Tidak dinafikan kebanyakan masyarakat hari ini menjadikan siaran YouTube sebagai salah satu punca pendapatan harian mereka. Maka, tidak hairanlah jika korang melihat kepelbagaian jenis content yang ada di laman YouTube.
Ada yang berkongsi resipi, gaya hidup, diari travel, malah dengan hanya tidak berbuat apa-apa juga mereka boleh mendapatkan tontonan yang tinggi.
Seperti apa yang dilakukan oleh seorang YouTuber dari Indonesia ini, dia telah memuatnaik sebuah video yang berdurasi 2 jam 20 minit tanpa melakukan apa-apa. Lelaki itu hanya duduk di hadapan kamera tanpa melakukan sebarang aktiviti. Yang kedengaran hanya bunyi serangga dan cengkerik dikawasan rumahnya. Hiks!
Walau bagaimanapun, video tanpa pengisian ini berjaya mencatatkan lebih daripada 1 juta tontonan kurang dari sebulan.
Wah hebatnya, duduk diam macam tu pun boleh jana income ye. Hehe!
Video yang dimuatnaik daripada channel Sobat Miskin Official ini turut menjelaskan bahawa tujuan dia membuat video ini adalah kerana daripada desakan masyarakat Indonesia yang memintanya untuk membuat content bagi mendidik anak muda. Jelasnya lagi, jika ditanya sama ada video ini bermanfaat atau tidak, ia terpulang kepada penonton untuk menafsirkannya.
Menerima hampir 15 ribu komen, ramai netizen yang terhibur dengan video tersebut.
Ternyata, dengan hanya tidak melakukan apa-apa, lelaki ini berjaya menarik perhatian ramai masyarakat di luar sana, termasuk pihak media.
Tak perlu bersusah payah fikirkan tentang content menarik, rupanya video ‘biasa-biasa’ pun orang tengok kan? Hiks!