Siapa yang tak sedih apabila melihat jumlah kes harian Covid-19 setiap hari bertambah dan sudah pun  melebihi 5 angka. Tambahan lagi varia baru yang muncul membuatkan rakyat Malaysia dan dunia mulai penat dengan semua ini.

Terbaru, kita dikejutkan dengan kemunculan Covid-19 kelima yang diklasifikasikan sebagai jenis mutasi yang lebih bahaya dan membimbangkan.

Varian Ke-5 Covid-19 Dikesan, Sifat Mutasi Lebih Kebal Vaksin, Ubatan
Foto: REUTERS

Dikenali sebagai nama ‘MU’, menurut laporan The Straits Times ia disebut secara ilmiah sebagai B.1.621 dan telah diklasifikasikan sebagai “varian of interest” oleh WHO. Malah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga kini sedang giat memantau varian baru wabak COVID-19 tersebut. Varian Mu ini difahamkan pertama kali dijumpai di negara Amerika Latin, Colombia pada bulan Januari lalu.

Ads

Dalam laporan mingguan WHO, menjelaskan bahawa varian Mu mempunyai sifat mutasi yang menunjukkan potensi untuk melepaskan diri dari sistem imun. Kini varian Mu telah diletakkan di dalam kategori perhatian khusus WHO dan mula menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar serta orang awam di tengah-tengah situasi varian Delta yang belum habis menular.

Untuk info, Mutasi tertentu boleh mempengaruhi sifat wabak dan mempengaruhi seberapa mudah penyebarannya, serta keparahan penyakit yang ditimbulkannya.

Ads

Varian Ke-5 Covid-19 Dikesan, Sifat Mutasi Lebih Kebal Vaksin, Ubatan

Varian ‘Mu’ dikatakan mutasi yang menyebabkan virus menjadi lebih berdaya tahan dengan tindak balas vaksin, ubat-ubatan dan langkah pencegahan lain. WHO setakat ini telah mengenal pasti empat varian COVID-19 yang menjadi perhatian, iaitu Alpha, Beta, Gamma dan Delta. Saat ini lima varian baru, termasuk Mu, berada di bawah pemantauan khas oleh WHO.

Ads

Apa-apapun stay safe, kekal ikut SOP dan duduk dirumah jika tiada keperluan untuk keluar walaupun sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.

Sumber : The Straits Times

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI