V BTS & Jennie Blackpink Dikatakan ‘Berdating’ Di Pulau Jeju, YG Entertainment Beri Respon

Share

Kecoh di media sosial apabila foto selebriti popular Korea, Jennie Blackpink dan V BTS tersebar dan dikatakan keluar bersama di Pulau Jeju dan ini membuatkan ramai peminat memberi spekulasi bahawa kedua-dua pasangan ini sedang menjalinkan hubungan.

Khabar angin itu bermula apabila foto V sedang memandu dan Jennie di sebelah tempat duduk penumpang tersebar dikalangan peminat mereka. Namun, peminat merasakan foto itu telah disunting dan bukanlah foto sebenar. Mereka mendakwa foto V itu telah diambil oleh J-Hope semasa rancangan BTS In The Soop

tahun lalu dan ia bukanlah foto baharu.
Foto: Allkpop

Walau bagaimanapun, baru-baru ini dikatakan memang ke Pulau Jeju dan ada juga peminat yang mengatakan ahli kumpulan BTS juga berada di pulau itu tidak lama dahulu.

Susulan daripada khabar angin itu, agensi BTS, BIGHIT MUSIC enggan membuat sebarang kenyataan dan agensi Jennie Blackpink, YG Entertainment berkongsi,

“Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan mengenai khabar angin itu. Kami akan memaklumkan sekiranya ada respon terkini untuk dikongsi.”

 

Instagram: @jennierubyjane
Instagram: @thv

Kedua-duanya sebelum ini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan apabila peminat mengatakan bahawa V secara tidak sengaja telah mengikuti Jennie di instagram. Selain itu, baru-baru ini juga timbul khabar angin bahawa Jennie telah berpisah dengan G-Dragon.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan jika ada kenyataan rasmi daripada dua selebriti popular ini.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman