Video Content Menarik Boleh Tarik Jumlah Followers, Harris Annuar Kongsi Ilmu Bersama Finalis Hero Remaja 2020

Share

Selepas tamat pencarian Hero Remaja 2017, nama Harris Annuar semakin dikenali di media sosial kerana video viral yang dihasilkan mencuri perhatian netizen. Mengakui bahawa dunia digital hari ini sangat penting terutamanya untuk mereka yang bergelar anak seni, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini sempat berkongsi pengalaman dan ilmu digital bersama finalis Hero Remaja 2020.

“Kalau nak diikutkan saya ni bukanlah hebat sangat dalam dunia digital, tetapi saya cuba untuk berkongsi apa yang saya lakukan selama lebih kurang tiga tahun ini selepas tamatnya program Hero Remaja. Bermula dengan 15 ribu followers, Alhamdulillah saya kini sudah pun memperoleh lebih kurang 540 ribu pengikut di Instagram,”

“Apa yang saya lihat, dunia digital ini sangat relevan untuk memastikan korang bertahan dalam dunia hiburan. Jujur saya cakap media sosial ini sangat penting untuk mereka membina nama. Kalau korang ramai followers dan peminat, ia sedikit sebanyak dapat membantu kerjaya korang dalam industri,”

“Jadi hari ini, Harris berbesar hati apabila diberi peluang untuk berkongsi ilmu kepada finalis Hero Remaja 2020 dan basically, apa yang saya share adalah tentang bagaimana untuk menambah jumlah followers dan paling penting bagaimana mencari content menarik untuk dikongsikan bersama pengikut mereka. Macam Harris sendiri, saya memang mengakui jumlah followers naik mendadak apabila kita berjaya membuat video yang memberi kesan kepada penonton,” kata Harris.

Tidak dinafikan antara cabaran utama di media sosial adalah bila mana mereka perlu berhadapan dengan netizen yang kebanyakannya suka mengecam dan bukannya menyokong. Namun, Harris tidak cepat melatah dan turut memberikan pesanan buat finalis agar tidak melayan individu-individu negatif.

“Kalau nak cakap tentang netizen ni, kita sebenarnya tidak boleh nak control mereka sebab Harris pernah tengok satu gambar ni, ada seekor keldai bersama pasangan suami isteri. Jika suami menunggang kedai dan isteri di bawah, orang akan cakap suami tersebut dayus. Tapi kalau isteri pula diatas dan suami dibawah, orang akan mengata pula suami takut bini,”

“Jadi apa-apa pun yang kita buat orang tetap akan judge. Jadi, apa yang patut kita buat adalah memekakkan telinga dan jangan layan, namun korang juga perlu tahu ada juga netizen yang sangat positif. Ambil mana yang baik, dan tinggalkan mereka-mereka yang memberi aura negatif,” jelas Harris lagi.

Published by
Noor Ain Norman