Bak kata pepatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Begitulah juga dengan kisah inspirasi daripada Angela Lee Pickard ini. Beliau merupakan Miss Singapore World 1994 yang kembali ke pentas pertandingan ratu cantik setelah berpuluh tahun. Dia juga membuktikan umur bukan penghalang untuk bertanding.
Selepas mendiamkan diri dalam dunia pertandingan selama 28 tahun, dia berjaya memenangi pertandingan global dan memperoleh gelaran Mrs Classique Globe.
Angela Lee memenangi acara Mrs Classique Globe 2022 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Sebelum ini dia agak kerap menyertai pertandingan ratu cantik tetapi berhenti pada tahun 1994 selepas mewakili negaranya di pertandingan Ratu Cantik Dunia 1994.
Pada tahun 1998 Angela Lee membuat keputusan untuk menjadi suri rumah. Wanita itu, yang sebelum ini bekerja sebagai pramugari Singapore Airlines, berkahwin dengan seorang juruterbang dan kemudian mempunyai dua anak perempuan. Keluarga mereka pernah menetap di Malaysia, Abu Dhabi, England dan akhirnya pulang ke Singapura tahun ini.
Ads
Apabila dia pulang ke negaranya, Angela memutuskan untuk mengikuti kelas peragaan. Dia juga berazam untuk kembali ke dunia pertandingan dengan menyertai acara Classique Globe dan akhirnya ibu kepada dua anak ini menang.
“Saya berasa bangga dengan pencapaian hebat ini dan saya berbangga kerana telah dipilih dua kali. Kerja berpasukan diperlukan untuk mengangkat saya dan saya bertuah kerana mempunyai keluarga serta rakan yang menyokong saya selama ini,” katanya.
Dia turut mendedahkan kegembiraannya kerana dapat bersaing dengan rakan finalis ratu cantik senior.
Ads
Untuk info, Mrs Classique Globe sendiri adalah acara khas untuk wanita berusia lebih 45 tahun.
“Saya merasakan gembira, kebahagiaan dan kegembiraan kerana dikelilingi oleh wanita yang cantik dan bersemangat. Saya mendapat inspirasi untuk melangkah setapak lagi dan memasuki pertandingan ratu cantik sebagai seorang puan,” kata Angela.
Ads
Tidak hanya keazamannya untuk kembali menjadi ratu cantik, Angela juga memberi inspirasi kepada semua kerana dia bangkit selepas menghidap penyakit kekurangan Protein C. Oleh itu, dia tidak mahu mensia-siakan kehidupannya yang pulih dan ingin membantu orang lain.
“Setiap hari saya bangun bersyukur kerana masih hidup kerana keinginan saya untuk membantu pengasas bersama saya,” katanya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=9DQhaU6VfAM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tapi bagaimana pula dengan beberapa permohonan ke peringkat pengajian tinggi yang rata-rata memerlukan keputusan ujian percubaan SPM?
Semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi muat naik di laman Facebook mereka telahpun mengumumkan bahawa peperiksaan percubaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM bagi pelajar yang bakal pulang ke sekolah masing-masing esok (20 Januari) telah dibatalkan.
Jawapan itu diberikan dalam Q&A yang berbunyi, ‘Adakah sekolah yang belum melaksanakan peperiksaan percubaan SPM 2020 perlu mengadakan peperiksaan tersebut apabila sekolah dibuka?’.
Jawapan yang diberikan adalah, ‘Tidak’.
Walaupun pelajar mungkin akan bersorak setelah hilang satu bebanan, timbul persoalan lain mengenai sekolah yang telahpun mula melakukan sesi peperiksaan percubaan namun masih belum menamatkannya untuk semua subjek. Adakah mereka perlu meneruskannya?
Satu lagi persoalan popular adalah bagaimana pelajar ingin membuat permohonan ke peringkat pengajian tinggi yang rata-rata memerlukan keputusan ujian percubaan SPM?
*
Kata KPM, mereka akan mengadakan perbincangan dengan Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Kementerian Pengajian Tinggin untuk memastikan peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak akan terjejas.
Sementara itu, KPM juga mengesahkan bahawa ujian Malaysian University Engliish Test ataupun MUET yang tertangguh pada tahun 2020 perlu diduduki oleh pelajar pada tahun ini.
Masyarakat hari ini mempunyai banyak pilihan yang memudahkan mereka untuk memasak, salah satunya adalah dengan menggunakan air fryer. Sejak beberapa tahun lalu, produk ini sudah terkenal sebagai antara alternatif untuk mengurangkan penggunaan minyak ketika memasak.
Menurut, Root of Science, air fryer dapat membantu menghadkan pengambilan lemak tepu dalam jumlah yang banyak, selain membantu mengurangkan pengambilan kalori harian. Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan kita di rumah menggunakan air fryer untuk tujuan memasak.
Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang korang nak makan, semuanya boleh dimasak dengan mudah menggunakan air fryer ini. Korang hanya perlu mengetahui suhu dan tempoh masa yang diperlukan untuk memasak.
Seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @neorcent telah pun berkongsi senarai suhu dan tempoh masa untuk memasak sekiranya menggunakan air fryer. Informasi ini sangat berguna dan boleh dijadikan rujukan ramai.
Nah, lepas ni kalau korang nak masak apa-apa guna air fryer, bolehlah rujuk disini ya. Selamat memasak. Hiks!
Sebuah syarikat penerbangan Iran mencatat sejarah apabila melaksanakan penerbangan khas hanya untuk golongan wanita sahaja.
Memetik laporan agensi berita rasmi IRNA, pesawat Aseman Airlines itu selamat mendarat buat kali pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Hasheminejad, Mashhad iaitu bandar kedua terbesar di Iran.
Begitupun, laporan tempatan tidak pula mendedahkan lokasi dari mana pesawat itu berlepas.
Pesawat yang diterajui oleh salah seorang juruterbang wanita terawal di Iran, Shahrzad Shams itu membawa 110 penumpang dan kru yang semuanya terdiri daripada wanita.
Disebabkan situasi unik ini, penerbangan itu digelar sebagai penerbangan Iran Banoo yang bermaksud penerbangan Wanita Iran.
Tambah istimewa, perjalanan ke Mashhad itu juga berselisih dengan tarikh kelahiran puteri Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah al-Zahra yang jatuh pada 20 Jamidilakhir bersamaan dengan 22 Disember 2024, Ahad lalu (waktu tempatan).
Sekadar info, Iran menerusi industri penerbangan semakin terbuka untuk mengiktiraf golongan hawa. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia menyaksikan beberapa wanita berkebolehan dilantik menjadi juruterbang di sana walaupun ia masih jarang berlaku.
Juruterbang wanita pertama Iran, Neshat Jahandari bersama suaminya, Farid Shah-Pasandi yang juga berkhidmat sebagai seorang juruterbang di Zagros Airlines.
Paling diingati ialah juruterbang wanita, Neshat Jahandari dan pembantu juruterbangnya, Forouz Firouzi yang mencatat sejarah sebagai pasangan wanita pertama yang menerbangkan pesawat komersi dengan penumpang dalam sejarah negara Iran.
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga...