Berani kerana benar, takut kerana salah…
Pengacara dan pelakon terkenal tanah air, Uyaina Arshad menzahirkan rasa berangnya dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang bersikap neutral terhadap peperangan Palestin-Israel atau menyebelahi tindakan penjajah tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Emoji & Gambar Buah Tembikai Tanda Solidariti Buat Palestin
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, selebriti berkenaan tidak dapat menerima cara permikiran pro-Israel yang menetap di Malaysia.
“Negara Malaysia pun baru 66 tahun saja merasa kemerdekaan selepas kita dijajah oleh British.
“Kau tahu tak betapa susahnya nenek moyang kita dulu nak capai kemerdekaan ini. Mereka berjuang bermati-matian untuk kita cucu cicit ni merasa kemanisan kebebasan ini.
“Sekarang ini, Israel itu penjajah. Sama seperti negara yang dijajah, kita nak kemerdekaan itu. Samalah seperti Palestin,” katanya.
View this post on Instagram
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, tindakan pihak Palestin menyerang kembali serangan Israel merupakan satu tindakan yang wajar.
“Kalau negara kau dijajah, tak akanlah kau akan berdiam diri saja tanpa membuat serangan semula.
“Mereka (Palestin) mahu bebas daripada cengkaman kuku besi Israel. Mereka (Palestin) mahu negara mereka semula. Apa yang kau orang semua tak faham sangat ni?,” marahnya dalam video tersebut.
Menjenguk ke ruangan komen pula, majoriti warganet turut menyokong kecaman lantang dari pengacara tersebut.
“Teruskan boikot! Kita berjihad dengan melumpuhkan ekonomi mereka,” komen seorang pengikut.
“Bagus Yana! Geram sangat apabila melihat kaum terpaling ‘neutral’ ini,” komen warganet lain.
“Sesiapa yang menyokong Israel ini sebenarnya buta sejarah,” jelas warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Instagram Uyaina Arshad