Sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Rasmi pada hari ini, REMAJA ingin throwback sedikit perkongsian istimewa Duli Yang Maha Muia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai kisah baginda bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d-Pertuan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: Agong Titah “Tidak Apa Saya Turun”, Prihatin Terhadap Penerima Bertongkat
Semasa zaman remaja, kebanyakan daripada kita ditegah untuk menjalin hubungan istimewa dengan seseorang disebabkan ibu bapa. Sama juga kisahnya dengan baginda berdua.
Dalam wawancara bersama rakan media, baginda bertitah yang baginda tidak pernah keluar dating dengan Tuanku Agong kerana ayahanda baginda yakni Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail (Yang di-Pertuan Agong kelapan) tegas orangnya.
“Saya jumpa Tuanku (Agong) umur 12 tahun. Tuanku berumur 13 tahun dan kita dapat berjumpa kerana Johor dan Pahang selalu berlawan polo.”
Di samping itu, baginda berdua juga hanya berutus surat untuk saling berhubung disebabkan kekangan teknologi.
“Masa itu, Tuanku berangkat belajar ke England. Telefon mahal masa itu. Tuanku akan menelefon sekali sebulan tetapi antara tempoh itu tulis surat lah.” Menariknya, surat-surat itu masih disimpan hinggalah sekarang.
“Tuanku (Agong) masa berkenalan pandai menulis surat tetapi apabila berjumpa senyap. Jadi bila jumpa di padang polo, tengok-tengok sajalah.”
Alah macam kita lah curi-curi pandang dulu sebelum menjadi serius. Hihi.
Yang penting, baginda sifatkan baginda berdua bermula sebagai sahabat baik yang boleh membincangkan apa-apa jua perkara. Sweet kan!
BACA JUGA: Peminat Terkejut Ada Makna Pada Jumlah Kuntuman Bunga Drama Sweet Dreams
*