Industri vape kini dikatakan semakin berani dan gigih mengeluarkan reka bentuk terbaharu yang sengaja ‘mengelirukan’ sebagai satu usaha untuk meningkatkan jualan.
ARTIKEL BERKAITAN : Ada Beza Ke Antara Rokok Dan Alternatif Seperti Vape?
Berwarna-warni, menyerupai bentuk alat permainan dan berperisa buah-buahan, vape yang berada di pasaran pada hari ini amat jelas disasarkan untuk kanak-kanak di peringkat sekolah dan perkara ini sudah tentunya meresahkan lagi golongan ibu bapa.
Sedar dengan bahaya penggunaan vape ini terutamanya dikalangan kanak-kanak dan remaja. Seorang doktor terpanggil untuk lantang bersuara, Dr. Arisman Wenge Abdul Rahman
yang juga Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam tegas menggesa kerajaan bertindak segera untuk menanganinya.Satu Jenayah
Menurut doktor ini, perkara ini bukanlah jenaka, tapi ini adalah satu jenayah. Beliau turut merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa agar memandang serius perkara yang mampu memudaratkan kesihatan mental dan fizikal ini.
“Laksanakan tindakan keras dan jelas dengan segera! Sampai macam ni sekali kita menggalakkan dan mendedahkan anak kecil dan budak sekolah dengan penampilan video dan gambar serta iklan malah “kedai-kedai” yang aktif tumbuh macam cendawan dalam negara kita. Bodoh atau cerdik? Speechless.
Dr Arisman turut mempersoalkan masa depan masyarakat di negara ini sekiranya mereka telah didedahkan dengan penggunaan alatan elektronik berbahaya sejak usia muda lagi.
“Bagaimana generasi kita 10 tahun atau 20 tahun akan datang jika seawal usia kurang 10 tahun sudah terdedah dan mudah mendapatkan barangan ”bodoh” ini tanpa kawalan dan penguatkuasaan keras oleh kerajaan. Generasi apa akan kita dapat nanti?” soalnya lagi.
Selain Dr Arisman, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bimbang serta marah dengan penjualan vape itu di pasaran negara ini.
Dasar Generasi Penamat (GEG)
Sebelum ini, pada Disember tahun lalu Dr Zaliha dilaporkan akan meneliti semula Dasar Generasi Penamat (GEG), dari segi pelaksanaannya menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang belum diluluskan di Parlimen.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok antaranya melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok, termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan tahun seterusnya, bagi tujuan melahirkan Generasi Penamat bagi merokok.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Khairy Jamaluddin pada 27 Julai 2023 tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi.
Semoga ibu bapa semua lebih cakna mengenai perkara ini dan diharapkan juga agar tindakan sewajarnya dapat diambil segera oleh pihak kerajaan. Kesan penggunaan bahan ini dalam jangka masa panjang masih belum diketahui dan berkemungkinan besar berbahaya.
BACA : Hati-Hati.. ‘Vape’ Mengandungi Dadah WUJUD Di Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.