Ustaz Abdul Somad ‘Dihimpit’, Akui Ramai Wanita Muda Tawar Diri Jadi Isteri

Share

Siapa yang tak kenal dengan penceramah bebas dari negara jiran Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad atau lebih selesa disapa UAS ini. Gaya penyampaian yang sangat sempoi, dekat dengan hati pendengar yang paling menarik unsur humor diselitkan agar suasana ceramah tidak terlalu formal.

ARTIKEL BERKAITAN : Billie Eilish Pilih Teman Lelaki 11 Tahun Lebih Berusia, Tidak Lagi Sembunyikannya

Baru-baru ini, UAS membuat pengakuan bahawa dirinya kini sedang ‘terhimpit’ dengan ramai wanita yang mahu berkahwin dengannya meskipun mengetahui beliau sebenarnya sudah beristeri.

Foto menunjukkan UAS (tiga dari kiri) bersama isterinya, Fatimah Az Zahra. – Foto Instagram/@ustadabdulsomad

Beliau yang juga dikenali dengan gelaran UAS mendakwa, ketika berceramah di sebuah sekolah pondok di wilayah Jawa Barat baru-baru ini, terdapat ramai wanita yang mahu menjadi isterinya malah sanggup bermadu.

“Saya, biarpun sudah tua begini, masih banyak yang menulis komen-komen seperti ‘ustaz jadikan saya yang kedua.’ Padahal, saya sudah berkahwin dan sudah tua,” jelasnya.

Selepas bercerai dengan bekas isterinya, Mellya Juniarti pada 2019, UAS menamatkan zaman duda setelah berkahwin semula pada 2021.

Menurut laporan, UAS berkahwin dengan Fatimah Az Zahra yang ketika itu berusia 19 tahun dengan menyerahkan mas kahwin berupa 244 gram emas.

Untuk info, UAS yang berasal dari Asahan, Sumatera Utara ini sering kali dijemput oleh warga Malaysia memandangkan ilmunya khusus berkenaan kajian hadis dan juga perundangan islam atau lebih dikenali ilmu fiqah dimilikinya.

Sumber: KOSMO!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana