Hari yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Malaysia telah pun tiba, vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah pun selamat tiba di KLIA seawal jam 10 pagi tadi. Perjalanan vaksin ini dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.
Vaksin ini dilaporkan berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.
Menurut KKM, Malaysia akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaanpada 24 Februari 2021 (Rabu ini). Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan.
Terdapat tiga peringkat Program Imunisasi, iaitu;
Ads
Fasa 1 (Februari-April 2021): Petugas barisan hadapan
Fasa 2 (April-Ogos 2021): Warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi
Fasa 3: Mei 2021-Februari 2022): Penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin juga menjelaskan bahawa kumpulan vaksin berkenaan akan dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan vaksin di seluruh negara melalui kenderaan darat.
Ads
Namun begitu, beliau tidak boleh mendedahkan 16 lokasi itu yang membabitkan Johor, Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.
Ads
Penghantaran kumpulan kedua vaksin berkenaan pula akan diterima pada 26 Februari ini dan penghantaran seterusnya setiap dua minggu sehingga menerima jumlah keseluruhan tempahan daripada Pfizer dan tidak termasuk vaksin lain.
Marilah kita sama-sama berdoa agar program imunisasi yang dijalankan ini berjaya dan dapat mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19.
Sejak semalam di fb Ustaz Ebit Lew, dengan penuh keikhlasan hati serta tangisannya, beliau berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa untuk diduduki oleh seorang lelaki tua, Pak Ad yang terbaring lumpuh bersama cucu-cucunya. Rumah yang diduduki sebelum ini agak uzur dan tidak sesuai diduduki.
Kejujurannya membantu keluarga ini dapat dilihat kerana Ustaz Ebit Lew bersungguh-sungguh mencari sebiji rumah, membaiki masalah pendawaian dan air malah Ustaz Ebit akan membayarkan sewa rumah itu selagi dirinya bernyawa. Allah, besar sungguh pengorbanan Ustaz dan moga Allah membalasnya dengan syurga.
Malah beliau turut berkongsi kisah cucu-cucu Pak Ad ini begitu gembira berpindah ke rumah baru, mahu belajar solat dan lain lagi.
Namun di sebalik perkongsian dari Ustaz Ebit Lew timbul satu kenyataan dari seorang pengguna fb atas nama Mohd Ruslin Abdullah yang berkongsi bahawa keluarga pakcik lumpuh itu sebenarnya ada menerima bantuan termasuk dari Lembaga Zakat Kedah.
Dalam perkongsiannya, timbul dakwaan bahawa segala perabot di dalam rumah disediakan sebelum ini habis dijual?
Bagi REMAJA, dunia melahirkan pelbagai kisah kejadian yang boleh kita jadikan iktibar bersama-sama. Ada yang memang susah dan wajar dibantu. Ada yang sengaja buat-buat susah semata-mata nak terima bantuan dan ada lebih teruk, memang kehidupan mereka susah tapi mereka sendiri “susah” nak berubah dan hanya mengharapkan bantuan orang. Tapi dalam ramai manusia, Allah hadirkan lebih ramai orang baik untuk kita saling bantu membantu tak kisahlah apa kisah belakang mereka. Kita yang berkemampuan wajib membantu orang susah dan doakan agar kehidupan mereka berubah. Tapi apa paling penting adalah niat perbuatan kita. Biarlah ianya kerana Allah taala dan Allah yang menilainya.
Baca perkongsian diberikan khas untuk Ustaz Ebit Lew ini.
Duhai Ustaz Ebit..
(EXCO kerajaan kedah ada tu)📢📢📢📢📢
Kami tahu tujuan tuan baik dan ikhlas. Besar ganjarannya membela nasib mereka yang susah dan miskin.
Ustaz..
Ustaz hadir ke kampung kami tanpa tanya kami. Tanpa selidik cerita Pak Aq dan anak-anaknya ni. Sekarang kami difitnah netizen satu Malaysia. Penduduk kena fitnah, masjid kena fitnah, Zakat Kedah kena fitnah, Kerajaan kena fitnah, Tuan Tanah pun kena fitnah angkara kuasa viral sebelah pihak.
Kami tau Ustaz punya pengikut yang ramai tapi timbulkan fitnah itu adalah perkara baik? Jahatkah kami sampai biar mereka ini sampai hidup dalam sampah.
Ustaz… kami semua tak biarlah mereka hidup mcm tu. Tapi Ustaz, bukan kami saja bantu mereka tapi mereka juga perlu bantu diri mereka.
Ustaz …
Berapa banyak lagi perabot, tilam, bantal, dapur gas, tong gas dan barang makanan yang perlu kami bagi tapi habis hilang😢..
Berapa wang dan rumah lagi perlu tuan tanah bagi pada mereka. Bagi duit, bagi rumah sebuah tapi tak nak. Nak dua buah rumah. Kesian tuan tanah tu Ustaz.
Kerajaan, Lembaga Zakat nak bagi rumah tapi kenapa anak-anak Pak Aq ni tak mau hadir jumpa? Takut apa? Kerajaan nak bagi tempat tinggal. Bukan nak bawa ke balai polis Ustaz.
Baguslah kalau Ustaz dapat pujuk Pak Aq dan anak-anak cucu dia pindah rumah tapi pesan- pesanlah jangan jual lagi perabot dan apa jual sumbangan orang ramai.
Duhai Ustaz, kami penduduk Kedah dan semua orang-orang kampung redha kena fitnah dan caci maki pengikut Ustaz tapi kami tak akan buka aib keluarga ni.
Terima kasih Ustaz atas bantuan pada Pak Aq dan anak2 cucu dia. Moga mereka berubah. Dan Ustaz, gunalah populariti Ustaz ke arah kebaikan bukan timbul fitnah pada orang lain.
Moga Allah merahmati amin amin yarabbalamin.
Saya minta maaf jika terkasar bahasa.
Allah sayang kita semua.
Cuba Baca Komen-komen Di bawah…
Betul kan‼️
Moga Allah merahmati ..
09.54 malam
20 April 2020
Alor Setar
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu pernikahan berlainan agama dan sesama jenis sekian lama telah menjadi isu perdebatan sensitif di negara-negara Asia terutama dalam rantau Nusantara ini.
Ini memandangkan faktor agama dan budaya masyarakat di sini tegas melarang kedua-dua jenis pernikahan ini kecuali sekiranya pasangan memeluk agama Islam.
Lalu apabila sepasang suami isteri berlainan agama di Surabaya, Indonesia dilaporkan media seberang telahpun bernikah setelah mereka memperolehi kelulusan permohonan daripada Pengadilan Negeri (PN) Surabaya, seperti dijangka, ramai pihak tampil memberikan pendapat masing-masing terhadap kelulusan yang diberi.
PN Surabaya dalam kenyataan mereka mengakui ini adalah kali pertama ia meluluskan permohonan pernikahan rakyat di sana yang berlainan agama. Pegawai Am PN Surabaya, Suparno semalam berkata, keputusan sama pernah diberi sebelum ini tetapi di Jakarta.
“Wajib tidak boleh ditolak,” – Hakim PN Surabaya
Jelasnya, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh hakim, Imam Supriyadi sebelum memberi kelulusan. Pertama, pernikahan berlainan agama tidak dilarang berdasarkan Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1974 di Indonesia. Ia juga ‘lulus’ jika menurut Pasal 35 Huruf A Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2006 mengenai Pentadbiran Kependudukan.
*
Untuk pengetahuan, pengantin lelakinya beragama Islam manakala pasangannya beragama Kristian. Mereka menyerahkan permohonan pernikahan agama berbeza kepada PN Surabaya, Jawa Timur pada 13 April 2022 dan ia diluluskan pada 26 April 2022.
Sebelum ini, mereka pernah cuba mengikat tali pernikahan pada bulan Mac namun ia tidak diperakui serta ditolak oleh jabatan Perkhidmatan Penduduk dan Pendaftaran Awam Tempatan di sana. Pada waktu itu, mereka telah diijab kabul secara Islam dan pada hari sama, mereka disatukan juga mengikut kepercayaan agama Kristian.
*
Dalam pada itu, Setiausaha Jenderal Majelis Ulama Indonesia (Sekjen MUI) iaitu Amirsyah Tambunan pada hari ini meminta PN Surabaya untuk membatalkan pernikahan pasangan tersebut.
Katanya, pernikahan berlainan agama adalah bertentangan dengan aturan negara dan ia hanya boleh disahkan jika mengikut salah satu aturan agama dan kepercayaan – sama ada mengikut agama Islam atau Kristian.
“Dengan perkahwinan berbeza agama maka terjadinya pertentangan logik gukun kerana selain berbeza agama, (ia) juga berbeza kepercayaan yang dianuti calon pasangan suami isteri; dalam hal ini harus ditolak dan dibatalkan,” katanya.
Hhm, macam-macam ya zaman sekarang ini.
Sebelum ini, ada saja kisah perkahwinan berlainan agama, budaya dan latar belakang yang telah mencuri perhatian REMAJA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya selepas berjaya menjuarai Ninja Challange Leaque (NCL) 2018 di Perth, Australia yang dibiayainya sendiri semalam, barulah usaha Mohd Redha Roslan “dipandang” oleh pihak kerajaan apabila hari ini Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddid dalam kicauan di twitternya memaklumkan dia mencadangkan agar bekas juara Fear Factor Malaysia ini diberikan satu anugerah sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.
Syed Saddiq kira-kira dua jam lalu mengucapkan tahniah kepada Mat Redho atas kejayaannya dalam NCL 2018 dan menyifatkan Mat Redho sebagai individu yang memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia di atas kejayaannya ini.
Dan atas usaha serta kejayaannya itu, pakar teknologi maklumat berusia 30 tahun ini sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.
Semalam, Mat Redho mengharumkan nama negara apabila berjaya mengalahkan 95 peserta dalam saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) dengan mengambil masa hanya 5 minit 13.09 saat (s).
Lebih membangggakan dia berjaya mengalahkan juara dari Amerika Syarikat, Jake Murray dengan perbezaan masa 10 saat.
Sebelum ini di fbnya pada 5 November, Mat Redho siap berpantun dengan bunyi ;
“Kancil kura-kura selalu berteman,
bangau putih mematuk ikan.
Orang susah butuh bantuan,
perut lapar perlu makan.
Lebih tragis, Mat Redho siap menulis, pecah tabung pergi Perth, AU, rasa-rasa next comp ada yang nak sponsor tak.
Menambah simpati netizen apabila dia menulis #menagih #pengemis
Malah lelaki ini yang datang ke Perth ditemani isteri dan anak yang menjadi sumber inspirasinya sanggup memecahkan tabungan miliknya semata-mata mahu mewakili Malaysia di kejohanan ini selepas tiada tajaan diperolehnya.
Apa yang membanggakan, Mat Redho menjadi satu-satunya peserta yang berjaya menghabiskan kesemua rintangan di pentas akhir sekaligus melayakkan dirinya memenangi anugerah Last Man Standing di saat semua peserta lain gagal melakukannya.
Memetik kata-katanya, Mat Redho akui dia berasa hebat dan terima kasih kepada halangan ini, ia amat menarik dan sudah pasti saya akan kembali ke sini pada tahun depan,” jelasnya.
NCL menyediakan tiga peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi semua peringkat sebelum layak ke final.
Antara rintangan yang perlu dilalui adalah lompat berhalangan, memanjat tali dan memanjat dinding.
Tahniah bro dari team REMAJA kerana berjaya mengharumkan nama negara dan juga menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...