
Bagi yang masih belum mendapat temu janji suntikan vaksin, jangan risau kerana individu berusia 18 tahun ke atas yang berada di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya boleh mendapatkan vaksin COVID-19 secara walk in selepas Operasi Lonjakan Kapasiti berakhir 1 Ogos ini.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan mengumumkan pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan dibuka untuk kemudahan terbabit tidak lama lagi.

Khairy juga berkata sebanyak 432,843 dos suntikan sudah diberikan dalam tempoh dua hari mulai kelmarin dengan 293,100 daripadanya membabitkan dos pertama.
Operasi lonjakan kapasiti bermula 21 Julai lalu hingga 1 Ogos ini dengan sasaran suntikan 211,000 sehingga 275,000 dos setiap hari kepada penduduk di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Menerusi kadar suntikan ini, sasaran keseluruhan adalah untuk memberikan sekurang-kurangnya satu dos kepada semua penduduk dewasa di Lembah Klang sebelum atau pada 1 Ogos ini.
Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan masyarakat Malaysia untuk menerima dos suntikan vaksin bagi mengurangkan penularan virus COVID-19.
Sumber: (1)
Pokok Legend UPM Akhirnya Tumbang, Ramai Luah Rasa Sedih

Kalau korang pelajar atau alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), mesti dah familiar dengan pokok besar yang ada di atas bukit tu kan?
Baru-baru ini, kecoh tentang pokok tunggal yang berusia puluhan tahun itu tumbang menyembah bumi.
Ada yang mengatakan bahawa pokok itu sudah terlalu tua dan daunnya juga dah tak serimbun dulu.
Pelbagai reaksi daripada orang ramai turut dikongsi di laman media sosial.
Bukan saja menjadi ikonik untuk pelajar UPM, pokok besar tersebut juga kerap kali muncul di kaca TV dan layar perak.
Paling diingati penonton adalah apabila pokok ikonik ini menjadi latar belakang bagi filem Lagenda Budak Setan lakonan Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani.
Selain itu, pokok ini juga pernah menjadi lokasi untuk klip video Di Penjara Janji nyanyian penyanyi terkenal negara, Awie.
Air Asia tidak ketinggalan untuk mengabdikan lakaran gambar pokok lagenda tersebut pada sebuah badan pesawat atas kerjasama mereka dengan UPM pada 12 September 2017.
Tak dinafikan lokasi pokok besar tu memang sangat menarik. Ramai juga pelajar yang menjadikan tempat itu sebagai port ambil gambar time konvo.
Pastinya ia menjadi menyimpan seribu kenangan buat mereka..
Kredit: Ahmad alMeseiry
Ini Sebab Utama Kenapa Ahli Parlimen Pembangkang “Angkat Kaki” & Keluar Dari Dewan Rakyat

Sidang Dewan Rakyat memulakan persidangan pertama bermula hari ini. Nampaknya baru saja dimulakan tetapi sudah ada isu ‘kontroversi’ berlaku di mana kebanyakan ahli parlimen pembangkang bertindak ‘angkat kaki’ dan keluar dari Dewan Rakyat sebelum disambung semula.
Namun dalam eposid itu, Ahli Parlimen Rembau iaitu Khairy Jamaludin dilihat tenang disaat kebanyakan rakan pembangkangnya bertindak keluar dewan. Sebelum isu ini lebih panjang, kena faham dulu kenapa mereka bertindak sedemikian. Ternyata ada sebab dan isu kukuh kenapa tindakan itu dilakukan.
Baca perkongsian dari DrSyahr Musafir ini kenapa tindakan itu terjadi.
Saya jangka gambar YB Khairy Jamaluddin #KJ berseorangan duduk di kerusi dalam Dewan Rakyat #DR akan jadi trending No 1 hari ini. Mana tidaknya, berseorangan di tengah-tengah sambil melihatkan para Ahli Parlimen #MP lain beramai-ramai keluar dari Persidangan memang janggal. Mahu tak mahu, kita perlu akui bukan mudah MP Rembau KJ dan MP Kimanis untuk terus duduk di situ sambil melihatkan rakan-rakan barisan pembangkang lain angkat kaki keluar dari DR.
Salah satu sebab kenapa ramai rakyat tidak suka ikuti perbincangan persidangan parlimen Malaysia adalah ‘drama-drama’ yang sentiasa ada, tak kisah dulu semasa pemerintahan Kerajaan BN, hinggalah kini Kerajaan PH. Banyak sangat ketidak-matangan, ‘iklan jenaka’ dan ketidak-telusan dalam proses persidangan. Semacam tak sedar mereka adalah MP, bergelar Yang Berhormat #YB.
Jangan ketawakan barisan MP pembangkang yang keluar DR, mereka punya hujah valid kenapa Kerajaan PH tidak ikut prosedur pengumuman, pelantikan dan persetujuan Speaker Dewan Rakyat #SDR (atau nama penuh, Yang Dipertua Dewan Rakyat #YDPR) perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum persidangan berlangsung hari ini, 16 Julai. Sepatutnya Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof #DMAMY dan seluruh rakyat sudah diwar-warkan tentang lantikan dan persetujuan DMAMY sebagai SDR sekurang-kurangnya pada 02 Julai supaya persidangan dan Majlis Angkat Sumpah hari ini dapat dijalankan dengan lancar.
Boleh rujuk
1) 10 Julai 2018, video Kini TV, Timbalan Perdana Menteri #TPM Datuk Seri Wan Azizah #DSWA beritahu nama SDR akan diumumkan (maksudnya belum diumumkan): https://www.kinitv.com/video/63159O74.
2) 14 Julai 2018, akhbar Utusan, apa kata bekas SDR, Tan Sri Pandikar Amin Mulia #TSPAM tentang Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat http://www.utusan.com.my/…/sidang-dewan-rakyat-kemungkinan-…
3) 15 Julai 2018, Astro Awani melaporkan, pada ayat terakhir, “Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa DMAMY AKAN DICALONKAN sebagai SDR apabila bersidangnya sesi pertama persidangan Parlimen ke14 pada esok.” http://www.astroawani.com/…/speaker-dewan-rakyat-ke-9-berpe…
Ini menunjukkan ketidak-telusan dan isu ini valid, walaupun kita tidak setuju melihat para MP angkat kaki keluar dari DR secara beramai-ramai, nampak janggal, biadab dan sebagainya. Jangan dipersoal kenapa pihak BN hanya ‘rujuk buku prosedur’ sekarang, bukan dulu-dulu (semasa jadi Kerajaan), memang BN sekarang sebagai Pembangkang kena membangkang. Suka atau tak suka, terimalah hakikat ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada, walaupun tak ada siapa pun setuju drama angkat kaki keluar dewan sebegini.
Saya mengharapkan Kerajaan PH lebih baik daripada Kerajaan BN. Berikan kata maaf atas kekhilafan, dan perjelaskan kenapa lantikan SDR tidak ikut prosedur 14 hari seperti yang digariskan sejak sekian lama. Pencalonan dan pelantikan DMAMY sebagai SDR tidak dibantah oleh sesiapa pun, tetapi persoalan wujud kenapa lantikan tidak ikut peraturannya.
Saya menulis sebagai seorang rakyat marhaen yang mahu lihat pemimpin-pemimpin Sidang Parlimen bersatu hati berbincang untuk kebaikan negara dan rakyat dalam DR tanpa melihat kepada parti politik yang diwakili. AHLI PARLIMEN MEWAKILI RAKYAT, BUKAN MEWAKILI PARTI POLITIK (walaupun ada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang).
Update: Boleh #SHARE. Diizinkan 100%. Tak minta izin tak apa (saya tak mampu nak balas setiap komen minta izin).
Dr Syahr Musafir
cc Pn Rahimah AR
16/07/2018 #PolitikDrSyahr
TQ, RTM/TV1 Facebook-Live.
Penjara Sungai Buloh Ibarat Neraka, Pesalah Kes 1MDB Pernah Tidur Atas Lantai Simen Bersama Tikus

If you cannot do the time, do not do the crime.
Begitulah perumpuan yang boleh diungkapkan apabila mendengar kisah pengalaman banduan di sebalik tirai penjara di Malaysia.
Selama ini, kita hanya mendengar kisah-kisah kehidupan seorang banduan yang merasa terseksa dengan macam-macam dugaan sewaktu berada dalam tahanan. Ada yang sahih, ada juga yang diragui kebenarannya.
Namun, kisah yang satu ini sememangnya terjadi kepada salah seorang banduan Penjara Sungai Buloh.

Roger Ng bukanlah nama asing dalam laporan media Malaysia dan media antarabangsa beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau merupakan bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc yang terpalit dengan kes penyelewengan berbilon Dolar daripada IMDB.
Pada April 2022, Roger disabitkan bersalah oleh juri persekutuan di Brooklyn, New York kerana melanggar undang-undang anti-rasuah serta melakukan pengubahan wang haram.
Beliau juga didakwa telah membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang dana IMDB dan merasuah pegawai untuk mendapatkan perniagaan bagi syarikat Goldman yang diwakilinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Buku Tahunan Financial Times 2018 Bakal Disirikan, Tentang Rasuah & Skandal 1MDB – REMAJA
Memetik laporan The Edge Markets, Roger dan pasukan peguamnya kini sedang cuba menyakinkan Mahkamah New York untuk meringkankan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas rOGER pada minggu hadapan.
Ini setelah beliau trauma menjalani hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 2019 di Penjara Sungai Buloh sebelum diekstradisi ke Amerika Syarikat.
Menerusi surat bertarikh 26 Februari 2023 yang dikirimkan oleh Roger kepada Hakim Margo Brodie dalam usaha meringankan hukuman ke atasnya, jejaka berusia 51 tahun itu mengibaratkan pengalaman ditempatkan di dalam Penjara Sungai Buloh di Malaysia sebagai ‘neraka’.
Antara dugaan yang terpaksa dilalui Roger termasuklah tinggal di dalam sel bersama tikus, tidur di atas lantai simen dan dijangkiti malaria dan leptospirosis; sejenis penyakit bawaan air daripada air kencing tikus.
Beliau juga dalam kandungan surat tersebut mendedahkan pernah dirantai bersama 20 orang banduan lain, dimuatkan ke dalam sebuah trak yang sempit sebelum dibawa ke mahkamah. Pada satu ketika, Roger juga pernah ditahan di dalam sel bersendirian sehingga dua minggu tanpa interaksi dengan banduan lain.
Lantas, pengalaman di Penjara Sungai Buloh pada tahun 2019 itu telah memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikalnya.
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Penjara Paling Teruk Di Dunia, Seperti ‘Neraka’ Hidup – REMAJA
Sehingga ke hari ini, Roger mengakui masih belum mampu bersosial secara normal akibat pengalaman traumatik dan mengejamkan di Penjara Sungai Buloh.
Takutnya dengar!
*
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pengalaman penyanyi, Adzrin Adzhar yang menyifatkan dirinya ‘tenang’ semasa menjadi tahanan penjara.
SUMBER: The Edge Markets
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.