
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga adalah satu bentuk kecemerlangan dari sudut kemasyarakatan.
Begitulah rasa bangga yang terungkap apabila lagu raya berjudul ‘Serumpun’ nyanyian asal Mimifly telah menginspirasikan puluhan video parodi di media sosial.
Salah satu yang paling mencuri tumpuan adalah video parodi ciptaan aktres tempatan, Pashini Sivakumar.
Hanya dalam tempoh satu hari sahaja, video parodi yang memaparkan keharmonian masyarakat pelbagai budaya itu telahpun berjaya mencatatkan lebih satu juta tontonan.
Pashini yang lebih sinonim dalam kalangan penonton konten berbahasa Tamil tidak menukar gerak tari menggunakan bahasa isyarat yang diinspirasikan daripada video asal Mimifly.
Sebaliknya, Pashini mengekalkan esen kebudayaan tersebut hingga ke aspek pemakaian tradisionalnya yang cukup bersesuaian dengan semangat meraikan lebaran.
Untuk menonton video parodi oleh Pashini, klik DI SINI dan DI SINI.

Untuk pengetahuan korang, Pashini kini sedang mengorak langkah dalam industri hiburan tanah air berbahasa Melayu apabila beliau melakukan debut-nya sebagai teraju utama dalam filem berjudul Kari Kumari yang sedang dalam proses penggambaran.
Disamping sibuk sebagai aktres tempatan, Pashini terus-menerus mencipta kandungan di platform media sosial demi membawakan mesej keharmonian masyarakat yang hidup secara majmuk.
Tahniah Pashini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penutup Tahun 2021, 8 Lagi K-Drama Bakal Ditayangkan Disember Ini

Isi Kandungan
ToggleTahun 2021 bakal melabuhkan tirainya, tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk kita berganjak ke tahun 2022. Seperti biasa, bila masuk bulan baharu pastinya ramai peminat drama Korea menantikan senarai k-drama yang bakal ditayangkan.
Jom kita lihat antara drama-drama Korea yang bakal menghiburkan korang di akhir tahun ini.
1. Our Beloved Summer
Berkisarkan tentang perasaan dua orang bekas kekasih yang saling membenci, namun filem dokumentari yang mereka pernah rakam ketika di sekolah menengah dahulu tiba-tiba menjadi viral. Dan kerana itu mereka secara tidak sengaja muncul di hadapan kamera sekali lagi.
2. Artificial City
Drama ini menceritakan tentang kerakusan dan impian wanita yang berusaha untuk mencapai kedudukan tertinggi negara. Mereka sanggup mengorbankan orang lain demi menguasai segalanya dek kerana perasaan tamak dan gila kuasa.
3. Bad and Crazy
Dilakonkan oleh dua hero hebat Korea Selatan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon, drama ini mengisahkan tentang Ryu Soo Yeol (Lee Dong Wook) yang memegang watak sebagai lelaki jahat tetapi berkebolehan, manakala Wi Ha Joon sebagai lelaki gila, K yang sangat mementingkan keadilan.
4. Bulgasal: Immortal Souls
Dan Hwal merupakan seorang bulgasal, iaitu makhluk mitos yang tidak boleh mati atau tua, pernah menjadi manusia pada abad yang lalu. Min Sang Woon, pula seorang wanita yang banyak kali sudah dijelmakan semula selepas melarikan diri dari bulgasal tetapi masih mengingati kehidupan lampaunya.
5. Snowdrop
Kisah cinta antara Su Ho, seorang pelajar di universiti berprestij bergegas ke sebuah universiti seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah. Young Ro lakonan Jisoo Blackpink, pelajar universiti wanita tersebut yang menemuinya dan membantu memyembunyikan serta menjaganya walaupun berdepan dengan bahaya di bawah pengawasan rapi.
6. When Flowers Bloom, I Think of the Moon
Menceritakan tentang kisah cinta Kang Ro Seo, seorang bangsawan yang mula membuat alkohol secara haram untuk menyara keluarganya, dan inspektor Nam Young pula terkenal kerana menjalani kehidupan yang sangat berprinsip.
7. The Silent Sea
Drama ini berlatarkan era pasca apokaliptik iaitu bumi pada tahun 2075 yang telah terbiar dan sumber semula jadinya menjadi kering. Sebuah pasukan khas ditugaskan dengan misi rahsia di stesen penyelidikan terbiar di bulan dikenali sebagai ‘The Silent Sea’.
8. Tracer
Drama ini mengisahkan tentang isu yang sering berlaku di pejabat perkhidmatan cukai. Beberapa isu akan dikupas melalui siri ini, termasuklah kes rasuah, pengubahan wang haram dan lain-lain.
Drama mana yang paling tak sabar korang nak tunggu? Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Persalinan Janna Nick & Nabila Razali Di AJL 37 Jadi ‘Topik’ Hangat Netizen, Tapi Tetap Terima Pujian Ramai

Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) malam tadi sudah pun melabuhkan tirainya, segala teka teki lagu yang bertanding pada acara tahunan berprestij itu sudah juga terjawab apabila penyanyi bersuara emas, Aina Abdul yang membawa lagu Terus Hidup dinobatkan sebagai juara.
Selain persembahan penyanyi-penyanyi yang beraksi di atas pentas gemilang itu, AJL semalam turut dihangatkan dengan penampilan selebriti yang hadir memberikan sokongan kepada acara tersebut.
Antara yang mencuri perhatian adalah kemunculan penyanyi, Nabila Razali dan pelakon popular, Janna Nick apabila busana yang mereka gayakan menjadi bualan hangat warganet di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Bolot RM112,000! Dinobat Juara AJL-37, Vokal Terbaik
Nabila yang menyarung busana rona biru putin rekaan Teh Firdaus tular di media sosial apabila ada yang mendakwa pakaian tersebut menyerlahkan susuk tubuh penyanyi tersebut.
“Joe Flizzow lebin patuh syariah berbanding Nabila. Terlalu ikut badan,” komen seorang netizen.
“Nabila sudah macam opera singer dalam filem Fifth Element,” tambah seorang lagi netizen.
Manakala Janna pula, andai dilihat dari jauh, gaun tersebut seakan-akan menunjukkan Jannd berpakaian seksi, sedangkan hakikatnya sekadar permainan ilusi.
Sekaligus persalinan yang digayakan penyanyi lagu gatal itu mengundang kecaman segelintir warganet yang kurang senang dengan persalinan yang agak seksi itu.
Biarpun pakaian yang digayakan itu sememangnya berlapik, namun rata-rata warganet menganggap penyanyi itu sengaja ‘memancing’ kecaman dengan pemilihan fesyen sebegitu.
Pemerhatian Remaja mendapati akaun laman sosial yang berkongsi gambar penyanyi dan hos itu dibanjiri pelbagai ulasan negatif bahkan ada yang mencuit hati.
“Fuh, dah tak rasa malu ke pakai baju macam ini?,” komen seorang pengguna.
“Sengaja mencari kecaman waldupun itu’inner’,” komen seorang pengguna lagi.
“Sorry Janna, kurang sesuai baju ini dengan awak,” komen netizen lain.
Bagaimanapun, masih ramai peminat yang memuji kecantikan kedua-dua bintang itu selain memintanya bertenang berdepan dengan kecaman orang ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nabila Razali & Janna Nick
Anak Muda! Sila Ambil Tahu Faedah Join KHAIRAT KEMATIAN, Kos Pengkebumian Cecah RM1450

Sila bayangkan situasi ini. Lima sekeluarga maut akibat kemalangan jalan raya.
Kos menguruskan jenazah lebih kurang RM1500 bagi seorang. Jika didarab lima orang sekaligus, jumlah dikeluarkan pada hari itu sahaja mencecah RM7500.
Dalam keadaan musibah dan kesedihan, bukan semua orang sentiasa ada duit dalam simpanan yang boleh diberikan sekaligus. Apa nak buat dan mana nak cari duit? Ya, saudara mara membantu, seorang sedikit tapi itu kalau saudara mara berharta.
Anak muda, kos pengurusan jenazah bukan murah lagi hari ini. Sesetengahnya mengikut lokasi dan mungkin ada lebih mahal dari dinyatakan.
Tapi semua masalah ini boleh diringankan jika kita cakna dengan join KHAIRAT KEMATIAN.

REMAJA bawakan isu betapa pentingnya kita cakna tentang soal khairat kematian yang mungkin dipandang remeh oleh sebahagian anak muda hari ini. Bagi mereka isu ini tidak berapa penting tetapi kematian boleh berlaku bila-bila masa tanpa kita tahu masanya.
Remaja sempat menemuramah Naqib Masjid Jamek Al Khadijiah, Ustaz Mohd Shahril bin Abdul Samat, 34 tahun mengenai isu ini.

Menurut Ustaz Mohd Shahril, di Masjid Jamek Al Khadijiah, sistem pengurusan jenazah mereka dianggap antara yang terbaik sehingga menjadi ikutan bagi masjid lain.
“Kita memperkenalkan skim khairat kematian RM50 setahun bagi seisi keluarga. Jika satu keluarga itu ahlinya 10 orang, maka 10 individu itu akan diberi keahlian mereka dan andai berlaku kematian, semuanya kita akan uruskan.
“Biasanya kita akan uruskan jenazah bermula dari hospital, bawa ke masjid, mandi, kafan, solat dan urusan kuburnya. Pendek kata dari A-Z, pihak masjid akan uruskan,”katanya memaklumkan kos lain iaitu pengangkutan akan dikenakan jika ahli kariah meminta jenazah dibawa pulang ke kampung halaman (luar dari tempat tinggal kariah).
Menurut Ustaz Shahril, pihak masjid mengenakan RM1 bagi 1 kilometer perjalanan.
“Sebagai contoh, ada ahli kariah meninggal di Kuala Lumpur dan mahu dibawa pulang ke Perlis. Kita akan kenakan charge bagi 600 KM sahaja di mana ia akan didarab 3 iaitu RM1800 meliputi perkhidmatan van jenazah, bayaran pemandu selain minyak dan tol. Selebihnya pihak masjid akan tampung menggunakan tabung yang dibentuk,”katanya memaklumkan, kos pengurusan jenazah hari ini bukan murah dan berbeza-beza mengikut kawasan dan negeri.

Mahu ajak anak muda
Pun begitu, jelas Ustaz Shahril, dia mahu mengajak anak muda yang sudah berkeluarga tetapi masih tinggal di rumah keluarga untuk menyertai skim khairat kematian bagi ahli keluarga mereka sendiri.
“Dengan kos RM50 setahun, diandaikan dia membayar bagi tempoh 10 tahun di mana jumlahnya mencecah RM500 sahaja. Kalau berlaku kematian, jumlah yang dikeluarkan oleh pihak masjid sudah berganda lebih dari itu. Jika sebelum itu mereka menjadi ahli kerana kos dibayar oleh bapa mereka tetapi apabila mereka berkeluarga, tentu mereka mahu melindungi anak isteri mereka juga.
“Bagi saya, ahli-ahli kariah di Pantai Dalam patut merebut peluang ini kerana dengan kadar yang fleksibel dan agak murah bagi seisi keluarga, manfaat ini perlu diambil oleh ahli kariah kerana kematian boleh terjadi bila-bila masa,”katanya yang mengakui pihak masjid sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah khususnya kematian secara mengejut dan mereka tidak ada duit.
Kongsi Ustaz Shahril, pernah ada ahli kariah bertemunya dan berkata dia hanya mempunyai RM1000 sahaja untuk urusan pengkebumian bapanya.
“Saya kata boleh dan selebihnya biar tabungan masjid uruskan. Malah ada kalangan anak kariah yang tidak punya apa pun dan kita bantu kerana ia fardu kifayah yang dituntut,”katanya ketika ditemui dan memaklumkan pihak masjid biasanya menguruskan tidak kurang 15 jenazah sebulan bagi kariah Pantai Dalam ini.
Bagaimana pun jelas Ustaz Shahril, tiada paksaan dalam mengambil khairat kematian ini namun kesedaran kepada anak muda harus diberi penekanan betapa pentingnya mereka tahu dan ambil peluang ini kerana kosnya amat murah itu RM50 setahun bagi seisi keluarga.

Tambah Ustaz Shahril, banyak program-program dirangka pihak masjid termasuk program Jom Daftar sebagai ahli Khairat Kematian kepada anak muda.
Masa yang sama, jelasnya pihak masjid banyak membuat program iaitu Khairat Kehidupan.
“Kita sedang merancang Skim Khairat Kehidupan. Jika Skim Khairat Kematian RM50 setahun, bagi Skim Khairat Kehidupan ini hanya RM100 setahun. Pihak masjid merancang mengadakan kenduri cukur jambul perdana bagi bayi baru lahir, majlis khatan percuma, tuisyen free, kalau cemerlang kita beri anugerah termasuk kita akan bayarkan yuran kemasukan ke IPTA kalau keluarganya berdaftar dengan skim kita lancarkan itu.
“Banyak lagi kita buat seperti bantu asnaf, bantu OKU, bantu ibu tunggal dan lain lagi. Kita juga mahu tubuhkan Sahabat PPUM Skuad Rahmatanlilaamin dengan menziarahi orang susah dan sakit di hospital kerana kita mahu memakmurkan masjid dengan anak muda,” katanya ketika ditemui.
Masa yang sama, kita juga lancarkan Tabung Abdul Rahman Auf iaitu bagi program bina tangga kubur dan lain-lain lagi bagi golongan kaya yang mahu membantu golongan susah.
“Semua ini kita buat kerana mahu masjid dilihat sebagai tempat penuh rahmat dan disukai ramai,”jelasnya lagi.