Perkara yang paling menakutkan ketika menaiki pesawat adalah apabila berlakunya turbulence. Betul tak? Bagi individu yang pernah berpengalaman merasai situasi ini, pastinya ia merupakan satu pengalaman ngeri buat mereka.
Turbulence adalah pergolakan atau gegaran yang dirasai ketika berada di dalam pesawat semasa di udara. Ia boleh berlaku sama ada dalam keadaan normal atau gegaran yang luar biasa. Namun, ia adalah satu perkara biasa lebih-lebih lagi ketika cuaca buruk seperti hujan dan angin kencang.
Sebelum ini seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Idzaudin_ telah memuat naik sebuah video di dalam pesawat ketika berlakunya turbulence. Situasi yang sememangnya menakutkan namun semuanya masih terkawal.
@idzaudin_Hajat nak membuang tak tercapai 😂
Dek kerana video viral itu, ramai warganet yang turut berkongsi pengalaman ‘seram’ yang pernah dilalui mereka saat berada diatas udara.
Macam mana pula dengan korang? Pernah ada pengalaman menakutkan berlakunya turbulence ketika berada di pesawat? Jom kongsi dengan kami.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=AYk1bsTX4DU
UPSI Lonjak Kedudukan Ke-176 Dalam Penarafan Ul-Greenmetric World University
Sistem pendidikan di negara kita antara yang terbaik di dunia kerana beberapa universiti tempatan berjaya mendapatkan tempat dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Terbaharu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melonjak kedudukan ke-176 terbaik dunia pada penarafan UI-Greenmetric Worlg University Ranking 2021 berbanding ke-203 pada tahun lalu.
Menurut Naib Canselor UPSI, Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff melahirkan rasa bangga dengan pencapaian peringkat dunia untuk kali kelima bagi tahun 2021. Lonjakan ranking itu berikutan daripada keberkesanan pelan strategik UPSI 2021-2025 yang memberi penekanan khusus dalam kelestrarian kampus.
Ranking ini adalah penanda aras kepada komitmen universiti di seluruh dunia dalam meningkatkan kelestarian kampus dan UPSI yang terletak di sisi Banjaran Titiwangsa yang indah permai memberi kelebihan dan selain pelbagai keistimewaan dari aspek pengurusan alam sekitar.
Penarafan berkenaan meliputi enam indikator utama iaitu persekitaran dan infrastruktur, tenaga dan perubahan cuaca, pengurusan sisa buangan, penggunaan air, pengangkutan dan pendidikan.
Untuk makluman, UPSI memiliki dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang berkeluasan 85 ekar terletak berhampiran pekan Tanjung Malim, manakala Kampus Sultan Azlan Shah yang berkeluasan 850 ekar pula terletak di Bandar Proton.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada UPSI atas pengiktirafan di peringkat dunia ini. Semoga dapat menghasilkan lebih ramai graduan berkualiti bagi meningkatkan ekonomi negara dan membawa nama negara ke persada dunia.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
“Nanti Saya Buka Kedai Burger McJihan,” Netizen Terhibur Dengan Ciapan Raja Permaisuri Agong
Isi Kandungan
ToggleSebut pasal fast food. McD antara yang selalu menepati selera rakyat Malaysia. Pergi je la mana-mana cawangan makanan segera ni, confirm penuh!
Susulan itu tular nama Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah dan McDonald’s di laman twitter baru-baru ini apabila makanan yang diterima tidak seperti yang diharapkan.
Everyone please jangan marah @McDMalaysia . It was a harmless mistake. Walaupun dia bagi saya cheese dengan roti je saya habis jugak https://t.co/HzSnQnIdHL
— T P J (@jihanabdullah27) October 22, 2019
Daging Hilang, Hanya Roti Dan Keju
Terdahulu, menerusi laman Twitter, Tengku Jihan telah memuatnaik satu gambar McD Cheeseburger yang dipesannya menerusi restoran makanan segera itu. Namun, menurut puteri bongsu Yang Di-Pertuan Agong itu sambil berseloroh menu yang diterima benar-benar sekadar roti dan keju. Melihatkan pada posting itu, rata-rata pengikut Tengku Jihan mula mengecam tindakan McDonald’s yang dianggap mereka isu seumpama itu tidak seharusnya berlaku.
Berhenti Kecam McDonald’s
Bagaimanapun, Tengku Jihan menerusi komen balasnya mengharapkan agar pengikutnya berhenti mengecam kesilapan yang dilakukan oleh restoran itu malah permohonan maaf daripada mereka juga telah dibuat. Malah ianya turut diperakui oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah .
Kedai Burger McJihan
Tapi yang menarik perhatian netizen ialah apabila satu ciapan Raja Permaisuri Agong . Menurut Tunku Azizah, permata hati rakyat itu juga telah menggelar anakandanya sebagai McJihan.
Dek kerana begitu menggemarinya, Tunku Azizah ingin membuka sebuah kedai dan memperkenalkan menu burger McJihan kepada orang ramai.
nanti sy buka kedai dan jual burger McJihan ! pic.twitter.com/0vBzL9fGOW
— تنکو عزيزه محمود إسکندر (@cheminahsayang) October 24, 2019
Netizen Terhibur & Jadi Bahan Lawak
Rata-rata terhibur dengan gurauan Tuanku dan semua menyokong niat Raja Permaisuri Agong ini.
So amacam korang nak pergi tak McJihan nanti. Tapi menu Cheeseburger pun favorite penulis juga..Hiks
Penyanyi Opick Mimpi Bulan & Bintang Sebelum Diamanahkan Menjaga Rambut Rasulullah SAW
Bayangkan apa perasaan kita apabila diberi satu barang yang jauh lebih berharga dari emas dan wang ringgit?
Inilah perasaan yang dirasai oleh penyanyi dakwah dari seberang Opick apabila diamanahkan menjaga sehelai rambut Nabi Muhammad SAW sejak beberapa hari lalu.
Di sebalik ramai yang bertanya bagaimana dia memperoleh dan mendapat keistimewaan menjaga amanah ini (hal ini dibuktikan melalui surat dikeluarkan oleh Dewan Ulama Thariqah Internasional dan pemerintah Turki), ada juga pihak yang mempertikaikan ketulenan rambut yang dipegangnya ini termasuk dari Dewan Ulama Indonesia yang berkata, hanya al-Quran dan hadis adalah tinggalan paling jelas dari Nabi Muhammad SAW untuk umatnya di dunia ini.
Bermimpi bulan dan bintang jatuh di halaman rumah
Kapan Lagi yang melaporkan berita dianggap istimewa ini menjelaskan sebelum diberikan amanah menjaga sehelai rambut Rasulullah ini, Opick mengakui dia bermimpi bulan dan bintang jatuh di halaman rumahnya.
“Bulan jatuh di tangan dan bintang di halaman rumah. Dalam mimpi itu lagi, bintang kemudiannya diletakkan di tangan saya. Kemudian ada suara menyatakan, Imam Mahadi dan Nabi Muhammad akan turun,” kata Opick yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Tangerang, Banten minggu lalu ketika berita ini tular di seluruh Indonesia.
Barangan tinggalan dijaga rapi
Memandangkan barang dimilikinya bukan biasa-biasa dan menjadi idaman seluruh umat Islam untuk menyentuhnya, semasa membawa rambut Rasulullah tersebut Opick diapit dan dijaga rapi oleh sekumpulan individu yang mahu memastikan barangan itu selamat dan terjaga rapi.
Malah pernah dalam satu kejadian di Russia, sewaktu negara tersebut dipinjamkan sehelai rambut Rasulullah SAW serta beberapa barangan peribadi Baginda Rasul untuk pameran, penerbangan yang membawa rombongan barangan ini diapit oleh tujuh jet pejuang bagi memastikan keselamatan barangan terjaga rapi. Malah sewaktu ia dipamerkan di muzium di sana, umat Islam yang mahu melihatnya perlu membayar sejumlah wang untuk memasuki muzium.
Ada syarat sebelum diamanahkan menjaganya
Jelas Opick, sebelum diberikan amanah ini, penjaga rambut Rasulullah ini merupakan seorang penghafaz al-Quran dan bibirnya tidak pernah lekang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran.
“Saya pula diamanahkan harus mengaji al-Quran 24 jam. Tidak boleh lalai dan leka,” katanya mengakui rambut Rasulullah ini akan dijaga 24 jam oleh penghafaz al-Quran dan memaklumkan pemberian barang ini kepadanya untuk sama-sama dilihat oleh umat Islam agar mendapat barakah kerana Rasulullah adalah orang yang dicintai oleh umat islam di seluruh dunia.
Dewan Ulama Thariqah Indonesia sahkan asli
Di sebalik berita menggemparkan ini, ada sesetengah pihak mempertikaikan keaslian rambut Rasulullah ini. Ini kerana belum pernah terjadi dalam sejarah sejak ribuan tahun lalu di mana orang perseorangan atau individu diberi amanah menjaga barangan peribadi Rasulullah kecuali mereka adalah dari keturunannya.
Dalam isu ini panas dan menjadi pertikaian, Dewan Ulama Thariqah Indonesia telah memaklumkan dan menyatakan kebenaran keaslian rambut Nabi Muhammad SAW yang dipegang oleh penyanyi ini.
Dan rambut suci yang dipegang oleh Opick telah lebih dua tahun dipegang oleh Dewan Ulama Thariqah Indonesia sebelum menjadi aset bersama Dewan Ulama Thariqah Internasional Turki. Rambut suci ini telah sering dikunjungi oleh kalangan Ulama, Habaib, dan Syekh dari dalam negeri mahu pun dari luar negeri. Tentunya para ulama tersebut menyakini kebenaran dan keaslian rambut suci ini,” ujar DR. Zubair Ahmad, M.Ag selaku Sekretaris Dewan Ulama Thariqah Indonesia.
Kenapa Opick Terpilih Menjaga Rambut Rasulullah?
Bayangkan, bukan seorang ulama namun diberikan amanah menjaga rambut Rasululllah? Ini jawapan dari Dewan Ulama Thariqah Indonesia mengenai isu ini.
“Mustasyar Dewan Ulama Thariqah Internasional yakni Syekh Fatih Nurullah Efendi sebagai salah satu keturunan dari Kesultanan Usmaniyyah Turki telah mengeluarkan satu surat rasmi yang di dalamnya terkandung salasilah mengenai keturunan Nabi Muhammad yang diamanahkan menjaga rambut tinggalan Baginda sejak ribuan tahun dahulu. Surat ini dikeluarkan agar ia diterima orang ramai memandangkan Opick bukan dari kalangan ulama,” jelas Zubair.