Siapakah pemandu tersebut?
Lewat Jumaat semalam, kota Mekah dikejutkan dengan insiden sebuah kereta yang dipandu memasuki perkarangan Masjidil Haram.
Video yang dimuat naik di media sosial itu menunjukkan sebuah kereta merempuh penghalang plastik di salah satu kawasan perkarangan (courtyard) luar masjid sebelum ia dipandu terus menuju salah satu pintu utama masjid.
Terkejut dengan insiden tersebut, beberapa orang pegawai keselamatan masjid terus meluru ke tempat kejadian.
Menurut laporan Saudi Press Agency, insiden sekitar jam 10.30 malam semalam itu terjadi akibat pemanduan yang melulu pada kelajuan yang melebihi dekat jalan berdekatan dataran selatan Masjidil Haram.
Walaupun video menunjukkan betapa bahayanya pemanduan suspek, tiada siapa di kawasan masjid yang tercedera.
Muat naik oleh akaun twitter @MakkahRegion pula melaporkan bahawa pemandu yang dikenal pasti sebagai pemandu warga negara Arab Saudi itu telahpun ditahan dan diserahkan kepada bahagian pendakwa raya awam Mekah.
Dia dikatakan berada dalam keadaan yang ‘tidak normal’ namun pihak berkuasa tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan keadaan tersebut.