Terbaru, nama usahawan terkenal, Hafiz Mahamad kembali menjadi sebutan orang ramai selepas video lamanya tular semula di media sosial.
Menerusi aplikasi X, seorang individu yang dipercayai berasal dari luar negara telah memuat naik kembali video Hafiz Mahamad ketika berada di depan Kaabah semasa mengerjakan umrah beberapa bulan lalu.
Video tersebut memaparkan Hafiz sedang berhimpit dan berebut untuk membantu pasukannya mencium Hajarul Aswad.
Dalam ciapan tersebut, Individu berkenaan berkata seolah-olah mempersoal dan mempertikaikan agama Islam dan keselamatan wanita ketika berada di sana.
Susulan video yang kembali tular itu, Hafiz mendapat kecaman warganet dan rakyat Malaysia di laman X.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story miliknya, Hafiz Mahamad telah memberi respon dan menyedari kesilapannya sebelum ini. Kemudian, dia juga memastikan bahawa kejadian seperti itu tidak akan berlaku di masa akan datang.
“Hari ini ramai sahabat yang update tentang ini. Terima kasih sahabat kerana maklumkan kepada saya”
“Ada yang nasihat untuk saya diam tapi saya mahu bertanggungjawab kerana agama atas kenyataan/tanggapan dari ciapan ini”
“Beri saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan dari yang pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang”
Malah, dia turut mahu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku sehinggakan ada yang mempertikaikan dia menjadi punca agama Islam difitnah.
Melihat kepada perkembangan setakat ini, Hafiz dikatakan sudah menyiapkan beberapa hal sebagai tanda tanggungjawab atas kesalah fahaman yang berlaku.
Jelasnya, ia bukan untuk membersihkan namanya secara peribadi tetapi lebih kepada mahu memperbetulkan kenyataan dari video yang tular semula.
“Saya akan bertanggungjawab dan ambil risiko. Setiap kelemahan adalah dari saya, bukan keluarga atau pasukan saya”
“InshaAllah usaha ini juga akan saya minta nasihat pakar. Harap ia berjaya dengan izin Allah”
Dia juga turut memohon doa daripada orang ramai, agar hal ini dapat diselesaikan dengan baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.