Victoria’s Secret Tayang Model Lelaki Pertama Koleksi ‘Gender Free’, Siapa Jejaka Bertuah Ini?

Share

Jika sebelum ini pernah menjadi kontroversi apabila jenama pakaian dalam tersohor Victoria’s Secret merekrut model transgender bernama Valentina Sampaio.

ARTIKEL BERKAITAN : Remaja Ini Jadi Model Transgender Pertama Untuk Victoria’s Secret, “Model Tulen” Bengang Tak?

Kini, VS membuat satu lagi kejutan apabila menggaji bintang dan pelakon siri Netflix,  ‘Never Have I Ever’  muncul sebagai duta dan model lelaki pertama jenama seluar dalam dari Amerika Syarikat ini.

Jenama yang hanya menggunakan model wanita dalam setiap pertunjukan fesyen dan kempen menandatangani Darrent Barnet sebagai duta dalam koleksi ‘Gender Free’.

Koleksi fesyen, yang termasuk dalam barisan Pink dari Victoria’s Secret, terdiri daripada seluar pendek, t-shirt, sweater, cermin mata hitam, dan pelbagai barangan lain.

 

Pelakon kacak berusia 30 tahun itu bukan sahaja akan mempromosikan koleksi baharu ini malah turut menyertai pelbagai aktiviti syarikat.

Ini fakta tentang model dan duta baru Victoria’s Secret yang kacak ini.

Kagumi Bakat Leonardo DiCaprio

Darren meminati bidang lakonan sudah lama. Seorang yang dikaguminya selama ini ialah pemenang Anugerah Akademi Leonardo DiCaprio dan berharap dapat menjelmakan beberapa cirinya. Pelakon lain yang dia kagumi termasuk Johnny Depp dan Will Smith.

Bangga Berdarah Asia

Ibu Darren adalah orang Jepun dan dia sangat berbangga dengan keturunan Asianya. Malah, watak Darren meneruskan asal ‘Never I Ever’ yang sepatutnya berkulit putih. Walau bagaimanapun, apabila producer mengetahui bahawa Darren adalah orang Jepun, mereka juga membuat Paxton separuh Jepun.

Fasih Dengan 4 Bahasa

Diafasih berbahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jepun. Darren berkata, “Dialek telah menjadi obsesi saya sejak saya boleh bercakap. Saya suka menyamar sebagai pelakon dan orang yang saya dengar di jalanan. ”

Seorang Pemuzik

Berlakon bukanlah satu-satunya bakat yang dimiliki Darren Barnet. Dia benar-benar seorang yang sentiasa kreatif dan gemar  mencuba sesuatu yang baru. Dia juga seorang pemuzik berbakat yang suka menulis dan membuat lagu. Kini kerjaya lakonannya semakin meningkat, dia mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk memberi tumpuan kepada bidang muzik.

Wah, no wonder lah patutlah VS pilih Darren Barnet sebagai duta mereka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana