Bulan Julai 2020 nyata merupakah bulan yang penuh bersejarah bagi umat Islam seluruh dunia terutamanya bagi penduduk Islam di negara Turki.
Seperti mana yang ramai di kalangan korang tahu, Makhamah Agung Turki sebulat suara telah membuat keputusan untuk menukar semula peranan bangunan bersejarah di Istanbul Turki iaitu Hagia Sophia daripada sebuah muzium untuk kembali dijadikan sebagai masjid bagi kegunaan umat Islam di sana.
Pengumuman tersebut telah dilakukan penuh berani oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan cara millennial – menerusi ciapan di akaun Twitter beliau.
Bagi meraikan momen bersejarah itu, rakyat Turki sendiri berkumpul dan bersorak di sekitar pekarangan Hagia Sophia sambil menunggu detik laungan azan berkumandang semula daripada bangunan tersebut.
Untuk pengetahuan korang, Hagia Sophia pada asalnya memang merupakan sebuah masjid semasa zaman Uthmaniyah sebelum ia bertukar peranan selama berdekad-dekad lamanya,
Tinjauan REMAJA di ruang komen video tersebut, ramai yang meluahkan rasa syukur kepada Ilahi apabila Hagia Sophia kembali bertukar peranan sebagai masjid seperti yang pernah berlaku pada masa dahulu.
Menurut Ghaza Chanel001, momen ini adalah momen awal bagi kebangkitan Islam di dunia.
Ibrahim Ahim pula terkejut apabila ramai rakyat di Istanbul, Turki yang menyenangi keputusan untuk menukar bangunan tersebut kepada masjid.
Zubir Umar memberikan sokongan kepada Presiden Turki kerana mengambil tindakan yang cukup berani pada zaman Islam berdepan dengan tentangan daripada beberapa negara Barat.
*
Kini setelah berperanan sebagai masjid, pengunjung tidak lagi dicas dengan bayaran tiket 100 Lira Turki seperti semasa ia menjadi muzium.
Walaupun ia telah berubah nama menjadi Masjid Besar Ayasofya, namun masih ramai yang lebih gemar menggelarnya Hagia Sophia kerana nama itu sudah sinonim dengan bangunan ini. Buat masa ini, tiada siapa yang dibenarkan untuk menunaikan solat di sana sehinggalah tarikh 27 Julai kelak.
ARTIKEL BERKAITAN : Sebak Bila Laungan Azan Kembali Di Brussels
UNESCO Bantah Keputusan Turki
Dalam pada itu, UNESCO menerusi Ketua Pengarahnya yang bertapak di Paris, Perancis melahirkan rasa kecewa dengan keputusan yang diambil oleh kerajaan Turki itu tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak mereka. Ini berikutan status Hagia Sophia yang diletakkan sebagai monumen sejarah dunia UNESCO.
“Hagia Sophia adalah binaan hebat dan merupakan testimoni unik terhadap perhubungan di antara benua Eropah dan Asia untuk berkurun lama. Statusnya sebagai sebuah muzium memberikannya simbol yang kuat dan sesuai dengan sejarah yang ia miliki,” kata mereka menerusi kenyataan media.
Hagia Sophia: UNESCO deeply regrets the decision of the Turkish authorities, made without prior discussion, and calls for the universal value of #WorldHeritage to be preserved.
Full statement: https://t.co/WiZpjyagqF pic.twitter.com/klcMR9pmxC
— UNESCO (@UNESCO) July 10, 2020
Lantas, pihak UNESCO berharap agar kerajaan Turki akan segera memulakan dialog perbincangan untuk menjaga nilai universal Hagia Sophia agar ia tidak diapa-apakan.
Hhm apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan tindakan kerajaan Turki ataupun korang faham kegusaran yang dihadapi oleh UNESCO?
Sebelum ini, beberapa negara di Eropah semakin terbuka apabila membenarkan azam dilaungkan di masjid. Cer lihat.
Tolak Islamofobia, Parkir IKEA Di Jerman Diubah Menjadi Ruang Solat Aidilfitri