Februari dianggap sebagai bulan cinta kerana hari memperingati kekasih jatuh pada tanggal 14 Februari. Istimewanya kali ini, sebuah filem romantis berjudul ‘Marry Me’ sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 11 Februari lalu, jadi korang bolehlah ambil peluang ini untuk menonton bersama yang tersayang.
Dibintangi oleh Jennifer Lopez, Owen Wilson, Maluma, John Bradley-West dan Sarah Silverman, Marry Me menceritakan tentang kisah seorang Bintang Latin, Kat Valdez, bersedia untuk berkahwin dengan pasangannya di atas pentas, Bastian, di hadapan seluruh peminatnya. Namun, beberapa saat sebelum membuat ikrar perkahwinan, dia telah mendapati dirinya ditipu dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya, Charles seorang guru Matematik.
Kehidupan Charles berubah sepenuhnya selepas menjadi suami kepada bintang terkenal dan duda anak seorang ini juga perlu membiasakan diri dikerumuni orang ramai ketika bersama Kat Valdez. Malah, anaknya juga teruja kerana mempunyai ibu tiri yang popular dan menjadi perhatian rakan sekelas mereka.
Apa yang boleh kami katakan, Marry Me adalah filem santai yang berbaloi untuk ditonton, tambahan pula setelah sekian lama Jennifer Lopez tidak beraksi di layar perak, kali ini terubat rindu peminatnya untuk melihat lakonan bintang pop ini. Seperti filem-filem bergenre romantis yang lain, Marry Me juga dilihat mempertaruhkan jalan cerita yang straight to the point
tetapi punya mesej yang tersendiri.Kat yang sebelum ini pernah beberapa kali berkahwin akhirnya berjumpa dengan soul mate yang membuatkan hidupnya kembali bersinar dengan rasa cinta dan sayang. Walaupun tidak mengenali pasangannya sebelum ini, namun terbukti bahawa kalau dah jodoh, semuanya pasti berakhir dengan kebahagiaan tanpa perlu mengenalinya lebih lama.
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh jalan cerita yang simple dan bersahaja, adakalanya kami berasa sedikit bosan kerana agak terlalu perlahan. Adegan sweet juga adakalanya seakan tidak sampai kerana perasaan ‘dibuai’ itu entah kenapa tidak dapat dirasakan sepenuhnya.
Mungkin kerana durasi filem yang perlu dihabiskan dalam masa 2 jam, garapan jalan cerita agak sedikit lemah dalam memberi emosi kepada penonton.
Apa-apa pun persembahan dan lakonan JLO wajar diberikan pujian kerana walaupun di usia 53 tahun, penyanyi ini masih lagi mampu memberikan persembahan mantap dan bertenaga.
So guys, apa kata korang tonton sendiri Marry Me yang sudah pun berada di pawagam sekarang.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.