Bulan Ramadan adalah antara yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam seluruh dunia kerana ingin mengejar pahala dalam setiap amal ibadah yang dilakukan. Istimewanya pada bulan ini umat Islam dapat menjalani solat terawih dan berbuka puasa bersama-sama insan tersayang.
Untuk membantu korang mengumpul pahala beribadah di bulan puasa, berikut kami kongsikan checklist 20 amalan yang dikongsi oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang boleh kita lakukan sepanjang Ramadan ini.
Moga bermanfaat!
1. Bangun sahur
2. Tahajud dua rakaat dulu sebelum makan sahur
3. Masuk waktu Subuh, lakukan solat Qabliyah Subuh terlebih dahulu (lebih baik dari dunia dan isinya)
4. Solat Subuh berjemaah
5. Lepas Subuh baca Al-Quran empat muka surat
6. Masuk Dhuha, solat Dhuha dua rakaat
7. Solat Qabliyah Zohor
8. Solat Zohor berjemaah
9. Solat Ba’diah Zohor empat rakaat
10. Lepas Ba’diah Zohor baca Al-Quran empat muka surat
11. Sebelum Asar, Qabliyah Asar 2 rakaat
12. Solat Asar berjemaah
13. Lepas Asar baca Al-Quran 4 ke 8 muka surat
14. Buka puasa on time
15. Solat Maghrib berjemaah
16. Ba’diah Maghrib dua rakaat
17. Solat Isyak berjemaah
18. Ba’diah Isyak dua rakaat
19. Solat terawih
20. Lepas terawih baca Al-Quran empat muka surat
InsyaAllah sepanjang Ramadan ini cuba isi masa korang dengan melakukan ibadah kerana sesungguhnya inilah masa terbaik untuk kita mengutip pahala di bulan yang mulia. Seperkara lagi, jaga perbuatan-perbuatan yang boleh mengurangkan pahala dan sedekahlah setiap hari walaupun RM1 asalkan konsisten.
Semoga Ramadan ini menjadikan kita lebih baik dan segala amal ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT.
Selamat beramal!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)