Nama Pa’din sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama buat pengikut skateboarding Malaysia dan juga di Asia. Sudah beberapa generasi cukup masak dengan nama Pa’din tidak kiralah sama ada daripada pengikut tegar sukan ekstrem ini atau juga penggemar aktiviti underground sama ada muzik atau gaya hidup.
Mengambil inisiatif untuk mendokumenkan kish legenda ini, Vans Malaysia telah menerbitkan sebuah dokumentari bertaju ‘Demi; A Pa’din Musa Dokumentary’. Ia telah pun dilancarkan dan ditayangkan di ibu negara baru-baru ini dan kini turut dimuat naik ke akauan YouTube antarabangsa rasmi Vans.
Pa’din Musa, pemenang dua pengat emas X-Games Asia merupakan figura skateboarding yang cukup penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asia. Kejayaannya membawa nama negara telah memberikan impak yang cukup besar dalam dunia skateboarding tanah air. Dengan pengalaman selama 28 tahun, tidak hairanlah Pa’din mempunyai reputasi cukup besar.
Menerusi dokumentari berdurasi selama 25 minit ini, Pa’din menceritakan tentang perjalanannya sejak kecil; bagaimana dia mula berjinak-jinak dengan skateboard yang dianggapnya bukan sahaja hobi tetapi sebagai gaya hidup sambil menjelajah Semenanjung Malaysia bersama Vans Skate Team pada bulan Ogos 2017 yang lalu.
Pada munggu lalu juga Vans mengumumkan tentang siri kasut eksklusif Pa’din Signature – sekaligus menjadi rakyat Malaysia pertama diberi penghormatan ini. Dua kasut sighnature Pa’din, Vans Authentic Pro dan Old Skoll Pro boleh didapati di semua Vans Store di Malaysia (keciali Vans Paradigm, Vans Quill dan Vans Farenheit 88).
Jangan lupa untuk menonton dokumentari menarik tentang our own skateboard legend, Pa’din Musa!