
Minggu lepas kita sudah mendengar berita tentang China sudah menutup sebahagian besar hospital sementara yang digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 selepas jumlah jangkitan wabak tersebut semakin menurun di negara tersebut.
Sebuah video viral di Facebook yang telah dikongsi oleh Rizal Sazali memperlihatkan kesemua petugas-petugas kesihatan pulang ke tempat asal mereka di China setela pandemik COVID-19 berada dalam kawalan dan beransur pulih.
Bas yang dinaiki oleh petugas kesihatan tersebut diiringi oleh pihak polis sambil disambut dengan penuh rasa hormat oleh masyarakat disana.
Sebak menonton video tersebut, netizen di Malaysia turut meninggalkan komen dan berharap agar negara kita turut diberikan kesembuhan dari penularan wabak ini.
Oleh itu guys, tolonglah jangan keluar rumah dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Kita boleh hentikan wabak ini dengan menjaga setiap kawalan pergerakan ini. Diharap agar Malaysia juga kembali pulih seperti dahulu.
Tidak Ambil Sarapan, Kurang Tidur Punca Remaja 12 Tahun Rebah Lepas Vaksinasi

Tular satu kejadian semalam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang Melaka apabila seorang remaja lelaki berusia 12 tahun dilaporkan rebah setelah menerima suntikan vaksin.
Maka timbullah pelbagai spekulasi setelah satu klip video berdurasi 36 saat tersebar meluas di media sosial.
Namun selepas siasatan segera yang dilakukan oleh pihak Kesihatan (Kesihatan Awam) Melaka, mereka mendapati bahawa remaja tersebut rebah disebabkan tidak mengambil sarapan sebelum temujanji vaksinasi di samping kurang tidur dan dilanda rasa gementar untuk mengambil suntikan.
Dia dilaporkan tidur lewat pada jam 2 pagi pada malam sebelumnya dan hanya sempat makan sesudu nasi lemak pada pagi semalam.
Biarpun tidak menunjukkan kesan sampingan dalam masa terdekat selepas vaksinasi, remaja itu secara tiba-tiba menjadi lemah dan rebah ketika dalam perjalan menuju tempat parkir kenderaan hingga perlu dipapah oleh ahli keluarganya, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) orang awam untuk masuk semula ke PPV tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Selepas hampir 30 minit di sana, dia kembali stabil dan dibenarkan pulang. Pemeriksaan lanjut selepas dia pulang juga mendapati remaja tersebut sudah sihat dan aktif dengan rutin harian seperti biasa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu berkata mereka akan segera menyiasat kejadian tersebut bagi rujukan akan datang akibat daripada ketidaksediaan sebelum menerima vaksinasi dalam kalangan remaja bawah 18 tahun.
Sumber: BERNAMA
Rimba Bara 2 Bawa Legasi Filem Rock Dalam Rock 4: Rockers Never Dai

Setelah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada trilogi filem Rock, Mamat Khalid sekali lagi memberi kepercayaan untuk mengarahkan filem terbarunya yang membawa legasi filem Rock – Rock 4: Rockers Never Dai, diterajui oleh Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry dan Nazimi Fahmi serta penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edry Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi.
Kalau korang peminat setia filem Rock, mesti excited nak tonton filem keempat mereka kan?
Rock 4: Rockers Never Dai kembali dengan Ronnie James “Dio” (Sharwani NS) yang tersedar dari koma selepas berbelas tahun terlibat dalam kemalangan. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman sekarang yang telah banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar.
Semasa dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan arus muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama kumpulan Rimba Bara. Dio tekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat dan dengan adanya media sosial masa kini, Dio telah berjaya menubuhkan Rimba Bara 2.
Dapatkah Dio mengembalikan jiwa sebenar muzik dan bakat dari kumpulan Rimba Bara 2 serta meneruskan legasi Rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?
Ha, korang kena saksikanlah sendiri filem Rock 4 ini yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 20 Februari nanti.
Komen pelakon Rock 4
Dibintangi oleh barisan muka-muka baru dalam filem Rock 4, Hazama, Adam John, Bulan Terry dan Nazimi Fahmi merasa sangat bangga apabila mereka terpilih untuk memainkan watak penting, iaitu menjadi kumpulan Rimba Bara 2.
Ditanya adakah mereka tidak takut jika dibandingan dengan kumpulan Rimba Bara yang terdahulu, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon Rock 4.
“Sebenarnya kekuatan cerita Rock yang saya tahu bukan kerana pelakon tetapi jalan ceritanya. Pada masa yang sama kami percaya pada kemampuan abang Mamat Khalid kerana dia lebih tahu tentang cerita Rock yang sebenar,”
“Rock 4 ini bukan cerita yang macam filem-filem terdahulu kerana ia lebih kepada kisah anak muda sekarang. Kalau nak bandingkan pun saya rasa susah kerana zaman yang dibawakan itu adalah berbeza,” jelas Hazama yang memegang watak sebagai Omar iaitu selaku pemain basis.
Tambah Hazama lagi, wataknya yang merupakan seorang pemuzik dan bukannya penyanyi adalah cabaran utama kerana perlu memainkan bass dengan baik secara live. Pelakon lain kebanyakkan memang pemuzik, jadi dia perlu lebih banyak belajar untuk memberikan lakonan yang terbaik.
Sama-sama kita nantikan kemunculan Rock 4: Rockers Never Dai tidak lama lagi.
Krew MAS Dipecat Kerana Berat Badan Lebih 0.7 kg

Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mencari keadilan selepas pemecatan seorang krew syarikat penerbangan dari Malaysia Airlines kerana berat badannya lebih 0.7kg.
Penyelia penerbangan, Ina Meliesa Hassim memfailkan kes terhadap Malaysia Airlines pada September 2017 kerana pemecatan yang salah. Pada Jumaat, Mahkamah Perusahaan memutuskan untuk memihak kepada syarikat penerbangan negara itu.
“Keadilan dan hak asasi manusia ‘mati’ sekali lagi.
“Di manakah keadilan yang negara promosikan melalui perlembagaan kita?”
“Kami tahu kes baru-baru ini mungkin kejayaan untuk MAB (Malaysia Airlines Berhad) dan beberapa syarikat penerbangan yang juga berhasrat menyingkirkan pekerja mereka yang ‘tua dan lembab’, tetapi itu tidak akan menghalang Nufam terus mengutuk penganiayaan terhadap pekerja krew kabin,” kata Nufam dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam keputusannya, Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Syed Noh Said Nazir @ Syed Nadzir berkata syarikat penerbangan membuktikan “kebarangkalian kemungkinan” pemecatan itu hanya dengan sebab atau alasan.
Dilaporkan Ina Meliesa dipecat kerana berkali-kali gagal memenuhi keperluan berat badan syarikat penerbangan itu di bawah program pengurusan berat badan selama 18 bulan, yang Malaysia Airlines dakwa sebagai sebahagian daripada usahanya “untuk mengekalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan premium”.
Disebabkan ketinggian Ina Meliesa ialah 160cm, berat maksimum yang dibenarkan di bawah garis panduan syarikat ialah 61kg. Berat badannya adalah 61.7kg ketika dicatat pada 10 April 2017.
Memandangkan banyak syarikat penerbangan utama masih mengekalkan kakitangan yang berlebihan berat badan – sesetengahnya bergelar “nenek dan datuk” – Nufam berkata krew sedemikian masih boleh menjalankan tugas mereka dan tidak “membahayakan keselamatan” penumpang dan anak kapal.
Ia juga menggesa kerajaan meminda undang-undang buruh yang membenarkan diskriminasi berhubung dasar itu, mengatakan ia akan menulis surat kepada Kementerian Sumber Manusia dan menteri pengangkutan untuk meminta mereka menimbang semula pemecatan oleh syarikat penerbangan itu.
“MAB tidak sepatutnya berasa gembira atau bangga atas keputusan mahkamah kerana ia hanya mencerminkan keburukan syarikat penerbangan itu sendiri, menunjukkan bagaimana sebuah syarikat penerbangan antarabangsa mengamalkan diskriminasi (amalan) sementara pada masa yang sama menganggap pekerja krew kabin mereka yang berlebihan berat badan sebagai ‘tidak diperlukan lagi dan lembab’.
“Nufam difahamkan bahawa syarikat penerbangan itu sentiasa mencari krew kabin muda, kurus dan langsing – tetapi apa yang akan berlaku kepada mereka kemudian jika berat badan mereka melebihi had berat pada tahun-tahun akan datang?
“Bagaimana krew kabin wanita dapat mengekalkan berat badan ideal syarikat penerbangan itu jika mereka hamil kemudian? Adakah syarikat penerbangan itu akan memecat mereka juga?” soal Nufam.
Sumber : Free Malaysia Today (FMT)