Tak sah jika sebuah perkahwinan tidak diabadikan dalam bentuk gambar mahupun video. Pelbagai jenis video perkahwinan pre-wedding mahupun post-wedding yang cantik dengan berlatar-belakangkan pemandangan yang cantik. Jika pemandangan itu biasa, photographer akan usaha untuk menjadikan latar belakang itu kelihatan eksklusif untuk tontonan pasangan tersebut di hari tua.
Kdrama hari ini kebanyakannya menjadi fenomena rakyat Malaysia terutamanya perempuan. Mana tidaknya, babak-babak romantis yang ditonjolkan dalam drama sedikit sebanyak akan membuatkan gadis Malaysia mahu berada di tempat heroin drama tersebut. Berangan!
Mungkin tidak bagi pasangan Amirul Zayanie dan Shahkiera Shahrudin, adegan post-wedding seakan-akan Kdrama dapat diabadikan melalui foto dan video!
Mirip Kdrama kan? Macam tengah tengok Touch Your Heart, Goblin, 100 Days My Prince pulak rasanya. Banyak elemen Kdrama diterapkan dalam video ini. Antaranya, nama channel
diletakkan di bahagian atas kiri, di sebelah kanan pula, biasanya akan diletakkan tajuk drama dan untuk video ini tulisan Hangul, “Sarang” yang bermaksud “Cinta”, menjadi tajuk video. Betul-betul Kdrama ni! Kreatif betul Ohdawie Ohdawie yang merupakan pengasas kepada Fixnetworks Design ni. Lagu Ailee Is You yang juga merupakan OST drama Memories of Alhambra yang memang kena sangat dengan video ni.Tempat-tempat wajib pergi di sekitar Seoul, Korea Selatan juga diselitkan dalam video ini. Antaranya, Starfield Library, Gyeongbukgung Palace, Haneul Park, the famous
Namsan Tower, dan Nami Island yang sering menjadi lokasi pengambaran Kdrama.Amacam? Lebih kurang kan? Boleh PM tepi Photographer ni kalau nak post wedding, honeymoon dengan pasangan ala-ala Kdrama.