Ustaz Ebit Dapat Perhatian Media Korea, Guna Lagu Mmmh Sebagai Muzik Latar Di IG

Share

Jika sebelum ini kami pernah memaparkan media Korea yang membuat liputan tentang Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dilontarkan soalan sama ada memilih kumpulan BTS atau Blackpink, kini tidak disangka-sangka pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit juga mendapat perhatian media Korea.

BACA: Media Di Korea Buat Liputan Tentang Yang Di-Pertuan Agong Pilih BTS Atau Blackpink?

Artikel yang dipaparkan oleh Allkpop itu berkongsi tentang album solo pertama EXO Kai‘K开I yang dilancarkan pada 2 bulan lalu telah diguna pakai oleh selebriti dan orang yang berpengaruh di seluruh dunia.

Daripada Bollywood sehinggalah ke arena gusti, single terbaru EXO Kai yang berjudul Mmmh itu dilihat digunakan oleh individu terkenal dunia.

Paling tak sangka, media Korea ini juga turut memasukkan Ustaz Ebit dalam senarai mereka.

Malaysian entrepreneur, Uztaz Ebitlew, was also seen using Kai’s Mmmh as a background song while distributing food packs and masks for their front liners and praying for everyone’s safety.

Check out our kind Uztaz video here:

Usahawan Malaysia, Ustaz Ebit Lew juga dilihat menggunakan single terbaru Kai, Mmmh sebagai muzik latar sewaktu mengedarkan bungkusan makanan dan pelitup muka buat barisan hadapan dan mendoakan keselamatan semua.

 Video bantuan yang dimuat naik di laman Instagram Ebitlew juga mendapat perhatian ramai kerana mereka juga turut menegur muzik latar yang telah digunakan oleh ustaz.

Tidak salah sekiranya nak berdakwah guna lagu K-pop kan. Asalkan niat kita betul dan mungkin cara ini juga boleh menarik perhatian anak muda untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Keep it up Ustaz Ebit, semoga Allah panjangkan usia dan dimurahkan rezeki lagi buat ustaz sekeluarga.

Sumber: Instagram Ebit Lew, Allkpop

Published by
Noor Ain Norman