Mencetuskan kebimbangan orang ramai, varian baru iaitu Omicron ini ditemui pertama kali di Botswana dan Afrika Selatan. Kini varian Omicron telah merebak ke pelbagai negara dan salah satunya adalah Malaysia.
Sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyarankan individu yang mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin COVID-19 untuk hadir bagi menerima suntikan tersebut. Malah, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini susulan kadar keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan.
Namun, menurut laporan terbaru mengikut beberapa kumpulan penyelidik menyatakan varian Covid-19 Omicron adalah terlalu kuat sehinggakan dua dos vaksin Sinovac dengan dos penggalak vaksin Pfizer kurang berkesan terhadap varian tersebut.
Foto – The Guardian
Jelas pakar, gabungan dua vaksin tersebut menghasilkan tindak balas imun yang lebih rendah terhadap varian Omicron berbanding strain virus lain termasuk Delta.
Foto : Astro Awani
Kajian tersebut dilakukan oleh kumpulan penyelidik Yale University, Kementerian Kesihatan Republik Dominika dan badan berkaitan. Berdasarkan laporan yang ditulis oleh penyelidik tersebut, gabungan vaksin itu menghasilkan tindak balas antibodi mirip dua dos vaksin mRNA.
Ads
Tahap antibodi terhadap Omicron adalah enam kali ganda lebih rendah berbanding varian pertama. Malah, antibodi yang dibentuk juga adalah dua kali ganda lebih rendah jika dibandingkan dengan varian Delta.
Apa-apapun, jangan lupa untuk sentiasa patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kuarantin kendiri jika memiliki simptom COVID-19.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Utusan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat korang yang kaki travel, Malaysia Airlines Travel Fare (MATF) menawarkan potongan sehingga 45 peratus tambang ke destinasi domestik dan antarabangsa terpilih. Tawaran ini dibuka pada 25 Mac lalu hingga 4 April depan.
Korang boleh menikmati diskaun manfaat perjalanan dengan potongan 25 peratus ke atas penambahan, termasuk pemilihan tempat duduk, bagasi tambahan dan pakej lain. Bagi destinasi domestik, tambang bermula serendah RM79 sehala ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia menggunakan kelas ekonomi, manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM379 sehala bagi penerbangan Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.
Antara destinasi antarabangsa yang terpilih pula adalah London, India, Singapura, Phnom Penh, Ho Chi Minh, Manilla, Colombo, Kathmandu, Perth, Brisbane, Adelaide, Sydney dan Melbourne. Tempoh perjalanan boleh dilakukan sehingga 30 November 2022.
So guys apa tunggu lagi, kita pun dah boleh ke luar negara dengan tenang selepas 1 April ni. Hiks!
Selamat bercuti!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Musim konvokesyen kini bukan hanya dilangsungkan di Malaysia tetapi juga di universiti seluruh dunia. Pelbagai kisah unik mengenai para graduan tempatan pernah REMAJA laporkan dan kisah terbaru ini tidak kurang menariknya.
Seorang pelajar yang berasal dari Sabah telah menggayakan busana tradisional etnik Murut Nabai sewaktu majlis konvokesyennya.
Gadis yang dikenali sebagai Nur Liyana Razali ini telahpun menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari University of Manchester di United Kingdom. Menariknya,gadis berketurunan Brunei-Murut ini menjadi tular setelah fotonya berpakaian tradisional yang bercorak ‘linangkit’ pada hari majlis tersebut telah mencuri perhatian warganet terutamanya dari Sabah.
Kongsi Nur Liyana, sebab utama dia mengenakan pakaian tradisi wanita dari suku kaum Murut itu adalah untuk mempamerkan tradisi dan kebudayaan masyarakat Sabah di negara asing.
“Sudah tentu saya gembira dapat menerima segulung Ijazah Sarjana. Namun kenangan itu lebih manis apabila saya dapat mempamerkan kebudayaan Sabah di Borneo suku Murut daripada keturunan sebelah ibu saya,” jelas anak sulung daripada tiga adik-beradik ini. Sambil itu, Liyana turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama masyarakat di Sabah yang memberikan galakan kepadanya setelah dia tular.
Nur Liyana sepatutnya menerima ijazah pada 2020 tetapi ia terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik Covid-19. Nur Liyana kini dilaporkan bertugas sebagai seorang pelatih pengurusan di syarikat Nestle Malaysia, Kuala Lumpur.
Foto Via Utusan Borneo
Untuk pengetahuan, terdapat lebih kurang 33 etnik di Sabah yang telah dikenalpasti. Selain itu, penduduk di negeri ini juga berkomunikasi dalam 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Walaupun mempunyai entik dan bahasa yang pelbagai, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih ditutur secara meluas di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Harian Metro/ Utusan Borneo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang pernah tonton Life Of Pi kan. Ia kisah benar yang difilemkan mengenai seorang remaja berusia 16 tahun, Piscine Molitor Patel. Mungkin susah menyebut namanya, ia disebut Pi Patel sahaja.
Bayangkan, seorang diri terumbang ambing di Lautan Pasific. Tujuh bulan lamanya. Dari beberapa ekor haiwan, akhirnya Pi hanya bersama seekor harimau bengal. Situasinya antara hidup atau mati. Ternyata selepas difilemkan, sambutannya meletup.
Bagi yang belum tahu, Lautan Pasific berkeluasan 165 juta kilometer persegi. Alamnya mudah berubah. Cuaca, ombak besar menanti bila-bila. Tapi bila Allah belum mengambil nyawa, pengalaman hanyut itulah yang boleh dibaca oleh orang lain dijadikan sebuah pengalaman kehidupan.
Di Rompong inilah Adli hanyut di Lautan Pasific selama 49 hari
Dirinya hanya makan ikan dan minum air laut sebagai ikhtiar hidup
Ternyata kisah Pi Patel turut boleh dibukukan oleh seorang remaja Indonesia iaitu Aldi Novel Adilang yang ditemui dalam keadaan lemah di Perairan Guam, Lautan Pacific selepas terumbang ambing selama 49 hari, seorang diri.
Kebanyakan akhbar dunia termasuk CNN melaporkan kisah remaja berusia 19 tahun ini yang ditemui selamat dan sudah dibawa pulang ke tanah kelahirannya, Indonesia.
Dalam satu temuramah, kata Adli, dia hanya makan ikan dan minum air laut sebagai ikhtiar untuk terus hidup selepas rumah botnya terputus tali sehingga dia hanyut di perairan Guam, Lautan Pasific.
“Saya lapar, dahaga dan ketakutan. Selalu memikirkan mati kerana sudah 10 kapal besar saya nampak ketika hanyut namun mereka tidak perasan rumah bot kecil ini. Ikan yang saya tangkap pun dibakar menggunakan kayu bot demi survival kehidupan,” katanya yang disangka sudah mati kerana hilang hampir dua bulan di lautan terbuka.
Bagi kebanyakan akhbar Indonesia yang menulis tentang kisah luar biasanya ini, media memaklumkan, Adli bekerja sebagai penjaga lampu bagi perangkap ikan dikenali Rompong (penangkapan ikan di tengah laut) 125km dari daratan.
14 Julai lalu, angin kuat telah menghanyutkan pondok tempatnya berteduh dari rompong ke Perairan Guam, lokasi antara Indonesia dan Jepun.
“Saya melambai kepada 10 buah kapal namun tiada siapa perasan sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dari Panama. Ketika hanyut bekalan masih ada sedikit dan selepas itu mula habis. Saya tangkap ikan dan bakarnya menggunakan kayu rompong. Percikan ganas ombak yang terkena pakaian itu saya perah dan jadikan sebagai air minuman,” katanya yang sama sekali tidak menyangka tali yang mengikat rompongya terputus akibat angin kencang.
“Saat-saat susah itu, saya selalu terfikir mati,” kata Aldi yang masih lagi dalam keadaan trauma. Bagaimana pun Duta Indonesia di Osaka, Mirza Nurhidayat berkata keadaaan kesihatan Aldi nampak stabil dan kepulangannya juga sudah diuruskan. Sukar membayangkan bagaimana situasi itu dihadapi seorang anak remaja seperti Alda, jelas Mirza, pondok Aldi itu tidak mempunyai dayung atau enjin dan dia hanya belayar mengikut tiupan angin sahaja. Terumbang-ambing tanpa haluan.
Adli menceritakan detik dia hanyut dan bagaimana dia berusaha untuk terus hidup.
Adli diselamatkan oleh kapal Panama, MV Arpeggio selepas isyarat radio daruratnya “tertangkap” oleh kapal tersebut.
Bermula terumbang ambing pada 14 Julai, dia ditemui selamat pada 31 Ogos 2018 pada jam 9.45 pagi lalu dibawa ke Pelabuhan Tokuyama, Yamaguchi pada 6 September lalu. Pemeriksaan kesihatan oleh Japan Coast Guard mengesahkan dia sihat. Dua hari kemudian, Adli disahkan sihat dan dibawa bawa pulang ke Manado, tempat asal kelahirannya menggunakan pesawat dan ditemukan kembali dengan ahli keluarganya.
Pemeriksaan kesihatan oleh Japan Coast GuardDibenarkan pulang selepas keadaannya sihat
Selain kisah Pi dan Adli, kisah yang sama pernah dialami oleh seorang remaja,Jose Ivan dari Mexico yang hanyut selama 16 bulan atau 1 tahun 4 bulan juga di Lautan Pasific. . Kisahnya sama seperti filem Cast Away, tanpa makanan dan minuman sebelum diselamatkan. Dia hanya hidup dengan makan kura-kura, minum darah kura-kura sebagai air jika tiada hujan selain menangkap ikan menggunakan tangan sahaja. Jose hanyut lebih 12,500 kilometer dari lokasi asalnya dan hanya hidup atas perahu kaca sepanjang 7.3 meter sebelum ditemui oleh kapal lain.
Ketika ditemui janggutnya sudah panjang, seluarnya koyak rabak manakala perahunya penuh dengan kesan calar balas kesan dari dipukul ombak yang ganas.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...