Ustaz Ebit Lew Sebak Saat Ziarah Tok Ki, Bakal Dapat Rumah Baru

Share

Budak remaja hari ini mungkin tidak mengenali siapa Tok Ki atau namanya Mohd Zaki Mansur.

Pernah popular dengan lagu Biasan, Seni Berzaman, Tok Ki yang mengecap populariti menerusi lagu-lagu berkonsepkan pop melayu dan pop etnik turut menyanyikan lagu berentak rock dan pop. Malah lagu Hampa nyanyiannya masih menjadi siulan budak-budak yang lahir tahun 90-an.

Baru ini tular di media sosial keadaan penyanyi ini agak daif, tinggal di pondok yang agak usang malah dimaklumkan yang isterinya juga tidak sihat.

Sebaik berita mengenainya tersebar, malah netizen turut tag kepada Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kemurahan hati membantu golongan susah, hari ini Ustaz Ebit telah menziarahi Tok Ki di rumahnya.

Sebak sayu tadi ziarah To'ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.

Dari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.












InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang. Sumber : Fb Ebit Lew

Published by
Almaswa Haji Che Ros