Ustaz Ebit Lew Buat Permohonan Maaf Kepada UPSI, Bawa Pulang Pelajar Tanpa Ikut Prosedur

Share

Susulan pembatalan pendaftaran secara bersemuka ke universiti disaat akhir hingga membawa suasana kelam kabut di kalangan pelajar yang sudah pun datang ke universiti masing-masing, ternyata begitu ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berjiwa besar.

Ini dapat dilihat pada kempen #siswajagasiswa yang tular pada kempen tersebut. Ramai menawarkan wang ringgit, makanan, penginapan dan lain-lain bantuan untuk membantu para pelajar yang dalam kesusahan.

Tidak terkecuali bantuan dari Ustaz Ebit Lew yang menyewa banyak bas bagi membawa pulang pelajar yang terkandas.

Namun, niat itu adakalanya tidak sama dengan pemikiran orang lain. Dan kata-kata hati itu sifatnya misteri ternyata benar.

Apa pun kami di REMAJA salute dengan budi bahasa Ustaz Ebit Lew sedikit pun tidak kekok untuk meminta maaf jika niatnya membantu tidak “disenangi” pihak lain. Semoga Allah terus besarkan hati Ustaz Ebit dan biarlah Allah memandang semua perbuatan beliau.






Niat saya untuk membantu sebab pernah susah…

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri.

Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.

Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan.

Kenyataan pihak UPSI

Published by
Almaswa Haji Che Ros