Petik saja nama Uyaina Arshad, tentu ramai terus terbayangkan karakter pelakon serta hos yang ceria telatahnya, punya buah fikiran yang bernas dan tentunya kecekapannya apabila melontarkan pendapat.
Pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya ini sememangnya dijadikan sebagai figura contoh dalam kalangan ramai remaja baik dari Malaysia dan Indonesia disebabkan ciri-ciri yang disebutkan serta banyak lagi kualiti positif lain.
Menerusi sesi secara langsung di Instagram, Uyaina tampil ke hadapan untuk menyentuh tentang hala tuju seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (2021) setelah menerima keputusan masing-masing pada minggu lalu.
Ke mana jua hala tujunya, kata Uyaina, sewajarnya mereka di sekeliling pelajar itu menghormati dan menasihatkannya secara baik. Tidak kiralah jika si dia memilih untuk menyambung pengajian di peringkat universiti atau memilih untuk terus menempuhi alam pekerjaan, itu adalah hak remaja tersebut.
Begitupun, Uyaina pantang apabila melihat komen-komen di media sosial yang mengajak lepasan SPM untuk melupakan pelajaran sekiranya keputusan SPM mereka kurang memberangsangkan.
“Ilmu itu, sampai bila-bila pun tidak pernah cukup. Cubalah untuk terus sambung belajar tidak kisahlah matriks (matrikulasi) ke, (universiti) swasta ke.
Ads
“Kalau rasa diri lebih menjurus nak buat bisnes (selepas SPM), tak apa. Tak ada salahnya. Tapi bagi orang yang nak sambung belajar, janganlah kita pula galakkan remaja itu untuk tidak sambung belajar.”
“Betul, SPM bukan penamat hidup seseorang. You (orang ramai) nak pujuk pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang, it is okay.Tapi jangan galakkan orang untuk tidak sambung belajar. That is so wrong. Yana marah betul bila orang cakap macam itu,” tegasnya.
*
Tidak kurang juga yang pernah mengkritik semula Uyaina dengan berkata bekas pengacara Nona itu tidak mempraktikkan pengajian undang-undang apabila kini bergelar selebriti sepenuh masa.
“Ada yang DM Yana berkata, ‘Buat apa belajar tinggi-tinggi, akhirnya jadi artis je.’ Sebenarnya, apa sahaja ilmu yang anda belajar, tiada satu ilmu pun yang sia-sia dan merugikan.
Ads
“Yana sekarang memang bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan perundangan; tetapi training yang Yana dapat di law school, cara berkomunikasi dan sebagainya itu, I owe it all to my law school,” ulasnya.
Untuk pengetahuan, Uyaina telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2009 dan memperolehi keputusan 7A. Biarpun pernah bercita-cita untuk mengambil jurusan kedoktoran pergigian, hasratnya terbantut kerana tidak memenuhi syarat kelayakan setelah memperolehi B+ bagi subjek Biologi.
Ads
Lalu, Uyaina yang satu ketika dulu aktif dalam berdebat di peringkat sekolah memohon jurusan perundangan dan akhirnya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebentar tadi Datuk Chef Wan telah mengumumkan yang ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Che Ani telah meninggal dunia. Allahyarhamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 12 Januari 2023 jam 6.20 pagi bertempat di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.
“Dengan kesedihan yang mendalam ibu tersayang telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi dengan tenang dalam tidurnya di Hospital Gleneagles pagi ini.
“May her soul rest in peace, diampun segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama sama orang-orang yang beriman nanti. Jenazahnya akan disemadikan di Masjid Putra Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10,” ujar figura berusia 65 tahun itu.
Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail sangat rapat dengan ibunya dan sering berkongsi kepada umum mengenai hubungan ibu dan anak.
Selain itu, cef terkenal antarabangsa itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini telah banyak mengirim dan memberi ucapan serta doa yang baik untuk arwah ibunya.
Sebelum ini Cef Wan berkongsi di laman Instagram yang ibunya telah dimasukkan ke hospital pada awal tahun kerana demam dan kemudian kesihatan allahyarhamah semakin merosot sehingga memasuki fasa koma.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Diharap dengan penangguhan ini, korang janganlah pula membazir jika mempunyai wang ekstra.
Sebagai usaha untuk membantu para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada musim pandemik COVOD-19 ini, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan.
Keputusan ini dibuat memandangkan ramai bekas pelajar yang terkesan dengan impak COVID-19 dari segi perbelanjaan masing-masing. Bukan semua di kalangan mereka yang kini stabil dengan pekerjaan. Oleh itu, dengan penangguhan ini, ia diharap dapat meringankan beban peminjam buat sementara waktu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Pengajian Tinggi pada hari ini, peminjam yang ingin menangguhnya boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai esok, 10 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021.
Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan bermula dari bulan permohonan diluluskan. Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai kelayakan pemohon, korang boleh saja menghubungi talian careline PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Kenyataan Media Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Selama Tiga Bulan mulai 10 Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021. pic.twitter.com/p4repl34IP
— Kementerian Pengajian Tinggi (@MOHEOfficial) June 9, 2021
Diharap dengan penangguhan yang ini, korang janganlah pula membazir jika mempunyai wang ekstra okay!
Kumpul dan simpan wang tersebut untuk melangsaikan hutang pinjaman selepas tempoh penangguhan tamat kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebaya menjadi salah satu identiti busana yang cukup sinonim dengan Malaysia. Pelbagai jenis rekaan kebaya menjadi pilihan sebagai contoh kebaya pendek, kebaya labuh, kebarung dan juga kebaya nyonya.
Namun tahukah anda, busana ini bukanlah eksklusif untuk masyarakat negara kita sahaja bahkan ia merupakan pakaian yang sudah turun temurun digayakan oleh wanita di rantau nusantara. Jadi tidak hairanlah jika ada pelbagai jenis rekaan kebaya yang boleh anda lihat di luar Malaysia.
Wakil Thailand ke pertandingan ratu cantik menggayakan kebaya wanita selatan Thai.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama-sama dengan Brunei, Singapura dan Thailand telah bersepakat untuk mengangkat kebaya sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023.
Persetujuan yang dicapai untuk bersama-sama membawa seni ini sebagai satu warisan bersama menonjolkan kesepakatan dan juga sikap yang saling menghormati antara satu sama lain dalam mencapai objektif kebaikan, terutamanya dalam melindung warisan sejak berzaman.
Walaupun empat negara ini yang telah bersetuju, menurut kenyataan mengenai perkara ini, mereka turut mengalu-alukan penglibatan negara serantau lain untuk menyertai pencalonan bersama itu.
Kebaya dilihat menepati definisi elemen warisan, kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (33) sekali lagi mencuri perhatian warga internet selepas dilaporkan menyumbang keseluruhan bayaran RM100,000 yang...