[Video] Makin Menjadi-Jadi, Kanak-Kanak Minta Sedekah Lagak Samseng Di Jalan Raya

Share

Sekarang ni kalau korang perasan, banyak sangat sindiket peminta sedekah di negara kita. Kadang-kadang sampai rasa ragu-ragu nak menderma atau pun tidak kerana bimbang mereka hanya ‘berlakon’ menjadi orang susah.

ARTIKEL BERKAITAN : Sehari Sedekah Masyuk RM300, Etnik Rohingya Tolak Kerja! Lelaki Kongsi Pengalaman Benar

Foto : Twitter

Lebih biadap lagi apabila ada di antara peminta sedekah ini berani berlagak samseng dan memarahi penguna jalan raya kerana tidak memberikan mereka wang.

Terkini, tular beberapa rakaman video di media sosial yang menyaksikan seorang kanak-kanak dipercayai berbangsa Rohingya meminta sedekah di sebatang jalan raya di Kuala Lumpur.

 

Seperti yang berlaku di luar negara pula,  video berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kanak-kanak terbabit dilihat memarahi perakam video yang juga pengguna jalan raya di situ.

Orang ramau yang melihat klip video berkenaan beranggapan kanak-kanak berbangsa Rohingya itu sudah keterlaluan lagak samseng.

Foto : Twitter

Melihat pada ruangan komen, netizen turut berkongsi kegiatan kanak-kanak ini bukan sahaja berlaku di sekitar jalan raya Cheras, malahan turut berlaku di Selayang, Ampang Point dan KLCC.

Apa-apa pun selepas ini diharap korang lebih berhati-hati dan diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan keras agar mereka berani bertindak kurang ajar sebegitu.

Kecik-kecik dah berani kurang ajar macam ni ye!huhu

BACA LAGI : Taktik Pelarian Rohingya Mendarat Masuk Malaysia, Enjin Bot Memang Sengaja Dirosakkan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana