Ustaz Ini Bagi Nasihat, Kenapa Orang Lelaki Sebenarnya Tak Boleh Kencing Berdiri…

Share

Soal membuang air kecil, orang lelaki sudah terbiasa melakukannya dengan cara berdiri. Banyak kemudahan  tandas juga menyediakan toilet bold yang memerlukan lelaki berdiri. Jadi ia bagai sudah menjadi satu kebiasaan kerana tabiat ini dilakukan dari kecil lagi.

Namun Islam itu agama yang sangat indah. Mengatur kehidupan umatnya untuk menuju ke arah kesempurnaan.  Salah satu aspek yang amat dititik beratkan dalam agama ialah soal kebersihan terutama ketika bersolat.

Tahukah, kenapa orang lelaki tidak boleh kencing berdiri? Jika sebelum ini, korang dah terbiasa berdiri, sikap itu boleh ditukar dengan mencangkung pula.

 

Menurut Ustaz  Mohd Khairul Azman Md Daud atau mesra disapa MK Azman, salah satu sebab mengapa Islam tidak menggalakkan umatnya terutama lelaki  berdiri adalah kerana pengeluaran air kencing tidak lawas dan keluar sepenuhnya. Ada sisi air yang tertinggal.

“Berbanding dengan perbuatan mencangkung  jika dilakukan, air akan keluar sepenuhnya.

Dalam sesetengah kes, baki air kencing ini tadi akan keluar ketika solat sekaligus mengakibatkan solat menjadi tidak sah. Masa yang sama pada pandangan ulama, membuang air kecil secara  berdiri adalah satu perbuatan buruk dan tidak senonoh,” katanya.

Menjelaskan lagi soal perbuatan ini  secara berdiri berdasarkan hadis yang dicatatkan, kata Ustaz MK Azman, terdapat pelbagai hadis yang menyebut tentangnya.

“Cuma hadis yang melarang  secara berdiri ini bukanlah hadis yang kuat. Namun secara umumnya Nabi dan para sahabat mengamalkan perbuatan ini secara duduk atau mencangkung.

“Ulama assafieyyah berpendapat bahawa makruh i melainkan jika ada keuzuran seperti tidak mampu mencangkung, tempat kencing kotor dikhuatiri mengotori pakaian seperti di tempat pembuangan sampah,”katanya turut memaklumkan, perbuatan membuang air secara  berdiri pada pandangan ulama adalah perbuatan buruk dan tidak senonoh.

“Jika kita hendak  berdiri juga, hendaklah dipastikan tiada percikan yang terkena pada pakaian. Pakaian yang terkena percikan ini dianggap bernajis dan tidak boleh dibawa untuk solat. Jika solat dengan pakaian bernajis, solatnya tidak sah. Inilah yang paling penting dan utama sebenarnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dari sudut kesihatan pula, kata Ustaz MK Azman, harus diingatkan bahawa lelaki yang biasa melakukan secara berdiri ini biasanya air yang dikeluarkan tidak tus atau tidak lawas sepenuhnya.

“Sisa air masih ada dalan saluran pundi kencing. Apabila berlaku pergerakan dalam solat seperti rukuk dan sujud, pada saat itu, sisa baki air tadi akan mengalir keluar dan terkena pada pakaian solat dan tubuh badan. Ini bermakna seseorang itu sudah berhadas dan solatnya tidak sah.

“Bukan itu saja, sisi-sisa air itu sebenarnya boleh membentuk masalah batu karang yang serius,” katanya memaklumkan, jika  seseorang itu menyedari ada air kecilnya terkeluar sedikit semasa solat dan dia meneruskan lagi ibadah tersebut makan  seorang itu harus sedar dan faham, bahawa ada sahabat Nabi yang diseksa di dalam kubur kerana masalah sisa air ini.

“Isu ini mungkin nampak seperti tiada apa tetapi bersolat dengan keadaan baju kotor terkena air kencing, solatnya tidak sah dan sahabat Nabi pun diseksa dalam kubur kerana mengabaikan soal tersebut.

“Dalam satu hadis riwayat Ibnu Abbas ra, ia berkata,  Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda. Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.

“Sebab itulah Islam sangat indah dan tertib. Pakaian solat mesti bersih dan tidak terkena sebarang najis,” katanya lagi.

Ada juga yang begitu selamba melakukan perbuatan ini di tempat awam..

 

Semua toilet bold direka untuk lelaki melakukannya dalam keadaan berdiri dan sebaiknya lakukan di dalam tandas bertutup…

 

Dalam pada itu, Ustaz MK Azman turut memaklumkan, kebanyakan orang Islam tidak kisah di mana perbuatan ini dilakukan dan cara bagaimana ia dilakukan.

“Ramai yang gemar  berdiri sebab ia cepat, tak perlu nak buka seluar. Sedangkan apabila berdiri, kemaluannya dicuci tak sempurna. Air yang digunakan untuk membersihkan kemaluan amat sedikit kerana khuatir terkena pada pakaian.

“Jika pun berdehem ia masih tidak mampu mengeluarkan sisa air  dalam kemaluan melainkan perbuatan ini dilakukan secara duduk mencangkung,” katanya yang memberi nasihat agar golongan lelaki untuk duduk mencangkung kerana ia lebih indah dan baik dari sudut kesihatan orang lelaki sendiri.

So guys, kalau sebelum ini korang biasa berdiri, apa kata lepas ini ubah-ubahlah ya sikap tu. Bukan saja baik untuk kesihatan tetapi mampu menjaga solat kita juga kerana pakaian sentiasa bersih dan tidak najis.

Published by
Almaswa Haji Che Ros