Uyaina Arshad Pantang Individu Pengaruhi Lepasan SPM Untuk Tidak Sambung Belajar

Share

 

Petik saja nama Uyaina Arshad, tentu ramai terus terbayangkan karakter pelakon serta hos yang ceria telatahnya, punya buah fikiran yang bernas dan tentunya kecekapannya apabila melontarkan pendapat.

Pemegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya ini sememangnya dijadikan sebagai figura contoh dalam kalangan ramai remaja baik dari Malaysia dan Indonesia disebabkan ciri-ciri yang disebutkan serta banyak lagi kualiti positif lain.

Menerusi sesi secara langsung di Instagram, Uyaina tampil ke hadapan untuk menyentuh tentang hala tuju seorang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (2021) setelah menerima keputusan masing-masing pada minggu lalu.

Foto : Instagram Uyaina Arshad

Ke mana jua hala tujunya, kata Uyaina, sewajarnya mereka di sekeliling pelajar itu menghormati dan menasihatkannya secara baik. Tidak kiralah jika si dia memilih untuk menyambung pengajian di peringkat universiti atau memilih untuk terus menempuhi alam pekerjaan, itu adalah hak remaja tersebut.

Begitupun, Uyaina pantang apabila melihat komen-komen di media sosial yang mengajak lepasan SPM untuk melupakan pelajaran sekiranya keputusan SPM mereka kurang memberangsangkan.

“Ilmu itu, sampai bila-bila pun tidak pernah cukup. Cubalah untuk terus sambung belajar tidak kisahlah matriks (matrikulasi) ke, (universiti) swasta ke.

“Kalau rasa diri lebih menjurus nak buat bisnes (selepas SPM), tak apa. Tak ada salahnya. Tapi bagi orang yang nak sambung belajar, janganlah kita pula galakkan remaja itu untuk tidak sambung belajar.”

“Betul, SPM bukan penamat hidup seseorang. You (orang ramai) nak pujuk pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang, it is okay.Tapi jangan galakkan orang untuk tidak sambung belajar. That is so wrong. Yana marah betul bila orang cakap macam itu,” tegasnya.

*

Tidak kurang juga yang pernah mengkritik semula Uyaina dengan berkata bekas pengacara Nona itu tidak mempraktikkan pengajian undang-undang apabila kini bergelar selebriti sepenuh masa.

“Ada yang DM Yana berkata, ‘Buat apa belajar tinggi-tinggi, akhirnya jadi artis je.’ Sebenarnya, apa sahaja ilmu yang anda belajar, tiada satu ilmu pun yang sia-sia dan merugikan.

“Yana sekarang memang bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan perundangan; tetapi training yang Yana dapat di law school, cara berkomunikasi dan sebagainya itu, I owe it all to my law school,” ulasnya.

Untuk pengetahuan, Uyaina telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2009 dan memperolehi keputusan 7A. Biarpun pernah bercita-cita untuk mengambil jurusan kedoktoran pergigian, hasratnya terbantut kerana tidak memenuhi syarat kelayakan setelah memperolehi B+ bagi subjek Biologi.

Lalu, Uyaina yang satu ketika dulu aktif dalam berdebat di peringkat sekolah memohon jurusan perundangan dan akhirnya bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Sekolah Henry Gurney Bukti Mampu Berjaya, Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM – REMAJA

BACA LAGI : 6 Pelajar Orang Asli Cemerlang SPM Terima Insentif Kerajaan Pahang – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ