Industri vape kini dikatakan semakin berani dan gigih mengeluarkan reka bentuk terbaharu yang sengaja ‘mengelirukan’ sebagai satu usaha untuk meningkatkan jualan.
Berwarna-warni, menyerupai bentuk alat permainan dan berperisa buah-buahan, vape yang berada di pasaran pada hari ini amat jelas disasarkan untuk kanak-kanak di peringkat sekolah dan perkara ini sudah tentunya meresahkan lagi golongan ibu bapa.
Sedar dengan bahaya penggunaan vape ini terutamanya dikalangan kanak-kanak dan remaja. Seorang doktor terpanggil untuk lantang bersuara, Dr. Arisman Wenge Abdul Rahman yang juga Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam tegas menggesa kerajaan bertindak segera untuk menanganinya.
Satu Jenayah
Menurut doktor ini, perkara ini bukanlah jenaka, tapi ini adalah satu jenayah. Beliau turut merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa agar memandang serius perkara yang mampu memudaratkan kesihatan mental dan fizikal ini.
Ads
“Laksanakan tindakan keras dan jelas dengan segera! Sampai macam ni sekali kita menggalakkan dan mendedahkan anak kecil dan budak sekolah dengan penampilan video dan gambar serta iklan malah “kedai-kedai” yang aktif tumbuh macam cendawan dalam negara kita. Bodoh atau cerdik? Speechless.
Dr Arisman turut mempersoalkan masa depan masyarakat di negara ini sekiranya mereka telah didedahkan dengan penggunaan alatan elektronik berbahaya sejak usia muda lagi.
“Bagaimana generasi kita 10 tahun atau 20 tahun akan datang jika seawal usia kurang 10 tahun sudah terdedah dan mudah mendapatkan barangan ”bodoh” ini tanpa kawalan dan penguatkuasaan keras oleh kerajaan. Generasi apa akan kita dapat nanti?” soalnya lagi.
Selain Dr Arisman, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bimbang serta marah dengan penjualan vape itu di pasaran negara ini.
Ads
Dasar Generasi Penamat (GEG)
Sebelum ini, pada Disember tahun lalu Dr Zaliha dilaporkan akan meneliti semula Dasar Generasi Penamat (GEG), dari segi pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang belum diluluskan di Parlimen.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok antaranya melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok, termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bagi tujuan melahirkan Generasi Penamat bagi merokok.
Ads
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Khairy Jamaluddin pada 27 Julai 2023 tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi.
Semoga ibu bapa semua lebih cakna mengenai perkara ini dan diharapkan juga agar tindakan sewajarnya dapat diambil segera oleh pihak kerajaan. Kesan penggunaan bahan ini dalam jangka masa panjang masih belum diketahui dan berkemungkinan besar berbahaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagai kena tema dengan sambutan Hari Wanita : WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN, beregu wanita Pearly Tan dan M Thinaah mengharumkan nama Malaysia setelah muncul juara dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BWF itu menjadi milik pertama mereka dan menjadi pemain sulung Malaysia muncul selaku juara wanita dalam kejohanan itu.
Sumber Gambar : The Star
Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland dengan menumpaskan gandingan adik beradik, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-19, 21-12 dalam final sulung Jelajah Dunia mereka di St Jakobshalle, Basel semalam.
Untuk info, kali terakhir pemain Malaysia menjuarai Terbuka Switzwerland ialah Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2009.
Tahniah kami ucapkan buat pasangan beregu Badminton ini kerana membanggakan nama Malaysia. Semoga ramai lagi wanita diluar sana semangat berjuang dalam apa jua yang dilalui tanpa mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.
Bermacam dugaan yang perlu dihadapi masyarakat yang terkesan kerana banjir. Seperti insiden yang berlaku di Kalimantan Selatan, Indonesia. Seorang wanita terpaksa bersalin di atas perahu ketika dalam perjalanan menuju ke hospital sambil diiringi oleh dua orang bidan.
Sejurus naik ke atas perahu wanita yang dikenali dengan nama Ernawati merasakan bahawa saat melahirkan sudah tiba. Oleh itu, dua orang bidan yang ada bersamanya memutuskan untuk membantunya bersalin di atas perahu.
Keadaan Ernawati ketika melahirkan di atas perahu. Sumber gambar: via tangkap layar Facebook Ponk Burger
Bayi perempuan yang dilahirkan sihat itu menjenguk dunia setelah beberapa minit Ernawati bertarung kesakitan untuk melahirkan.
Apa yang menarik adalah pemilihan nama bayi perempuan yang boleh diangap unik. Disebabkan dilahirkan dalam keadaan banjir dan di atas perahu, Ernawati dan suami bersepakat menamakan anak perempuan mereka itu sebagai Siti Noor Banjiriah.
Bersyukur atas rezeki yang diberikan tuhan, kedua-dua mereka berterima kasih kepada bidan yang berdedikasi membantu saat melahirkan. Wah! Adik Siti Noor Banjiriah pasti akan sentiasa ingat nanti yang dia dilahirkan saat rakyat bergelut dengan bencana banjir.
Sikap terpuji dan memiliki keperibadian yang tinggi di dalam diri Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang meraikan tukang cuci dan pengawal di pejabatnya sempena sambutan Aidiladha pagi ini mendapat pujian dari netizen.
Rata-rata menyampaikan rasa kagum dan meminta agar Menteri Agama ini terus kekal dengan sikap kerendahan hatinya yang langsung tidak membezakan orang bawahan mahu pun atas serta tidak kekok untuk duduk semeja bersama pekerja bawahan ini.
“Alhamdulillah, inilah contoh pemimpin yang umat Islam ternanti-nanti, seorang yang berpijak di bumi nyata dan menyantuni setiap peringkat staff yang berada di bawah seliaannya. Semoga Allah permudahkn urusan Datuk dan memberkati segalanya.”
“Alhamdulillah Dato. Harap semua ketua Jabatan dan Pegawai Kanan lain contohi. Sekurang-kurangnya kita faham susah dan senang mereka yang turut menjadi aset penting dalam sesebuah organisasi”.
Alhamdulillah darjat dan pangkat tak bwa kemati.. contoh tauladan yang baik untuk kita smua...tahniah Dato. Alhamdulillah, anggaplah mereka adalah satu keluarga bagi Kita....Semoga ia menjadi contoh kepada masyarakat diluar sana...Terbaik Datuk.
Sayang pada Dr Zulkifli
Dalam pada itu, seorang netizen turut menyuarakan kagum dengan akhlak ditunjuk oleh Menteri Agama ini dan menyampaikan rasa sayang dengan sikap baik disayangkannya.
Rasa sayag dekat Datuk sebab akhlak yang ditunjuk.Semoga teruskan istikhomah dengan khidmat bakti Datuk yang terbaik demi Agama Islam khususnya dan rakyat seluruhnya..
BETULLAH, KALAU KITA BAIK RAMAI YANG SAYANG seperti arwah Abam pernah cakap.
Berikur adalah catatan Dr Zulkifli di page fbnya.
Sarapan pagi dengan tukang cuci dan pengawal keselamatan di Pusat Islam KL. Mereka mungkin tak ada masa untuk menyambut hari raya seperti kita. Saya minta peramu saji layan macam VIP. Ada Nasi Ambeng, Lemang dan kuih-muih. Moga sarapan dan sedikit sumbangan duit raya menggembirakan Aidil Adha mereka.
Ada yang takut-takut nak datang mulanya sebab ingatkan ada kesalahan. Tak ada apa-apa pun. Sekadar nak beramah mesra dengan semua tukang cuci dan pengawal keselamatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...