Pelakon dan hos terkenal Uyaina Arshad telah pun selamat diijab kabul bersama pasangannya, Raja Syahiran dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Colony by KLCC sebentar tadi.
Syahiran atau nama sebenarnya, Syahiran Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat isterinya, Uyaina Arshad.
Khabarnya, tiada pertukaran dulang hantaran diantara dua belah pihak dan jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas persetujuan kedua belah keluarga.
Uyaina yang ditemubual mengucapkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya pagi ini berjalan lancar walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran sebelum ini.
“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis,”
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” jelas Uyaina.
Majlis akad nikah ini hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat seramai 100 orang dan pasangan ini masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.
Tahniah kami ucapkan kepada Uyaina dan Raja Syahiran, semoga bahagia menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri, serta berkekalan hingga ke jannah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)