Vaksin COVID-19 Belum Ditemui, Terkini Kewujudan Virus Baharu LEBIH BAHAYA Ditemui Di Kazakhstan

Share

Di sebalik alam mulai bersih akibat tiada pencemaran hingga sungai menjadi jernih ketika penularan pandemic COVID-19, keadaan kesihatan manusia pula menjadi taruhan apabila semakin banyak virus membawa kematian ditemui.

Jika COVID-19 masih belum ada penawarnya, hingga membawa saintis berusaha lebih keras menjalankan penyelidikan, penemuan satu virus baru yang lebih bahaya dari COVID-19 pula ditemui di Kazakhstan.

Ya kesihatan manusia semakin diancam berikutan satu demi satu virus ditemui dan belum ada penawarnya. Lebih menakutkan kewujudan virus yang tidak dikenali ini mampu membawa impak kematian lebih tinggi berbanding COVID-19.

Dalam pada itu, Kedutaan Besar China di Kazakhstan mengeluarkan amaran berhubung jangkitan baharu “pneumonia tidak dikenali” yang dikatakan lebih berbahaya daripada COVID-19.

Ia selepas negara bekas republik Soviet itu melaporkan peningkatan kes pneumonia sejak Jun lepas, lapor SCMP.

“Angka kematian virus ini jauh lebih tinggi daripada koronavirus baharu.

“Jabatan kesihatan negara sedang melakukan kajian perbandingan mengenai virus pneumonia itu, namun masih belum dapat mengenal pasti virus tersebut,” kata kedutaan dalam peringatan kepada rakyatnya di negara itu.

Laman web kedutaan yang memetik laporan media tempatan menyebut wilayah Atyrau, Aktobe dan bandar Shymkent merekodkan peningkatan kes pneumonia yang ketara sejak pertengahan Jun.

Difahamkan, terdapat hampir 500 kes radang paru-paru di tiga lokasi tersebut dengan lebih 30 pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Kazakhstan menyaksikan 1,772 kematian akibat radang paru-paru pada pertengahan pertama tahun ini di mana 628 kes berlaku pada bulan Jun, yang turut melibatkan beberapa warga China, kata kedutaan itu.

"Kedutaan besar China di Kazakhstan mengingatkan warga China di sini agar peka dengan situasi dan meningkatkan pencegahan untuk menurunkan risiko jangkitan," tambah kedutaan itu lagi.


Berdasarkan laporan daripada agensi berita Kazinform, seramai 300 orang yang disahkan menghidap pneumonia dimasukkan ke hospital saban hari.

Menurut agensi itu lagi, sebanyak 1,700 kes pneumonia dikesan di seluruh negara pada Jun, peningkatan lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas.

Kazakhstan melaksanakan perintah darurat pada 16 Mac lepas untuk membendung penularan COVID-19 tetapi ditarik balik pada 11 Mei.

Begitupun, sekatan dan langkah kuarantin tetap dikenakan di beberapa kawasan susulan peningkatan kes pneumonia di negara itu.

Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dalam satu ucapan di televisyen pada Rabu mengatakan keadaan kekal serius dan masih terlalu awal untuk melonggarkan sekatan sepenuhnya.

Tambahnya, negara itu "sebenarnya menghadapi gelombang koronavirus kedua ditambah dengan peningkatan besar dalam kes pneumonia," menurut agensi berita Rusia Tass. Sumber : ASTRO AWANI

Published by
Almaswa Haji Che Ros