Vaksin Untuk Pekerja, Selangor Tawar Pembelian Vaksin Kepada Majikan

Share

Situasi kes Covid-19 di Malaysia yang sudah melebihi 4,446 kes baharu setakat semalam pasti membimbangkan banyak pihak.

Susulan daripada peningkatan kes positif di Selangor kian meningkat dan tiada tanda untuk susut, KKM mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor dengan SOP yang lebih ketat sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal.

Terbaru, menurut Selangor Kini, kerajaan Selangor menawarkan pembelian vaksin kepada majikan untuk diberi kepada kakitangan.

Dengan itu, syarikat yang berminat boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) memandangkan perintah bekerja dari rumah tidak lagi diwajibkan.

Kebimbangan ini memuncak berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif seperti varian dari India dan Afrika Selatan.

Malahan, kes sporadik meningkat berbanding kes kluster dengan 89 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan dari 9 April hingga 8 Mei lalu.

“Untuk makluman, SELangkah membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka,” kata Exco Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud.

Syarikat yang berminat atau sebaiknya disarankan melakukan pendaftaran menerusi laman SELangkah Vax yang sudah dibuka sejak 17 Mei 2021. Walau bagaimanapun, tarikh bermulanya program vaksinasi kerajaan Selangor masih belum diketahui.

Menerusi laman itu, Selangor juga akan membuka pendaftaran untuk ahli keluarga dan pusat kesihatan.

Untungnya pekerja yang dapat majikan yang prihatin membeli vaksin ini.

Sumber: Selangor Kini

Published by
Nana