
Negara kita sedang memasuki penghujung musim monsun, yang dijangka berakhir pada Mac dan sejak kebelakangan ini juga korang boleh lihat kawasan di sekitar Lembah Klang dibasahi hujan lebat.
BACA: Malaysia Diramal Alami Cuaca Sejuk Lain Macam Hingga Mac 2022
Apa yang membimbangkan apabila berlakunya insiden yang tidak diingini seperti yang dilihat menerusi sebuah video tular, sekumpulan pekerja penyelenggaraan yang berada dalam kren gondola berdepan detik cemas.
![[VIDEO]: Pekerja Penyelenggaraan Lalui Detik Cemas Gondola Dipukul Ribut](https://cdn.remaja.my/2022/02/oLSNg8Mc-AA.png)
Menurut laporan Astro Awani, angin kuat menyebabkan gondola kren itu hilang keseimbangan, malah menghentam dinding bangunan tinggi beberapa kali. Rakaman situasi itu menjadi tular dengan menyaksikan reaksi orang ramai yang bimbang dengan keselamatan pekerja terbabit.
![[VIDEO]: Pekerja Penyelenggaraan Lalui Detik Cemas Gondola Dipukul Ribut](https://cdn.remaja.my/2022/02/svpRsxq7-A.png)
Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi usaha menyelamat. Sebaik tiba di lokasi, pasukan dimaklumkan wakil pemaju tapak pembinaan itu bahawa mangsa yang didapati tersangkut di gondola berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.
Watch on TikTok
Fuh, tengok video pun dah seram apa lagi kalau kita yang berada dalam situasi tersebut. Alhamdulillah, semua pekerja mereka telah pun selamat dan diharap agar kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=wbbIGGPiHeM
Corat-Coret AJL34 Yang Mungkin Korang Perasan Atau Tidak

Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dan tidak terlambat untuk pihak Remaja mengucapkan tahniah buat Naim Daniel yang berjaya menggondol juara AJL34 tahun ini.
BACA: Adakah Peserta Muda Akan Menangi AJL34? Ramalan Peminat (&Neelofa) Mungkin Tepat
Berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, AJL34 menampilkan 12 barisan finalis yang mempertaruhkan lagu mereka untuk diadili oleh 10 orang juri profesional.
Dengan tema Colours of Voices, jom kita lihat antara corat-coret yang berlaku sepanjang AJL34 berlangsung semalam.
1. Majlis pembukaan meriah dengan persembahan daripada beberapa penyanyi yang pernah memenangi kategori vokal terbaik antaranya adalah seperti Liza Hanim (Gelisah Mimpi), Misha Omar (Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan, Sampai Bila), Hazami (Kata), Adibah Noor (Terlalu Istimewa), Jacyln Victor (Ikut Rentakku) & Lah Ahmad (Ceritera Cinta) dan Black (Aku Rindu Sayang Kamu).
2. 12 orang penyanyi membuat persembahan pembukaan, 12 buah lagu dalam masa 17 minit 7 saat dan melibatkan secara keseluruhan 27 penyanyi termasuk penyanyi iringan.
3. Dato’ Siti Nurhaliza terbuka hati untuk membuat persembahan sebagai penyanyi undangan bagi lagunya, Anta Permana yang dinyanyikan oleh Bob semalam.
BACA: Kebetulan Sama Atau Tak, ‘Baju Berdarah’ Aina Abdul Dikaitkan Dengan Lady Gaga
4. Walau bagaimanapun, kesilapan teknikal yang berlaku pada mikrofon Dato’ Siti membuatkan ramai peminat yang marah dan tidak puas hati.
View this post on InstagramTak puas tengok @ctdk tadiii?? 💆🏻♂️ #majalahremaja #remaja #ajl34
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
5. Baju Ernie Zakri dalam persalinan Butterfly Suit mempunyai dua ceraian. Bila kempompong dilucutkan, maka terbanglah si rama-rama.
View this post on InstagramA post shared by AMAZÉ Pronounced “a:ma:zei” (@amaze_official_) on
6. Baju Naim Daniel pula diinspirasi daripada muzik video Sumpah, ilustrasi anime yang direka oleh pereka terkenal, Hatta Dolmat.
7. Ramai yang suka bila Naim Daniel mulakan dengan Bismillah dan bagi salam setiap kali mulakan dan tamatkan ucapan.
8. Ramlah Ram antaranya yang terkesan dengan persembahan Haqiem Rusli dan Rosyam Nor sehingga mengesat air mata.
View this post on Instagram😭😭😭 @haqiemrusli98_ #nowords #majalahremaja #remaja #ajl34
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on
9. Penampilan penerbit terkenal Datuk A.Aida yang tidak lagi berhijab sejak beberapa bulan lalu membuatkan ramai yang terkejut.
View this post on InstagramTu bukan perut k itu 6 PACKS coz ramai yg kata nampak perut berlipat😂😂 #ajl34 #kisahcintakita
A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on
10. Ramai yang mengusik penyanyi Ameng Spring yang membuat persembahan prelude juga ‘terkejut’ dengan penampilan Datuk A.Aida memandangkan mereka berdua pernah berkahwin dari tahun 1994-2003.
Apa-apa pun, syabas kami ucapkan kepada Aman Ra yang berjaya menempatkan diri di tempat kedua dengan lagu Bangun dan Bob Yusof yang menyanyikan lagu Anta Permana daripada Dato’ Siti Nurhaliza.
Kepada finalis-finalis yang lain juga, goob job guys! Korang dah lakukan yang terbaik.
Doktor Ini Kongsi Pengalaman Dan Tip Terima Suntikan Vaksin COVID-19

Isi Kandungan
ToggleBagaikan ada sinar baru bila bekalan vaksin COVID-19, vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech mendarat di Malaysia.
Ini bermakna bermulalah Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Program vaksinasi terbesar negara diberikan secara percuma ini merupakan ‘pertahanan’ terakhir penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing bagi dilindungi daripada COVID-19. Tapi bukan hanya Malaysia yang melancarkan program vaksinasi ini, malah kebanyakkan negara di dunia juga melakukan hal yang sama.
Baru-baru ini seorang penguna Twitter dan juga merupakan seorang doktor gigi di yang berkhidmat di India berkongsi pengalamannya menerima suntikan vaksin di negara tersebut.
Niat doktor ini berkongsi pengalamannya ialah kerana ingin memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang bakal menerima vaksin COVOD-19 ini dalam masa terdekat.
Ini perkongsian beliau
I’m not an influencer but I just want to share with you my story of getting vaccinated💉 in India last Saturday and the side effects I’ve experienced myself.
[THREAD] https://t.co/uS9Yv5hWMO pic.twitter.com/JKOSon7Ldg— Dr Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Ok sekarang saya nak ceritakan pengalaman dapatkan Vaccine haritu.
Starting from 1 February, India memulakan program vaccination percuma untuk frontliner workers. pic.twitter.com/OdBOCa6igi
— Dr Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Ok sekarang saya nak ceritakan pengalaman dapatkan Vaccine haritu.
“Starting from 1 February, India memulakan program vaccination percuma untuk frontliner workers.”
Saya dengan housemates dah lama dah tunggu nak pergi ambil. Ye lah, setiap hari jumpa patients. Pegang mulut and gigi diorang. Risau juga kan. Jadi kami pun pergi ambil vaccine dekat government hospital. Kami pergi dalam pukul 11 pagi.
Pertama sekali bila sampai vaccination centre,ada nurse yg bantu saya daftar, dia nak tahu saya first time atau second time ambil COVID-19 vaccine.
Sbb vaccine ni ada 2 dose. Jarak dgn dose kedua ialah sebulan.
Lepas tu kami perlu queue untuk documentation dan consent. pic.twitter.com/wIIolhRRJU
— Dr Wani (@syazwanismd) February 23, 2021
Sakit tak?
Sejujurnya, tak langsung. Macam yg saya cakap kat atas, rasa dia macam kita inject masa sekolah dulu. Lepas tu dia letak cotton kat situ. Nurse pesan jangan tonyoh kuat kuat dekat tempat injection tu (takde motif pun nak tonyoh)
Selepas disuntik vaksin
Ok now.. how did I feel post-vaccinated?
Sebelum tu, just for reminder ada beberapa TEMPORARY side effects yang biasa dialami selepas vaksin macam:
- pening kepala
- keletihan
- rasa tak sedap badan
- muscle ache
- demam
“Semua ni ialah short-lived flu-like symptoms.”
Lagi satu yang common ialah, rasa sakit kat tempat injection. Ini pun biasa juga. Kesemua symptoms ini boleh jadi within sehari ke seminggu lepas vaccinated.
Kenapa ada symtoms semua ni?
Symptoms macam ni NORMAL sebab badan kita tengah hasilkan antibody baru dan kuatkan immune system badan kita. Jadi masa saya ambil tu memang dah get ready je untuk develop symptoms tu.
Awal awal lepas vaccine tu tak rasa apa apa lagi. Ok je. Saya start rasa symptom waktu malam. Start dengan rasa tak sedap badan, lepas tu saya demam.
Esoknya disebabkan hari tu hari ahad, seharian tu memang rehat kat rumah je. Sebab rasa chills demam dan rasa lenguh badan. Tapi semua ni slow2 beransur pulih dan malam ahad tu saya dah getting better. Rasa okay dah.
Tips selepas cucuk vaksin
Doktor Wani juga sempat berkongsi tip selepas menerima suntikan ini.
Tips yang saya nak kongsikan, lepas vaccinated tu pastikan dapat rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam).
Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yang baru. The next day hari Isnin tu, bangun pagi dah rasa so much better. Saya boleh bertugas di klinik macam biasa. Tak ambil leave and cergas je jumpa patients. Alhamdulillah.
Kesimpulannya, korang jangan lah takut nak ambil vaccine ni. Macam yang saya tulis kat atas, side effects tu boleh ada tapi ia TEMPORARY.
Jom kita spread awareness pasal vaccine ni dan buang rasa skeptikal dengan COVID vaccine. @DrAmalinaBakri pun dah dapat pfizer.
Lepas baca perkongsian Dr Wani ni terus penulis bersemangat nak terima vaksin ni dan mulakan kehidupan seperti normal kembali.
Sumber: Syazwani smd
Ikut Bapa Pergi Kerja! Dua Anak Kecil & Bapa Maut Selepas Treler Bawa Simen Terbabas

Ternyata dugaan yang cukup berat untuk dihadapi oleh isteri, Shamsira Mohd Norizin, 31 apabila suami dan dua anaknya meninggal serentak.
Dalam satu kejadian malam tadi di KM 10, Jalan Lama Kota Bharu, Gopeng, treler yang dipandu arwah suaminya, Hafize Nizam Ali Supian, 30 yang dalam perjalanan dari Gopeng menuju ke Langkap dekat Teluk Intan terbabas sehingga mengakibatkan arwah dan dua anak lelakinya yang mengikut bapa mereka bekerja, Muhammad Afeef Rafiqie, sembilan tahun serta Arrian Nuh Nizam enam tahun turut menemui ajal di sisi sang bapa.
Raungan isteri, Shamshira Mohd Norizin, 31, selepas melihat mayat suami serta dua anaknya di Rumah Mayat Hospital, Kampar turut membuatkan ramai menitiskan air mata.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu mangsa dari arah Kota Bharu menghala ke arah Malim Nawar terbabas.
“Treler itu dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.
“Susulan itu ketiga-tiga mangsa tersepit dengan kecederaan parah dan maut di tempat kejadian,” katanya.
Superintendan Hasron berkata, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng serta Kampar mengambil masa selama lima jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Ujar beliau, kes diklasifkasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta siasatan lanjut diteruskan.
Katanya, bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Kampar bermula jam 5 hingga 7 pagi.