Vaksin COVID-19 Hampir Ditemui, Betul Ke?

Share

COVID-19 kini membunuh hamper 5,000 mangsa di seluruh dunia dan setakat ini, tiada ubat yang dijumpai untuk mencegah atau mengubati virus ini.

Menerusi Harian Metro, ujian klinikal pertama ke atas manusia untuk mencari penawar COVID-19 dilancarkan dalam beberapa hari dan paling lewat Jun hadapan. Proses berkenaan dipercepat melalui konsep hack genetic dan berjaya melewati peringkat ujian haiwan serta diuji pada sukarelawan sihat.

Menurut Dailymail pula, saintis di Britain mengatakan vaksin berkenaan sudah siap dan boleh diuji pada manusia menjelang Jun selepas memperoleh keputusan menggalakkan pada tikus. Moderna yang berpangkalan di Massachusetts mencipta kaedah baru apabila menghubungkan RNA bagi merangsang sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan protein sama untuk membunuh virus yang dapat mencegahnya.

Kredit foto: Harian Metro

Walau bagaimanapun, AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman bersaing mengeluarkan vaksin eksklusif melawan COVID-19 yang dibangunkan di sebuah makmal Jerman. Menurut laporan tersebut, Presiden Donald Trump didakwa berusaha ‘memancing’ saintis Jerman yang menghasilkan vaksin percubaan terbabit dan ia dilihat bertujuan untuk mendapatkan lesen eksklusif di AS.

Sumber rapat dengan kerajaan Jerman memberitahu Die Welt vaksin terbabit ‘hanya untuk AS’, walaupun Berlin dilaporkan membuat tawaran sendiri kepada firma bioteknologi, CureVac yang berpangkalan di Thuringia.

Gambar hiasan

Firma berkenaan dipasarkan sebagai pakar dalam membangunkan rawatan terhadap kanser, terapi berasaskan antibody, rawatan penyakit jarang berlaku serta vaksin profilaktik. Ketika ini, makmal terbabit bekerjasama dengan Institut Paul-Ehrlich yang berkait dengan Kementerian Kesihatan Jerman dan berkepakaran dalam penyelidikan vaksin.

Diharap ada berita baik yang disampaikan nanti. Lebih baik jika ia boleh diguna pakai oleh seluruh rakyat dunia, dan bukannya hanya di AS mahu pun Jerman. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan dan semoga kita dilindungi daripada segala perkara yang tidak baik.

Sumber: Harian Metro

Published by
Noor Ain Norman