Penyanyi bersuara emas, Aliff Aziz mencuri perhatian para pengikutnya apabila memuat naik satu hantaran di platform Instagram sebagai tanda penghargaan buat isteri tercintanya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Mencoretkan dedikasi teristimewa sempena perkenalan hampir sedekad, sepanjang hidup bersama dengan isterinya itu, penyanyi lagu hit Kalau Cinta tersebut menyifatkan isterinya sentiasa berada di sisi meski terpaksa melalui pelbagai ujian sepanjang mereka berumah tangga.
Selain itu, Aliff turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang isteri yang terbaik buat dirinya dan juga anak-anak kecilnya.
“Sudah lama saya tidak memuat naik posting penghargaan buat isteri. Foto pertama dan kedua adalah pada tahun 2014 di mana saya dan isteri bertemu.
Ads
“Masa itu saya berada dalam fasa paling terendah dalam hidup dan hampir berputus asa. Terima kasih sayang atas pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, keazaman, dorongan dan beri saya dua cahaya mata di dunia ini.
“Berkahwin selama tujuh tahun dan berkenalan lebih 10 tahun. Penuh suka dan duka, awak sentiasa bersama saya. Semoga Allah merahmatimu dengan khayr yang kekal di sini dan di akhirat kelak,” coretnya di Instagram.
Ads
Dalam pada itu, pelakon naskhah popular Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu berterima kasih buat isterinya kerana sudi menjadi sebahagian daripada hidupnya dan membuatkan dirinya berada di tahap ini.
“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya, abang kepada adik-adik saya, suami kepada awak, dan ayah kepada anak-anak kita,” katanya lagi.
Ads
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 September 2016.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiada angin tiada ribut, ini adalah mengapa wujudnya gosip yang mengatakan penyanyi, IU dan pelakon kacak, Yoo Ah In sedang hangat bercinta.
Sekali lagi, mereka berdua menjadi topik hangat dalam komuniti dalam talian apabila mereka dilihat saling bertemu di Milan, Itali dalam perjalanan untuk menghadiri acara-acara fesyen di sana. IU sedang menuju ke pertunjukan koleksi Gucci manakala Yoo Ah In ke pertunjukan koleksi Bottega Venetta.
Kelihatannya seperti ‘innocent’ bukan? Namun, reaksi pelbagai hantaran di media sosial terus mengatakan mereka berdua kini sedang bercinta secara senyap-senyap. Mungkin kerana kelompok peminat masing-masing begitu inginkan melihat idol mereka menemui cinta. Buat masa ini, pihak agensi kedua-dua belah pihak masi belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terdahulu, IU dan Yoo Ah In pernah dikaitkan pada acara anugerah Golden Disk 2010 di mana Yoo Ah In – mungkin secara berseloroh – mengungkapkan, “IU, saya cintakan awak juga!”
Pada tahun lalu hingga awal tahun ini, timbul spekulasi kononnya Yoo Ah In berorientasi seksual songsang di pelbagai portal hiburan Korea sehinggakan ia dibualkan dalam program televisyen. Begitupun, ramai warganet yang menganggapnya sebagai gosip liar memandangkan Yoo Ah In merupakan salah seorang selebriti lelaki yang popular dalam kalangan peminat lelaki homoseksual.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) telah melaksanakan sebuah majlis akad nikah secara online yang pertama kalinya dilakukan di Malaysia.
Menurut Malaysiakini, nikah secara online adalah sah jika syarat pelaksanaan akadnya dipenuhi. Hal ini boleh dirujuk pada kitab Syarh Qanun Ahwal Sakhsiyyah, 1997 oleh Dr Mahmud Al-Syarthawi, halaman 67.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, untuk melakukan pernikahan seperti ini, ada syarat yang korang perlu patuh dan bukannya boleh dilakukan sesuka hati.
Berikut adalah syarat-syarat nikah online yang telah dikongsi oleh PU Azman untuk dijadikan panduan masyarakat mengenai isu ini.
1. Mesti dilakukan secara video conference dimana wali dan pengantin lelaki saling melihat.
2. Dilakukan dalam satu majlis. Mazhab yang mensyaratkan kesatuan tempat melihat nikah online tidak sah. Imam Hambali mendefinisikan satu majlis ialah kesatuan waktu, bukan kesatuan tempat dan fizik. Pandangan ini dipersetujui oleh Imam Hanafi.
3. Dihadiri dua saksi dan rukun nikah yang lain. Dua saksi mendengar dan memahami urusan ijab qobul.
Gambar hiasan
4. Diyakini semua individu yang terlibat dalam nikah online adalah individu yang sebenar.
5. Ijab dan qobul dilakukan bersambung dan tidak diselangi dengan sesuatu yang merosakkan kesatuan majlis seperti wali main FIFA20 selepas ijab dan sebelum qobul.
Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan, tetapi terhalang kerana situasi pandemik COVID-19 yang berlaku sekarang. Jika ada sebarang kemusykilan, adalah lebih baik sekiranya korang mendapatkan nasihat daripada para ulamak.
Wallahualam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan aktor Syazwan Zulkifly yang pernah dikatakan sedang berkawan rapat itu tidak lebih dari sekadar rakan biasa.
Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi (34) berkata, dia juga memilih untuk tidak lagi saling mengikuti Syazwan di media sosial selepas mengetahui status aktor berkenaan.
“Kami pernah rapat tapi ia tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya tapi kami masih berkawan dan lepak bersama”
Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas rasa terganggu dengan aktor berkenaan yang sentiasa mahu mendekatinya. Fify turut menjelaskan lagi bahawa dia lebih selesa berkawan dengan seseorang yang berterus terang mengenai status dirinya.
“Saya akan unfollow kalau dia masih nak cuba saya. Saya suka orang yang berterus terang yang dia sudah berpunya tapi saya dengan dia okay saja tidak ada masalah”
Dalam pada itu, Fify berkata dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup malah akan memeriksa latar belakang mereka terlebih dahulu.
Jelasnya, ini merupakan pengalaman baharu buat dirinya memandangkan bekas kekasihnya tidak pernah berkelakuan seperti ini.
“Lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik. Bila datang kepada benda yang tak pernah saya alami saya akan periksa”
Ujarnya lagi, dia tidak pernah serik untuk memulakan suatu hubungan baharu namun ketika ini Fify masih sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon.
“Saya tak pernah tutup pintu hati cuma buat masa sekarang tiada masa dan tidak fikir fasal bercinta. Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fify muncul dengan sebuah naskah baharu berjudul Padu The Movie sebuah filem yang bakal ditayangkan 6 Jun ini. Kisah ini diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden menyayat hati sekali lagi menggemparkan negara apabila sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam satu kemalangan ngeri awal pagi ini.
Kemalangan tersebut berlaku...