[VIDEO]: Pekerja Penyelenggaraan Lalui Detik Cemas Gondola Dipukul Ribut

Share

Negara kita sedang memasuki penghujung musim monsun, yang dijangka berakhir pada Mac dan sejak kebelakangan ini juga korang boleh lihat kawasan di sekitar Lembah Klang dibasahi hujan lebat.

BACA: Malaysia Diramal Alami Cuaca Sejuk Lain Macam Hingga Mac 2022

Apa yang membimbangkan apabila berlakunya insiden yang tidak diingini seperti yang dilihat menerusi sebuah video tular, sekumpulan pekerja penyelenggaraan yang berada dalam kren gondola berdepan detik cemas.

Tiktok: Astro Awani

Menurut laporan Astro Awani, angin kuat menyebabkan gondola kren itu hilang keseimbangan, malah menghentam dinding bangunan tinggi beberapa kali. Rakaman situasi itu menjadi tular dengan menyaksikan reaksi orang ramai yang bimbang dengan keselamatan pekerja terbabit.

Tiktok: Astro Awani

Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi usaha menyelamat. Sebaik tiba di lokasi, pasukan dimaklumkan wakil pemaju tapak pembinaan itu bahawa mangsa yang didapati tersangkut di gondola berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.

@501awani Harap-harap pekerja kat atas tu selamat… #RibutKL #TrendingNewsMalaysia #BeritaDiTikTok ♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Fuh, tengok video pun dah seram apa lagi kalau kita yang berada dalam situasi tersebut. Alhamdulillah, semua pekerja mereka telah pun selamat dan diharap agar kejadian-kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman