
Satu lagi kes kematian telah dilaporkan sebentar tadi dan ini menjadikan keseluruhan kes kematian pesakit COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 15 orang.
Menteri Hal Ehwal Agama sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan melibatkan prosedur menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang beragama Islam dan bukan Islam. Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad, jenazah hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Hal ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Hasrul Rizwan yang telah berkongsi cara pengurusan jenazah yang ditayamumkan.
Dapat hebahan dari hospital buat semua pengurus jenazah lantikan hospital untuk mandi jenazah pesakit COVID-19 mengikut tatacara pesakit Ebola (EVD). Kalau dah masuk dalam body bag ni, hanya Munkar dan Nankir ja la yg mampu buka pun. Moga kita dijauhkan dari wabak nahare ni. pic.twitter.com/gH9ra1lkFy
— Hasrul Rizwan (@HasrulRizwan) March 16, 2020
Walau bagaimanapun, terdapat satu video menunjukkan bagaimana tayammun dilakukan ke atas kematian seorang lelaki akibat COVID-19 di Amerika Syarikat.
Semoga perkongsian ini memberi pengajaran buat kita semua dan tolonglah patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan agar rakyat Malaysia dapat menghentikan penularan wabak COVID-19.
Sumber: Rizal Hakimm
Senarai Harga Standard Lesen Memandu Tahun 2020 Bagi Individu Yang Baru Nak Mendaftar

Lesen memandu adalah perkara yang paling penting untuk dimiliki kerena dengan adanya dokumen ini, masyarakat kita bebas untuk memandu ke mana sahaja. Malah, sekiranya kita melancong ke luar negara, terdapat beberapa negara yang menerima lesen memandu dari Malaysia tanpa perlu memiliki lesen memandu Antarabangsa.
Walau bagaimanapun, kadar bayaran lesen memandu kini nampaknya sudah meningkat jika mahu dibandingkan dengan waktu lalu. Kalau dulu, sewaktu penulis mengambil lesen kereta manual (D) harganya baru sekitar RM600 lebih, namun kini tidak lagi ya.

Terdapat beberapa peraturan baru lesen memandu diperkenalkan. Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2020, termasuk kereta dan motosikal.
Selain itu juga, khabarnya ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. Wah, macam best je. Hiks!
Jom kita semak senarai harga lesen memandu mengikut kategori:
- Motosikal (B2) – RM350
- Kereta Manual (D) – RM1,150
- Kereta Automatik (DA) – RM1,250

Di Malaysia, individu seawal usia 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc, manakala lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila sudah genap berusia 17 tahun. Untuk lesen E (bas/lori) pula, korang kena tunggu sehingga umur 21 tahun terlebih dahulu.
Walau bagaimanapun, harga lesen memandu ini juga terpulang mengikut sekolah memandu dan negeri juga. Jadi, jika korang ingin mengambil lesen memandu, sila semak di sekolah memandu pilihan korang.
Sumber: semakonline.com
Pertambahan Kuota Kepada 40,000 Pelajar Matrikulasi 2019, Apa Peluang Budak STPM Ke Universiti?

Sejak semalam, isu ini heboh dibahaskan. Ada pro dan kontra terutama dari pemimpin mewakili kaum Cina (DAP) dan MIC yang mewakili kaum India.
Kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek yang memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 April 2019 telah bersetuju untuk menambah kuota dari 25,000 ditingkatkan kepada 40,000 untuk pelajar bumiputera dan bukan bumi untuk mengikuti pengajian ke Matrikulasi dilihat telah menjadi satu isu “perdebatan” di media sosial.
Menurut Dr Maszlee, pertambahan kuota ini kerana wujud keperluan untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang Sains dan kapasiti yang ada pada program matrikulasi wajar dimaksimumkan untuk tujuan ini.
Ramai maklum, matrikulasi adalah kursus pra-universiti yang merupakan laluan kepada pelajar untuk memasuki universiti awam tempatan selepas tamat pengajian selama lebih kurang setahun ke dua tahun. Malah ia juga satu batu loncatan “lebih cepat” berbanding pelajar lain ke universiti milik kerajaan.
Mengikut sejarah pendidikan sebelum ini, 90 peratus kuota menjadi milik bumiputera dan bakinya diisi oleh bukan bumiputera (10 peratus). Mana-mana pelajar lepasan SPM yang mencecah purata 400,000 orang saban tahun hanya sebahagian dari mereka yang akan meneruskan pengajian sama ada ke Politeknik, pengajian peringkat diploma di universiti yang menawarkan tempat, memilih ke luar negara dan sebagainya.
Manakala sebahagian lagi pelajar memilih untuk menduduki tingkatan 6 seterusnya menduduki STPM yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai setaraf A-level.
Ramai pelajar sedar, apabila memilih tingkatan enam bermakna mereka perlu berusaha keras kerana ia merupakan “peluang akhir” ke universiti awam yang memerlukan pointer yang tinggi, sekurangnya-kurangnya CGPA 2.8 ke atas sebelum bergelar mahasiswa di universiti.

Wujud pro dan kontra isu ini
Namun bila kuota dari 25,000 ditingkatkan kepada 40,000 orang dengan peratusan kuota masih kekal, ia mula menjadi isu panas.
Dalam kuota dinyatakan, Kementerian Pendidikan berkata 60 peratus tempat untuk pelajar daripada golongan B40 (berpendapatan rendah) dan baki 40 peratus akan diberikan untuk golongan M40 (menengah) dan berpendapatan tinggi (T20).
20 pemimpin DAP tandatangan & Kata Mereka Peluang Pelajar STPM akan terhalang ke universiti
Menerusi kenyataan yang dipetik dari Malaysia Kini, Biro Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP memberi amaran rancangan kerajaan meningkatkan pengambilan program matrikulasi sebanyak 60 peratus akan menyebabkan lebih banyak masalah.
Dalam satu kenyataan ditandatangani 20 pemimpin DAP, kumpulan itu berpendapat dasar itu akan menghalang lepasan STPM memasuki universiti awam.
“Dengan meningkatkan bilangan pelajar matrikulasi kepada 15,000, ia akan mengehadkan peluang lepasan STPM dalam saingan untuk penempatan ke universiti awam,” kata kumpulan itu.

Kumpulan itu juga berpendapat penambahan tempat akan meningkatkan populariti matrikulasi dan sekali gus menjadikan STPM kelihatan kurang menarik.
“Orang ramai akan melihatnya sebagai tiket kemasukan ke universiti, kerana pelajar matrikulasi mempunyai kelebihan dalam mendapatkan gred tinggi dan aktiviti kokurikulum berbanding STPM.
“Ini menyebabkan para lepasan matrikulasi diberi lebih banyak keistimewaan untuk mengambil kursus yang popular di universiti,” kata kumpulan itu.
Kumpulan itu berkata, penambahan jumlah pelajar matrikulasi juga akan menjejaskan standard akademik dan mempersoalkan sekiranya kerajaan berkemampuan untuk berbuat demikian.
Dengan meningkatkan pengambilan kepada 15,000 pelajar, kumpulan itu menganggarkan 10 institusi baru perlu dibina.
“Kerajaan pusat membelanjakan RM37.5 juta untuk subsidi kepada 15,000 pelajar pada setiap tahun.
“Pada masa kritikal ini di mana negara menghadapi kekangan kewangan, (dasar ini akan) menambah beban kewangan negara,” kata mereka.

MIC juga suarakan pendapat kerana mahukan pembelaan untuk kaum India
Keputusan kerajaan untuk menambah jumlah pengambilan pelajar kolej matrikulasi – seterusnya menambah bilangan pelajar bukan bumiputera – bukanlah penyelesaian yang dimahukan masyarakat India, kata seorang pemimpin MIC.
Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC M Veeran berkata isu pokok yang membangkitkan rasa tidak puas hati segolongan masyarakat India ialah apa yang menurutnya sebagai sikap pilih kasih dan perkauman Kementerian Pendidikan Malaysia.
“Nampaknya kementerian pendidikan cuba menyembunyikan sikap rasis mereka dengan menambah jumlah pengambilan. Saya tegaskan isunya bukan kuota tetapi sikap rasis kementerian pendidikan,” katanya kepada Malaysiakini.
Pada 18 April lalu, Senator S Ananthan menggesa kementerian pendidikan mendedahkan pengambilan pelajar Matrikulasi mengikut kaum bagi tahun ini.
Dalam laporan itu juga, Veeran mendakwa 1,000 kuota kaum India telah diberikan kepada pelajar Cina dan menggesa Maszlee atau timbalannya Teo Nie Ching menjelaskan perkara itu.
Apa pandangan korang mengenai isu ini?
Rakyat Malaysia Memang Prihatin, Ramai Bantu Mangsa Banjir Tanpa Harap Ganjaran

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Begitulah perumpaan paling tepat untuk bercakap mengenai situasi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang.
Bencana banjir yang kini melanda beberapa negeri masih pada tahap kritikal memandangkan air yang naik mendadak menyebabkan orang ramai tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing. Lalu apabila melihat kisah rakyat yang berdepan kepayahan hidup sekarang, ramai yang tampil dengan hati yang ikhlas untuk menghulurkan bantuan.
Ini dapat dilihat menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Helmi Erdy yang telah menangkap layar (screenshot ) kompilasi perkongsian warganet di media sosial mengenai bantuan yang dihulurkan orang ramai.
Perkongsian ini jelas menunjukkan bertapa prihatinnya rakyat Malaysia dalam soal membantu tanpa mengenal perbezaan di antara kita. Memang terharu dibuatnya!
Inisiatif badan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan pihak berkuasa sememangnya harus dipuji apabila semua pihak sama-sama berganding bahu memberi bantuan.
Paling mendapat perhatian adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Azwan. Dia dilaporkan sanggup datang dari Melaka dengan memandu Perodua Viva yang membawa bot persendirian demi membantu mangsa banjir!
ARTIKEL BERKAITAN : Banjir Kilat Landa Lembah Klang, Tip Elak Baiki Kereta Dengan Kos Tinggi Jika ‘Air Naik’
Perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter yang dikenali sebagai @KulupKudin bertukar tular apabila dia memuat naik foto Abang Azwan yang gigih membawa botnya di bahagian atas kereta.
Jom lihat beberapa lagi perkongsian yang menunjukkan pelbagai pihak yang sudi berkongsi bantuan kepada yang terjejas. Macam-macam bantuan dihulurkan. Tak percaya? Jom lihat di bawah:
*
*
Biarpun bencana banjir pada tahun ini merupakan satu ujian besar bagi rakyat Malaysia, ia juga secara tidak langsung menjadi bukti kepada semangat kebersamaan dan kasih sayang masyarakat tempatan terhadap golongan yang terkesan, khususnya dalam kalangan warga Lembah Klang.
Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa terjejas.
REMAJA percaya ramai lagi yang telah tampil menghulurkan bantuan. Contoh di atas ini hanyalah sebahagian daripada kelompok yang lebih besar. #KitaJagaKita kan, syabas semua!
BACA LAGI : Ini Cara Untuk Buat Tuntutan Insurans Bagi Kereta Ketika Musim Banjir
Sumber : Facebook Helmi Erdy
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.