Ustaz Ini Kongsi Pelajar Lebih Hafal Lagu Aiman Tino Tapi Bila Tanya Nama Nabi, Semua Garu Kepala

Share

Realitinya anak-anak hari ini begitu leka dengan dunia gajet, television, radio 24 jam sehingga lupa kepada sejarah dan asal usul nama  dan salasilah junjungan Nabi Muhammad SAW.

Tanyalah apa lagu terkini Aiman Tino, masing-masing boleh hafal. Begitu juga lagu Sufian Suhaimi, juga hafal tetapi kalau diuji dengan nama Nabi Muhammad, semuanya mula terlopong dan menggaru kepala.Inilah realiti pelajar hari ini yang lebih mengenal keseronokan berbanding belajar tentang sejarah kenabian.

Ikuti tulisan Cikgu Mohd Fadhli Othman yang juga seorang Speaker Goodbye Pornography, Speaer best Belajar Specialist, aktivis dan juga seorang penulis mengenai karenah anak-anak murid zaman ini di facebooknya.

“Siapa nama nabi kita ? ”
Krik..krik..krik
Aku ulang sebanyak 3 kali. Jawapan cacamerba dan ada yang senyap tidak menjawab. Menyampuk jangan dibilang. Sentiasa ada.

Inilah kisah murid-murid prasekolah aku. Bukan nak menghukum tetapi nak ajak pembaca memandang dari sudut ibu bapa.
“Nama nabi kita Muham….mad”
Aku membatangkan mereka sambung.
“Muhammad bin…………” aku gantungkan jawapan
“Bin….taib……” jawab anak anak syurga ini.
Adoi…..tepuk dahi aku. Hampir-hampir keluar perkataan kepala…ho……
“Astaghfirullah…” dalam hati ku berbisik. Siapa yang terhijab ? Aku adakah mereka ?

Sebelum aku meneruskan, aku cuba alunkan sebuah lagu dari Aiman Tino. Berhenti separuh dan tanpa disuruh anak anak syurga ini sambung dengan serentak.  Dan aku pun mula mengajar. Tajuk ‘Makkah diserang Abrahah’

Tuan-tuan,Puan-puan
Ibu-ibu, ayah-ayah.

Inilah realiti anak anak kita sekarang. Mereka sangat mudah mengingat dan menghafaz lirik-lirik lagu walaupun lirik itu dalam bahasa inggeris.
Mengapa jadi begini ? Kerana 24 jam kehidupan anak-anak kita mendengar lagu-lagu.
Radio serta televisyen di rumah, dalam kereta, bas atau van senantiasa dengan muzik dan lagu.
Tidak salah dengar muzik dan lagu. Tetapi seimbangkanlah dengan menceritakan tentang sirah Rasulullah yang asas.
Sedih dan hiba. Anak-anak kita tidak kenal nama penuh Rasulullah,nama isteri Baginda, bapa, ibu, datuk dan bapa saudara. Apakah ini menjadi satu kebiasaan ?

Persoalannya adakah ibu bapa tidak titik beratkan kisah-kisah sirah Rasulullah atau ibu bapa memang tiada pengetahuan akannya ? Jika benar ini amat memalukan.

Saya kongsikan beberapa langkah untuk ibu bapa dapat menceritakan kisah-kisah sirah Rasulullah / Islami.

  1. Apabila pergi Mall atau pasaraya, biasakan singgah ke Kedai buku seperti MPO, POPULAR atau lain-lain. Buat langkah ini seawal umur 2 atau 3 tahun. Tatkala anak anak ini pandai berjalan. Berikan gambaran bahawa pasaraya buku adalah tempat yang paling seronok.
  2. Bawa anak anak di bahagian buku motivasi dan islamik. Yang menceritakan kisah-kisah sirah Rasulullah. Biarkan mereka membelek dan melihat.

3.Jadikan buku sirah Rasulullah sebagai hadiah hari hari istimewa anak anak.

  1. Bacakan kisah-kisah Rasulullah ketika masa masa senggang atau tidur. Secara automatik dapat merapatkan diri dengan anak.
  2. Ibu bapa perlu rajin tanya pada guru pendidikan islam pra sekolah, apakah tajuk tajuk yang telah diajar oleh anak-anak agar ibu bapa dapat mendidik anak-anak di rumah mengikut aras pemikiran.

Mudahkan ? Yup…memang sangat-sangat mudah. Saya kongsikan ini semata mata mahu ibu bapa juga mengambil tanggung jawab mendidik dan mengasuh anak-anak di rumah terutama aspek pendidikan islam.

Janganlah lepaskan semua kepada guru guru di sekolah. Kerana guru guru juga mempunyai tugasan yang lain selain mengajar. Sekiranya ibu bapa dan guru dapat bekerjasama saya yakin anak-anak kita mampu menjadi insan yang hebat.

Mohd Fadhli Othman
#ustazbrutal

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros