Namun Sabtu lepas, Mesir sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila pihak berkuasa berjaya menemui lebih 100 keranda kuno dengan mumia masih ada di dalamnya oleh Kementerian Pelancongan dan Barangan Purba Mesir.
Dinamakan Step Pyramid Of Djoser di Saqqara, pameran 100 keranda kuno itu turut disertakan dengan penemuan 40 patung emas.
Apa yang menakjubkan, di saat peti keranda kuno itu dibuka, mumia di dalamnya tetap utuh dan tidak merosak langsung termasuk kain yang membalut tubuh mumia tersebut walau sudah berusia 2500 tahun.
.
.
.
Ads
Ya, Allah mahu tunjukkan kekuasanNya sebagai tanda untuk kita terus beriman kepada Allah dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad SAW.
Ini sesuai dengan ayat al-Quran iaitu surah Yunus ayat 92, “Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu (Firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu, dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
Namun penemuan 100 peti keranda kuno itu bukanlah pertemuan pertama. Ahli arkelogi sudah menemukan banyak keranda dan patung emas Firaun dari laman web Saqqara beberapa kali sebelum ini.
Ads
Pada 20 September lalu, kementerian itu mengumumkan pertemuan pertama mereka iaitu sebanyak 14 peti keranda kuno. Pencarian dan galian diteruskan di mana mereka menemukan lagi 59 keranda kuno ini.
Malah para arkeologi sangat kagum melihat keadaan mumia yang sangat sempurna (seolah-olah kaedah awet mayat pada hari ini sedangkan mumia ini sudah berusia 2500 tahun di saat teknologi belum berkembang).
.
Ads
.
.
126166825_3591982604180697_5784512496068663754_o.
126166825_3591982604180697_5784512496068663754_o.
Ramai menzahirkan kekaguman mereka saat mumia ini dibuka dan ia menjadi viral di twitter. Walau banyak artifak lama ditemui, apa yang menyedihkan penerokaan secara haram oleh pemburu harta karun mengakibatkan banyak kerosakan terjadi di lokasi-lokasi penting ini terutama di Saqqara Tomb, Cairo ini. Sumber gambar : Minister of Tourism and Antiquities.
تشرفت بدعوة معالي وزير السياحة والآثار في #مصر الدكتور خالد العناني إلى سقارة الإعلان عن اكتشاف مقبرة جديدة للمومياوات. رأيت مقبرة واحدة يتم فتحها لأول مرة منذ 2600 عام! حقاً شيء مدهش! @TourismandAntiq@MFATNZpic.twitter.com/ARLOaEU1qg
Baru berusia 21 tahun, bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei telah pun mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTubenya, dua hari selepas tidak tersenarai dalam skuad Piala Sudirman.
Antara sebab keputusannya itu adalah kerana tempoh pemulihan yang panjang selepas menjalani pembedahan akibat sakit dalam pada tahun 2019.
“Saya telah bersama pasukan kebangsaan untuk tujuh tahun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk peluang dan juga kepada semua rakan dan peminat. Saya harap semua kekecewaan dan impian saya, akan dapat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan, Lee Zii Jia dan Lai Pei Jing,” katanya.
Sabtu lalu, BAM tidak menyenaraikan Jin Wei dalam skuad Piala Sudirman disebabkan tidak bersedia daripada segi fizikal untuk kejohanan berpasukan campuran itu, tetapi menyenaraikannya untuk Piala Uber.
Untuk rekod, Jin pernah menjuarai Piala Dunia Remaja pada edisi Lima 2015 (Peru) dan Markham 2018 (Kanada), Jin Wei juga memenangi gelaran di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan persaraan di usia yang masih muda merupakan satu kerugian besar buat negara. Namun, apa daya dek masalah kesihatan, pemain remaja ini perlu untuk mengutamakan dirinya terlebih dahulu. Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Goh Jin Wei dan semoga terus sukses dalam setiap apa yang dilakukannya selepas ini.
Kehadiran usahawan sensasi, Dato Seri Vida (Vida) di acara Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 seperti dijangka menjadi topik perbualan semua penonton dan mereka yang berada di dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Manakan tidak, sejak menjejakkan kaki di karpet merah lagi Vida yang ditemani oleh anaknya, Cik B telah dikerumuni ramai dek busana serba merah jambu terang. Vida memilih rekaan Razman Razmi yang menampilkan struktur ternaik pada bahagian bahu dan aksesori kepala ‘DSV’ pada kepala.
Lebih membuatkan Vida menonjol adalah fesyen ‘bertoncet’ yang bersambungan dengan hijabnya. Amboi Vida, siap melibas-libas lagi ‘ponytail’ semalam ya!
Vida menaiki pentas AME 2021 bersama-sama Catriona Ross untuk menyampaikan dua kategori iaitu Si Cilik MeleTOP (dimenangi oleh Arianna Aubrey & Karl Kareef) dan Couple MeleTOP (dimenangi oleh Emma Maembong & Muhammad Shazli).
Sambil berborak dalam dialek Kelantan, Vida seperti biasa dilihat gemar ‘mengambil alih’ mikrofon yang diberikan hingga sempat untuk menyanyikan single tularnya, Ku Ikhlaskan lagi.
Vida oh Vida, ketidak hadiran Emma dan Shazli semalam telah membuatkan Vida tidak boleh ‘duduk diam’ dan terus mengulas pendapat peribadinya di mikrofon sang pemenang. Akibatnya, penganjur AME 2021 terus memadamkan mikrofon tersebut sebelum Catriona mengiring Vida keluar dari pentas.
Hos Nabil Ahmad sempat pula untuk mengingatkan mana-mana penyampai acara agar tidak melebihi masa yang diberikan dan tidak pula berucap. Hehe..
Apapun, perkara seperti ini kan sudah boleh dijangka daripada Vida ketika program televisyen seperti AME 2021. Memang selayaknya digelar penghibur usahawanita ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun kebanyakan daripada kita masih belum melepasi usia suku abad, tetapi masih ramai di kalangan remaja yang boleh menghargai sejarah kemerdekaan Malaysia.
Kudos!
Namun, apabila penulis bertanyakan kepada mereka apa perancangan mereka untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 60 esok, ramai yang sekadar menjawab, “Aku nak tidur je lah dekat rumah, penat!” atau lebih teruk, “Alah, itulah gunanya siaran langsung di televisyen. Duduk rumah, tengok TV.”
Tsk, tsk. Janganlah macam tu. Tak semestinya korang perlu berhimpun di Dataran Merdeka esok. Ada banyak lagi cara untuk korang menyambut Hari Kemerdekaan. Contohnya seperti mencuba sistem perkhidmatan awam baru, Mass Rapid Transit atau MRT yang baru beroperasi sejak awal bulan lalu.
Tapi, apa destinasi yang best untuk korang tuju?
Stesen MRT Merdeka
Terletak berdekatan dengan Stadium Merdeka, ia merupakan port terbaik untuk korang mengimbas kembali sejarah kemerdekaan negara. Disebabkan ia cukup bersejarah, rekaan untuk stesen MRT Merdeka ini juga disiapkan khas bersempena peristiwa 31 Ogos 1957.
Selain daripada kalimah rukun negara yang disusun pada dinding stesen MRT Merdeka, terdapat juga rekaan ‘recess and relief’ yang membentuk Jalur Gemilang. Seriously, this is so Instagram worthy!
Berdekatan dengan stesen MRT Merdeka adalah bangunan-bangunan publik seperti Masjid Al-Bukhary, YMCA, bangunan Persatuan Bola Keranjang Malaysia dan sudah tentu, stadium Merdeka.
Psst, selepas ini tak perlulah lagi korang berebut tempat parkir kereta jika ingin menonton konsert live di sini. Hehe..
Stesen MRT Muzium Negara
Siapa lagi dah pernah merentasi jalan raya ke stesen MRT Muzium Negara ni? Korang sebenarnya boleh berjalan kaki di laluan bawah tanah dari KL Sentral ke sini.
Bukan selalu kita menyambut Hari Kemerdekaan. Jadi tak salah untuk kita meluangkan masa dan melawat Muzium Negara esok. Sekarang ini, Muzium Negara sedang menganjurkan Pameran Kuala Lumpur 2017 sempena Sukan SEA 2017. Dapatlah korang sedikit sebanyak mempelajari sejarah sukan dan atlet terkemuka Malaysia satu masa dulu.
Stesen MRT Mutiara Damansara
Memang dekat sangat stesen MRT ini dengan bangunan Curve dan IKEA yang terletak bersebelahan. Tapi kalau korang teringin untuk ke Sunway Giza atau The Strand Kota Damansara, banyak saja kenderaan teksi, Grab, Uber dan bas Rapid KL yang boleh korang naiki.
Istimewanya di sini, sempena kehangatan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini, stesen MRT Mutiara Damansara membuat gimik trek larian di hadapan pintu masuk tren. Ramai jugalah yang sudah memuat naik video parodi atlet lari pecut di sini.
Korang bila nak buat? Jom buat video slow-mo esok sempena Hari Kemerdekaan!
Stesen MRT Cochrane
Rekaan di bahagian atas stesen ini kelihatan seperti struktur muzium Louvre di Paris.
Stesen MRT Cochrane mengambil nama sempena Jalan Cochrane. Jalan bersejarah ini pula mengdaptasi nama bekas Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Charles Walter Hamilton Cochrane.
Dari stesen ini, korang boleh berjalan kaki kurang 10 minit saja untuk menuju ke MyTown Shopping Mall dan IKEA Cheras. Tak perlulah lagi untuk berebut parking di IKEA esok. Gerenti ramai orang!
Fun facts! Korang tau tak, walaupun ramai orang yang menyebut nama stesen ini sebagai ‘ko-kren’, sebutannya yang betul ialah ‘koc-ren’
Stesen MRT Semantan
Walaupun stesen MRT ini tidaklah sepopular 4 stesen MRT di atas, namun ia adalah stesen yang wajib korang tahu kewujudannya jika korang ingin ke Publika, Mont Kiara.
Haaa, baru nak ambil tahu kan. Daripada stesen MRT Semantan ini, korang boleh menaiki bas Rapid KL T821 menuju ke Publika atau Mahkhamah Tinggi Kuala Lumpur.
Selain daripada itu, korang juga boleh menuju ke Bandar Utama dari stesen ini dengan menaiki bas Rapid KL 800.
So guys, what else are you waiting for? Jangan bazirkan cuti Hari Kemerdekaan korang dengan tidur saja di rumah dari pagi hingga ke petang. Ambil peluang menaiki sendiri perkhidmatan MRT untuk ke destinasi yang disebut di atas.
Pada kesempatan ini, REMAJA juga nak mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada korang semua! Semoga setelah 60 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing, minda dan mentaliti kita juga merdeka daripada sebarang pengaruh negatif yang mencemarkan diri, negara dan bangsa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal...