Walaupun kes baharu Covid-19 di negara kita menunjukkan penurunan, dan rata-rata dari kita yang sudah divaksin dibenarkan menjalani kehidupan seperti biasa dengan norma baru.
Namun, kita tidak harus leka kerana baru-baru ini dunia dikejutkan dengan penemuan varian Delta versi baharu yang diklasifikasikan oleh kerajaan United Kingdom (UK) sebagai ‘varian dalam siasatan’.
Ia dinamakan sebagai Delta AY.4.2 dan dilaporkan menimbulkan kebimbangan di kalangan penyelidik dunia.Tambahan lagi varian baru yang muncul ini dikatakan telah mula merebak dalam komuniti di sana.
Juga dari keluarga virus korona SARS-CoV-2 yang paling mudah menyebar, Jeffrey Barrett, pengarah Inisiatif Genomics COVID-19 di Wellcome Sanger Institute di Cambridge, dan Francois Balloux, pengarah University College London Genetics Institute, memberitahu Financial Times bahawa varian Delta AY.4.2 mempunyai kemampuan 10 hingga 15 peratus lebih berjangkit daripada varian Delta yang asal.
Untuk info, walaupun jejaknya sudah mula diselidiki oleh kerajaan UK, AY.4.2 masih belum dikelaskan sebagai ‘varian dalam siasatan’ (variant under investigation/VUI) atau ‘varian yang menjadi perhatian’ (variant of concern/VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Ini bermakna WHO masih menganggap bahawa varian Delta AY.4.2 masih belum mempunyai perubahan genetik yang berbahaya untuk menjejaskan penghantaran, keterukan penyakit dan imuniti daripada antibodi.
Malah, kajian dari penyelidik Britain sendiri kini mempelajari lebih lanjut mengenai varian Delta AY.4.2. Jika dakwaan Barrett dan Balloux disahkan, AY.4.2 akan menjadi jenis coronavirus yang paling menular sejak wabak itu bermula.
Sementara itu, profesor imunologi di Imperial College London, Danny Altmann, memberitahu CNBC bahawa subjenis AY.4.2 “perlu dipantau dan dikawal dengan teliti.”
Apa-apapun stay safe, kekal ikut SOP walau kemana korang pergi. Ingat virus Covid-19 ini masih ada disekeliling kita.