Ustazah Asma’ Harun Tegur Solekan Mata Berlebihan Bila Berniqab, Kena Faham Fikiran Lelaki

Share

Perbetulkan niat dan fahami tujuan pemakaian niqab.

Seperti yang diketahui oleh remaja beragama Islam, aurat wanita yang wajib ditutup meliputi seluruh tubuh badannya melainkan bahagian wajah dan tapak tangan.

Begitupun, ada sesetengah wanita yang memilih untuk menutupi dua bahagian tersebut dengan penggunaan sarung tangan dan kain niqab lalu meninggalkan hanya bahagian mata sahaja.

Sebahagian besar daripada mereka yang melakukan sedemikian adalah demi memlihara kehormatan dan kedudukan wanita Islam ke tahap yang lebih tinggi di mata masyarakat sekeliling. Begitulah yang dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun

dalam video yang dimuat naik semula oleh pengguna di TikTok dan kembali tular pada minggu ini.

Sekiranya seorang wanita bimbang dijatuhkan fitnah ke atasnya, maka dibolehkan menutup wajah dengan niqab bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada terjadi.

Pemakaian niqab juga jelasnya adalah sunat dan afdal bagi kaum wanita kerana ia secara tidak langsung menjadi peringatan harian untuk mereka istiqomah dalam bab penjagaan aurat.

Foto Hiasan.

Bagaimanapun, Ustazah Asma’ Harun juga menegaskan agar niat yang dipasang semasa berniqab itu juga difahami dengan jelas. Ia adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain terutamanya kaum lelaki.

“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.

“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja tetapi kepada semua wanita.

“Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih,” katanya sambil mengingatkan pengikutnya mengenai cara pemikiran kaum lelaki apabila melihat wanita berniqab tetapi masih mengenakan solekan mata melampau.

“Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah, Allahuakbar.

“Sama ada pakai niqab atau tidak pakai niqab, biarlah wajah kita natural,”simpulnya. Pemakaian produk-produk kosmetik dan penjagaan kulit wajah pula seharusnya untuk menutup cela agar tampol lebih berkeyakinan dan lebih bersih.

@f4tin4yu90 #niqab #subahanallah #ustazahasmaharun ♬ bunyi asal – 4yuKamil90

Ada benarnya teguran Ustazah Asma’ Harun ini. Bukanlah untuk merendahkan mana-mana wanita yang memakai niqab. Cuma sekadar saling mengingati semua wanita untuk memperbetulkan niat dan memahami tujuan memakai niqab itu sendiri.

Dalam perkembangan lain, Ustazah Asma’ Harun baru sahaja pulang ke Malaysia dari tanah suci Mekah setelah membawa seramai 86 jemaah bagi mengerjakan ibadah umrah dan menziarahi tempat-tempat menarik di sana selama sepuluh hari.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ