
Walaupun sibuk menjalani tanggungjawab sebagai warganegara Korea Selatan dan berehat daripada dunia hiburan buat sementara waktu. Penyanyi terkenal V BTS mencuri perhatian apabila menunjukkan prestasi membanggakan dalam ketenteraan.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram @win._.min_223 pada 19 April lalu, salah seorang rakan seunit V atau Kim Taehyung memuat naik luahan emosional selepas berjaya menamatkan latihan ketenteraan.

win._.min_223

win._.min_223
Menurutnya, beliau meluahkan rasa kagum terhadap semangat dan disiplin V sepanjang latihan, walaupun pelantun lagu Winter Bear itu sebenarnya mengalami kecederaan pada bahu dan paha serta keadaan badan yang kurang sihat.
Walaupun begitu, V tetap bekerja keras dalam setiap latihan sehingga berjaya meraih tempat pertama dalam latihan menembak dan latihan tempur di kawasan bandar semasa musim sejuk.
Disebabkan dedikasi dan prestasi luar biasa beliau, V dianugerahkan penghargaan ‘Polis Tentera Teladan’ iaitu salah satu pengiktirafan yang sukar didapati.

win._.min_223

win._.min_223
Selain itu, rakan perajurit penyanyi itu sempat mengimbas semula kenangan mereka berlari sejauh 3 kilometer bersama V bagi mencapai piawai pegawai elit serta menggambarkan pengalaman itu sebagai sangat bermakna dan ‘romantik’ bukan dari segi cinta, tetapi dari segi ikatan kuat sebagai perajurit seunit.
Dalam pada itu, antara kenangan lain dikongsikan termasuklah bersenam dalam hujan dan salji serta makan bersama di PX (kantin tentera).
Menurut rakan penyanyi itu, kenangan tersebut tidak mungkin dilupakan dan beliau sangat menghargai ketenangan serta fokus V sepanjang tempoh tersebut.

win._.min_223

win._.min_223
Oleh kerana terinspirasi dengan semangat dan aura V, rakan tersebut juga berazam untuk mengejar cita-citanya sebagai pakar terapi rehabilitasi sekaligus menganggap anggota BTS yang kini berusia 30 tahun itu sebagai pendorong utama untuk dirinya berani mengambil langkah ke depan.
Sekadar info, V kini bertugas dalam pasukan elit dikenali sebagai Special Duty Team (SDT) di bawah Korps Polis Tentera Korea Selatan. Ini merupakan salah satu unit yang paling mencabar dan memerlukan fizikal serta mental yang mantap.
V dijangka akan menamatkan latihan dan perkhidmatannya pada Jun ini bersama anggota lain iaitu SUGA, RM, Jimin, dan Jungkook.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.