia membabitkan daerah Kota Kinabalu, Tauran, Kota Belud, Putatan, Penampang, Papar, Sandakan, Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu.

Manakala beberapa daerah lain seperti Kudat, Beluran, Ranau, Tambunan, Kinabatangan, Kuala Penyu, Keningau, Tenom dan Sipiting diletakkan dalam zon kuning di mana kes kurang dari 40 dicatatkan.

Di sebalik peningkatan kes COVID-19 yang menunjukkan tanda belum redha, wajah-wajah “kepenatan”jururawat di Hospital Queen Elizebeth, Sabah melawan COVID-19 mencetuskan simpati masyarakat. Ada yang menitikkan air mata melihat wajah-wajah letih ini di sebalik memakai sut PPE yang agak panas.

Dalam pada itu di fb Bornean Mania melaporkan seramai 40 daripada 66 jururawat yang menjaga wad ICU terbabit kini terpaksa dikuarantin setelah sekurang-kurangnya seorang kakitangan disahkan positif Covid-19.








Masa yang sama, bagi menangani mereka yang positif semakin meningkat, satu Hospital Medan ( Hospital Perang) atau Hospital di Luar Kawasan Tapak
Fasiliti ini akan tiba di Tawau, Sabah untuk pihak ATM membantu KKM mengurus pesakit-pesakit luar atau pesakit-pesakit berpenyakit lain dari COVID19.






Di fb rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi memaklumkan, KKM telah menggerakkan pasukan bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kota Kinabalu, Sabah bagi membantu menangani penularan COVID-19 di sana.

Mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi. Sehingga 8 Oktober 2020, sejumlah 249 orang anggota Perubatan dan 48 orang anggota Kesihatan Awam telah digerakkan secara dalaman negeri Sabah.

Sehingga tarikh yang sama juga, sejumlah 130 orang anggota Perubatan dan 48 orang anggota Kesihatan Awam telah digerakkan dari lain-lain negeri ke negeri Sabah. Ini menjadikan secara keseluruhannya setakat ini 475 orang anggota pelbagai kategori dan skim perkhidmatan yang telah digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kota Kinabalu.
Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana.

Pada masa yang sama, kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah sama-sama membantu memerangi COVID-19 di Malaysia setakat ini.

KKM ingin menyeru sekali lagi penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID19. Koordinasi akan dijalankan oleh pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan (emel: mobilisasi19@gmail.com, cprc@moh.gov.my).

Published by
Almaswa Haji Che Ros