Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel tentang situasi Zoo Negara yang semakin mendesak kerana kekurangan dana bagi menguruskan haiwan di sana. Sepanjang PKP, Zoo Negara tidak dibenarkan beroperasi dan ini bermakna tiada sebarang jualan tiket yang dapat dikumpul daripada pengunjung.
BACA: Zoo Negara Hanya Mampu Bertahan Hingga April, Ini Cara Untuk Korang Beri Sumbangan
Dianggarkan pihak Zoo Negara memerlukan RM1 juta sebulan bagi menampung perbelanjaan termasuk makanan haiwan dan kos penyelenggaraan zoo.
Lebih menyedihkan, negara kita sekali lagi diarahkan perlu menjalani PKP sehingga Jun nanti dan ini sedikit sebanyak melumpuhkan lagi keadaan di Zoo Negara.
Walau bagaimanapun, Hero Malaysia, Ustaz Ebit Lew sekali lagi turun padang untuk membantu haiwan-haiwan di Zoo Negara dengan membawa 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai serta betik.
Usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit ini mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana senantiasa memberikan bantuan tidak kira kepada manusia mahu pun haiwan.
Korang juga boleh membantu dengan menyokong kempen haiwan angkat yang telah dianjurkan oleh pihak Zoo Negara.
BACA: Zoo Negara Lancar Kempen Haiwan Angkat, Korang Boleh Beri Sumbangan Untuk Kumpul Dana
Sumber: (1)