Bagi waris yang pernah ada anak atau ibu bapa sakit khususnya yang datang dari luar Kuala Lumpur pasti memahami betapa kesukaran dihadapi khususnya dalam bab penginapan. Ini kerana hospital tidak menyediakan katil atau kerusi yang selesa untuk waris “bermalam” ketika menjaga pesakit. Situasi ini mungkin berbeza ketika COVID-19 demi menjaga SOP.
Adakalanya waris perlu tidur di kaki lima atau surau di malam hari untuk merehatkan badan selepas penat seharian melayan karenah pesakit dan keadaannnya bukanlah seselesa mana.
Apa pun berita baiknya buat ahli keluarga waris yang menjaga keluarga yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Institut Jantung Negara (IJN), korang bolehlah berhubung dengan nombor dinyatakan di bawah.
Ini kerana Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kemurahan hatinya telah menaja penginapan buat waris-waris yang menjaga ahli keluarga yang sakit di dua buah hospital di nyata.
Allahuakbar. Moga Allah terus memurahkan rezeki Ustas yang sering membantu orang ramai di dalam kesusahan.
Sebentar tadi di fbnya, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi berita gembira ini.
Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kl untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL. Yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh 01170772380. InsyaAllah kos penginapan saya akan tanggung.
Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa. 4 bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan.