Kita dah masuk tahun 2020. Hampir ke penghujungnya. Jika diundur kepada Wawasan 2020, kita sepatutnya sudah bergelar negara maju. Namun wawasan hanya tinggal wawasan kerana ia masih tidak tercapai lagi hingga hari ini.
Bila melihat kepada gelagat ahli-ahli Parlimen semasa hari pertama sidang Parlimen semalam (terutama dari kalangan Barisan Nasional) fahamlah kenapa kita sukar mencapai status negara maju.
Ini kerana dapat dilihat ketidakmatangan pemimpin-pemimpin yang dipilih rakyat mewakili kawasan mereka (rakyat mahukan sesuatu yang baik dari aspek pembangunan, pekerjaaan, kemajuan dan lain-lain) tapi sayang gelagat ahli Parlimen ini menimbulkan pelbagai persoalan terutama di kalangan anak muda melihatnya?
Mencelah tanpa adab (hilang adab), hitam, bedak dan lain-lain ayat lagi dapat didengar dan dilihat semalam. Paling ketara perangai ini dapat dilihat pada ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ketika Tun Mahathir membahaskan usulnya. Ya, macam-macam budak-budak bergaduh. Nasib ayat popular mak kau ijoi tak keluar. Kalau tidak memang rare sungguh. Hikz!
Memang semua orang berbeza pendapat namun keterlaluan mencelah / menyanggah apa diperkatakan oleh Tun Mahathir yang pernah berjasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, membawa negara ke mercu tertinggi hingga Malaysia pernah dihormati, memperlekehkannya dilihat tindakan kurang tepat.
Dalam pada itu, memetik sebahagian pandangan penganalisis politik, Dr Tanaka Mustafa, beliau menyifatkan kita perlu bersedia untuk menghadapi PRU 15.
Dalam perkongsiannya,
1) Melihat kepada kualiti perbahasan para MP yang rata-rata netizen pakat komen 'bagaikan kera dalam zoo', parlimen kita tidak akan dapat menghasilkan apa-apa perbahasan dan keputusan yang baik untuk rakyat. Hanya membuang masa bersarkas dalam dewan.
2) Sepatutnya, tahun 2020 ini – kita mempunyai MP-MP yang matang, bermentaliti first class, cool dan macho ketika berbahas. Namun gelagat para MP membuat provokasi, bising, mengganggu giliran orang lain dan sebagainya, ia tidak menggambarkan negara kita bersedia untuk melangkah ke era yang lebih baik.
3) Sepatutnya kita sudah tahap bincang dan execute bagaimana untuk jadikan negara kita negara berpendapatan tinggi, rakyatnya berpendapatan tinggi, puluhan ribu pemegang ijazah kedoktoran PhD, sistem pertanian termaju, bidang-bidang baru berteraskan IR4.0 dirancakkan dan sebagainya.
4) Tetapi kita masih pada tahap berbahas bodoh, bodoh, bodoh. Hitam, gelap, bedak. Seksis, rasis… tarik balik, point of order, point of order. Tak habis-habis. Lantikan Speaker baru pula disambut dengan makian keras. Rasa macam pejuang termasyhur bila mana boleh memekik melolong.
5) Jadi, hanya mengembalikan mandat kepada rakyat adalah langkah yang difikirkan terbaik setakat ini. PRU15, buang MP-MP low class. Naikkan MP-MP yang berkualiti. PRU15 belum tentu kita akan bebas daripada apa yang kita sedang hadapi ini, tetapi, dengan PRU15, kita berharap ada perubahan yang baik.
Ya, kita sayangkan negara kita. Tanah tumpah darah kita. Bersediakah kita untuk PRU akan datang?
Korang tengoklah video di bawah nie!